Senin, 15 Agustus 2016

Pujaan Malaya, Skrin TV9 [2016]

Pujaan Malaya TV9

Sinopsis Pujaan Malaya

Pak Akob membesarkan Lisa semenjak ibu Lisa meninggal dunia akibat kanser. Pak akob terlalu memanjakan Lisa sehinggakan Lisa menjadi seorang gadis yang malas dan tidak mampu untuk berdikari. Semenjak Pak Akob menghilangkan diri , Lisa terpaksa mengambil tugas Pak Akob sebagai pengurus di kaje Pujaan Malaya milik ayahnya. Kemunculan seorang jejaka kacak, Yusri di kafenya membuatkan Lisa berubah 360 darjah. Sementara itu, Zack, seorang peniaga kain turut menaruh hati terhadap Lisa dan melakukan berbagai cara untuk menarik hati Lisa.

Pelakon: Idris Khan, Ruhainies, Azad Jasmin, Nadzmi Adhwa, Shamsul Ghau Ghau, Balkisyh Semundur Khan



Si Kolot Suamiku, Astro Ria HD [2016]

Si Kolot Suamiku Astro Ria

Sinopsis Si Kolot Suamiku

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Pelakon Si Kolot Suamiku, Amar Baharin, Siti Elizad Sharifuddin, Faizal Hussein, Waris, Kuza, Atikah Suhaime, Fahmy Reza, Shiela Mambo, Kismah Johar, Aizat Hassan, Dayang Areeda, Dania Azmi, Vicha Saywho, Epy Kodiang, Tengku Fiella, Syaa Nasir, Lisdawati, Kazar, Zila Bakarin.

SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 2
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 3
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 4
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 5
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 6
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 7
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 8
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 9
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 10
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 11
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 12
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 13
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 14
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 15
SI KOLOT SUAMIKU EPISOD 16

Gerimis Hati Asyikin, Cerekarama TV3 [2016]

Gerimis Hati Asyikin

Sinopsis Gerimis Hati Asyikin

Zamri dan Syikin serta dua anak mereka yang masih kecil lagi hidup secara kesederhaan. Syikin yang berkerja sebagai pembantu farmasi berdekatan dengan kawasan perumahan mereka manakala Zamri pula bekerja sebagai kerani biasa. Keadaan kesederhanaan berubah apabila Syikin hamil buat kali ketiga . Kehamilan Syikin kali ini benar-benar menggangu emosi dan mentalnya. Syikin membimbangkan kedudukan mereka dikala kegawatan ekonomi yang semakin hari mereka tidak ubah seperi kais pagi makan pagi. Semasa kandungan Syikin berusia 6 bulan, Zamri ditimpa kemalangan jalanraya. Zamri mengalami patah kaki yang memerlukan masa untuk sembuh. Situasi bertambah sulit apabila Zamri kini cuti tanpa gaji sehinggalah dia sembuh sepenuhnya. Keadaan dirumah menjadi tidak terurus. Syikin yang kini sarat ditambah pula penguruskan kedua anak mereka dan berkerja keras untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga. Syikin membuat keputusan untuk bersalin dikampung halamannya. 

Pelakon: Ashraf Muslim, Wawa Zainal, Zarina Zainoordin, Ruzana Ibrahim



Bagaikan Kelip-Kelip, Azalea TV9 [2016]

Bagaikan Kelip-Kelip

Sinopsis Bagaikan Kelip-Kelip
Mengisahkan Salina (Aishah Azman), gadis muda yang berkahwin dengan seorang duda yang juga ayah kepada sahabat baiknya. Salina terlebih dahulu pernah menjalinkan hubungan dengan Ashreeq (Ben Amir) namun dirahsiakan kerana Marlina turut meminati Ashreeq.

Konflik bermula apabila Azman (Esma Daniel), yang kematian isteri membuat keputusan untuk mengahwini Salina (Aishah Azman) yang juga anak kepada rakan sekerjanya, Pak Salleh (Razak Ahmad). Perkahwinan Azman ditentang keras oleh anak sulungnya, Marlina (Ruhainies). Marlina tidak menyangka terlalu cepat bapanya mencari pengganti ibunya lebih-lebih lagi usia Salina tidak jauh beza dengan usianya. Walaupun sebelum ini hubungan Marlina dan Salina sangat baik namun dia tetap tidak dapat menerima kehadiran Salina yang dianggap menjadi perosak kebahagian keluarganya. Mira, anak bongsu Azman pula lebih kepada mendengar kata dan menjadi anak yang baik menerima segala keputusan Azman.

Namun, malang tidak diduga, Azman pergi mengadap Ilahi dan kebahagian yang dirasa Salina hanyalah seketika bagaikan cahaya kelip-kelip yang indahnya hanya sementara. Salina bagaimanapun telah berjanji dengan Azman untuk menjaga dan membesarkan anak-anak tirinya walau apa pun terjadi. Bermula episod derita Salina apabila terpaksa menerima segala cacian, makian dan berjuang untuk membesarkan anak-anak tiri yang tidak menyukainya. Salina terpaksa bekerja lebih kuat, dia perlu menanggung ayahnya yang sakit dan dua anak tirinya. Salina juga cuba melakukan pelbagai cara untuk merapatkan hubungannya bersama anak-anak tirinya terutamanya Marlina namun dia gagal malahan menjadi lebih teruk lagi.

Salina terus cekal dengan dugaan orang sekeliling dan status janda itu harus dia tempuhi dengan redha dan sabar. Ashreeq kembali menagih kasih. Pertemuan yang tak terduga bersama Fairuz (Shah Jaszle) seorang usahawan muda juga menjadikan hati Salina kembali teruji. Adakah Salina akan terus memendam perasaan dan berkorban sepanjang hayatnya?

Pelakon Bagaikan Kelip-Kelip Aishah Azman, Ben Amir, Shah Jaszle, Ruhainies, Alis Mariya, Esma Daniel, Amirul Faqeem, Amyza Aznan, Razak Ahmad, Eizlan Yusof, Wan Nor Azlin, Fazlina Ahmad Daud, Zuraidi Zulkifli, Mili Supina, Irfan Shah, Idzham Ismail, Adha, Dzul.

BAGAIKAN KELIP-KELIP EPISOD 5
BAGAIKAN KELIP-KELIP EPISOD 17
BAGAIKAN KELIP-KELIP EPISOD 18
BAGAIKAN KELIP-KELIP EPISOD 19
BAGAIKAN KELIP-KELIP EPISOD 20

Sayangku Kapten Mukhriz, Akasia TV3 [2016]

Sayangku Kapten Mukhriz

Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz

Mengisahkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, pegawai KAGAT yang berkhidmat di situ, seorang lulusan UIA dan berasal dari Perlis. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana kisah hubungannya dengan Kapten Aliza yang menjadi perhatian. Kapten Aliza Adeline, keturunan cina jatuh cinta pada Mukhriz. Malah, ramai yang suka mereka bersama sebab merasakan mereka pasangan yang sepadan.

Namun, keputusan Mukhriz untuk menolak cinta Kapten Aliza membuatkan wanita itu kecewa dan minta ditukarkan ke Kelantan. Gamat seketika suasana. Ramai yang simpati pada Kapten Aliza kerana tahu Kpten Aliza sedang mendalami Islam dan perlukan pembimbing. Namun Mukhriz bimbang jika Aliza mahu memeluk Islam kerana mahu berkawin dan bukan kerana sinar Islam itu sendiri.

Dan Mukhriz juga mengalah kerana dia tahu Fakhrie begitu sukakan Aliza dan berdoa agar suatu masa nanti mereka akan bertemu jodoh.

Pelakon ;
Raja Afiq sebagai Kapten Ustaz Mukhriz
Amaniena Baharun sebagai Dr. Ariana Dahlia
Fezrul Khan sebagai Izzudin

SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ EPISOD 20
SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ EPISOD 21
SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ EPISOD 22
SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ EPISOD 23

Minggu, 14 Agustus 2016

Menantu Ting Tong, Dahlia TV3 [2016]

Menantu Ting Tong 2016

Sinopsis Menantu Ting Tong

Marsha merasa rimas apabila disuruh untuk bergaya dengan macam-macam stail. Sudahnya dia pula yang marah dan meleteri 'Director Photography' dan barisan juri yang tak habis-habis mengarahkannya.

Marsha memperkenalkan Julia kepada mummynya. Julia adalah bekas senior kolej yang rapat dengannya dulu dan merupakan anak Dato Tarmizi. Bila dengan anak Dato, mulalah Puan Rozie terdetik untuk kenalkan Julia dengan Mikail. Marsha memikirkan bagaimanakah teknik untuk membuatkan Mikail jatuh hati dengan Julia sebab bukan mudah untuk abangnya itu sukakan seseorang wanita.

Marsha meluru datang menuduh Luqman lelaki penipu yang ingin pukau wanita untuk ambil kesempatan. Julia terkejut, sangkanya Luqman adalah Mikail, Luqman terpinga-pinga dan minta pnejelasan sebaliknya dia dipukul bertalu-talu dengan handbag oleh Marsha dan Julia. Luqman terpaksa melarikan diri. Luqman tiba di pejabat dalam keadaan yang serabai membuatkan semua staf kehairanan.

Barisan pelakon Menantu Ting Tong Azrel Ismail, Nur Ruhainies, Mitilda, Ben Amir, Amyza Aznan, Tash Yong, Aleza Shadan, Zarina Zainuddin, Arriff Sumbu, Ain Sufia, Amai Kamarudin, Zulkifli Mohd Salleh.

MENANTU TING TONG EPISOD 1 - 15/07/2016
MENANTU TING TONG EPISOD 10 - 05/08/2016
MENANTU TING TONG EPISOD 16
MENANTU TING TONG EPISOD 17
MENANTU TING TONG EPISOD 18
MENANTU TING TONG EPISOD 19
MENANTU TING TONG EPISOD 20

Jumat, 12 Agustus 2016

Super Spontan Superstar 2016

Super Spontan Superstar 2016

Super Spontan Superstar 2016

Program realiti Super Spontan kembali dengan musim terbarunya, menampilkan 16 peserta terdiri daripada para selebriti dan pelawak popular tanahair. 16 selebriti ini akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Harimau Hipster dan Monyet Mafia diketuai oleh Johan Raja Lawak dan Tauke Raja Lawak bagi memimpin barisan peserta yang lain. Dato’ AC Mizal kekal sebagai hos ditemani pelawak genit, Amir Raja Lawak yang akan muncul menghangatkan suasana selaku pengacara bersama. Adflin Shauki pula bakal memegang amanah selaku komentator, berpasangan dengan seorang selebriti jemputan yang akan diundang setiap minggu.

Masih mengekalkan format asal, program realiti Super Spontan Superstar bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang selama 10 minggu, pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai 5 Ogos 2016 dtayangkan serentak menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (Saluran 134).

Peserta Super Spontan Superstar 2016 Tauke, Abam Bocey, Syuk Joras, Fad Bocey, Zulin Aziz, Ozlynn, Jamal, Waris, Johan Raja Lawak, Achey, Ali Puteh, Amyza Adnan, Kamal Adli, Julia Ziegler, Altimet, Zuki.

SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 3
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 4
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 5
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 6
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 7
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 8
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 9
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 10

Kamis, 11 Agustus 2016

Lelaki Macam Dia, Astro Ria HD [2016]

Lelaki Macam Dia Astro Ria

Sinopsis Lelaki Macam Dia

Mengisahkan tentang Fahmi dan Fatihah yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.

Pelakon Lelaki Macam Dia Azrel Ismail, Izreen Azminda, Akhmal Nazri, Zera Hariz, Sharisa Haris, Feiyna Tajudin, Elya Miera, Natasha Elyzza, Mak Wan Latah, Zulkifli Ismail, Aleza Shadan.

Tonton MAID, Astro Ria HD [2015]

MAID Astro Ria

Sinopsis M.A.I.D

Mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Noorul yang menjadi pembantu rumah di rumah mewah seorang lelaki yang kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, Beliau sangat cerewet sehinggakan Noorul mengelarkannya Mr.F (F jolokan untuk ‘fussy’). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk menjadi orang gaji.

Mr.F seorang yang tidak mesra alam, suka menengking dan suka memberi arahan dengan meningggalkan nota di serata rumahnya. Pada suatu hari Mr. F menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani untuknya, huru-hara dibuatnya apabila Noorul tidak pandai memasak melainkan masak nasi, air dan manggi. Disebabkan itu, Noorul nekad untuk belajar memasak dengan menghadiri kelas memasak Chef Aidil. Lama-kelamaan mereka mula mengenali, Noorul mula jatuh cinta dengan majikannya.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan untuk menutup malu dan mahu menjaga reputasi perniagaan keluarga Tan Sri dan Puan Sri. Noorul yang memendam perasaan cintanya kepada Mr.F mula gusar bolehkah dia menerimnya sebagai isteri. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Maid drama terbaru di Astro Ria HD menggantikan Isteri Separuh Masa. Juga adaptasi novel karya Suri Ryana. Pelakon utama Zul Ariffin, Ayda Jebat dan turut dibantu Nina Nadira, Tasha Shilla, Nina Juren, Nina Nadira, Eizlan Yusof, Hefny Sahad, Mak Wan Latah. Terbitan Darkwave Pictures Sdn Bhd, arahan Michael Ang.

MAID EPISOD 1 - 15/06/2015
MAID EPISOD 2 - 16/06/2015
MAID EPISOD 3 - 17/06/2015
MAID EPISOD 4 - 18/06/2015
MAID EPISOD 5 - 19/06/2015
MAID EPISOD 6 - 22/06/2015
MAID EPISOD 7 - 23/06/2015
MAID EPISOD 8 - 24/06/2015
MAID EPISOD 9 - 25/06/2015
MAID EPISOD 10 - 26/06/2015
MAID EPISOD 11 - 29/06/2015
MAID EPISOD 12 - 30/06/2015
MAID EPISOD 13 - 01/07/2015
MAID EPISOD 14 - 02/07/2015
MAID EPISOD 15 - 03/07/2015
MAID EPISOD 16 - 06/07/2015
MAID EPISOD 17 - 07/07/2015
MAID EPISOD 18 - 08/07/2015
MAID EPISOD 19 - 09/07/2015
MAID EPISOD AKHIR - 10/07/2015

Tonton Cik Bunga Encik Sombong, Astro Maya HD [2015]

Cik Bunga Encik Sombong

Sinopsis Cik Bunga Encik Sombong

Cik Bunga Encik Sombong drama adaptasi novel (karya Airisz) terbaru di Astro Maya HD, mula siaran pada Isnin 15 Jun 2015. Setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam. Terbitan Global Station & Karya Seni dan diarahkan oleh Keoi Hj Khalid. Pelakon Amar Baharin, Amyra Rosli, Jasmin Hamid, Sasqia Dahuri, Roy Azman, Sura Sojangi, Farisha Irwayu.

Mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar. Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan Erny Humairah yang menghilangkan diri. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta.

Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan.

Rabu, 10 Agustus 2016

Budak Magik, Aksi TV3 [2016]


Sinopsis Budak Magik

Mengisahkan 4 orang budak sekolah yang mendapat kuasa luar biasa akibat terkena hujan. Pada mulanya mereka menganggap kuasa yang dimiliki adalah elemen paranormal yang menakutkan. Namun Imran, Myra, Haikal dan Zara cuba menyesuaikan diri dengan kuasa yang mereka miliki. Mereka kemudiannya menyedari kelebihan yang mereka miliki itu perlu dikawal sebaiknya dan digunakan untuk tujuan kebaikan.

Myra cuba mencari sebab kenapa Imran bergaduh ketika di sekolah lamanya. Imran kemudian terjumpa sebuah buku lama bertajuk Budak Magik di dalam rumah stor. Imran mula seronok dengan kisah pengembaraan yang dibacanya di dalam buku Budak Magik kerana isi kandungannya memberi pembacanya pilihan untuk menyelesaikan sesebuah kes.

Pelakon Budak Magik Firdaus Ghufran, Syamim Razi, Elnisa Husni, Mysarra Syahfiedzrien, Aida Ruyati, Ana Dahlia, Nizen Ayob, Cico Harahap, Kamarool Haji Yusoff, Danish Akasyah.

BUDAK MAGIK EPISOD 13
BUDAK MAGIK EPISOD 14
BUDAK MAGIK EPISOD 15

Rabu, 03 Agustus 2016

Surah Buat Maisarah, Zehra TV3 [2016]


Sinopsis Surah Buat Maisarah

Mengisahkan seorang gadis melayu bernama Maisarah atau Sara (Syatila Melvin) yang mengagungkan budaya barat hanya kerana pernah menetap di Amerika untuk beberapa tahun. Bagaikan buku bertemu ruas, apabila dia terpaksa bekerja dengan pemuda Melayu yang sering menggunakan petikan ayat-ayat Al-Quran dalam menegur dan menyedarkannya.

Sekembalinya ke Malaysia, Sara terkejut melihat Zalikha telah bertudung. Bagi Sara, hanya gadis kampung saja yang bertudung. Lalu Sara persendakan Zalikha. Meskipun sakit hati, Zalika hanya bersabar. Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja membuatkan orang disekelilingnya terasa hati. Perangai kasar dan sombong Sara turut menjengkelkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu. Nazim tidak senang melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara.

Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakah dia mengubah Sara?

Pelakon Surah Buat Maisarah Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Nabilah Dally, Shah Iskandar, Azri Iskandar, Zarina Zainuddin, Beego, Abby Nadzri, Yusri Salleh, Dania Aina, Ieka Zulkifli, Nursha, Ku Faridah, Halimah, Abby Khairuddin, Siti Khadijah, Monicca Picca, Ezam, Syatira Amir, Abdul Malek.