Tampilkan postingan dengan label Slot Azalea TV3. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Slot Azalea TV3. Tampilkan semua postingan

Senin, 15 Agustus 2016

Bagaikan Kelip-Kelip, Azalea TV9 [2016]

Bagaikan Kelip-Kelip

Sinopsis Bagaikan Kelip-Kelip
Mengisahkan Salina (Aishah Azman), gadis muda yang berkahwin dengan seorang duda yang juga ayah kepada sahabat baiknya. Salina terlebih dahulu pernah menjalinkan hubungan dengan Ashreeq (Ben Amir) namun dirahsiakan kerana Marlina turut meminati Ashreeq.

Konflik bermula apabila Azman (Esma Daniel), yang kematian isteri membuat keputusan untuk mengahwini Salina (Aishah Azman) yang juga anak kepada rakan sekerjanya, Pak Salleh (Razak Ahmad). Perkahwinan Azman ditentang keras oleh anak sulungnya, Marlina (Ruhainies). Marlina tidak menyangka terlalu cepat bapanya mencari pengganti ibunya lebih-lebih lagi usia Salina tidak jauh beza dengan usianya. Walaupun sebelum ini hubungan Marlina dan Salina sangat baik namun dia tetap tidak dapat menerima kehadiran Salina yang dianggap menjadi perosak kebahagian keluarganya. Mira, anak bongsu Azman pula lebih kepada mendengar kata dan menjadi anak yang baik menerima segala keputusan Azman.

Namun, malang tidak diduga, Azman pergi mengadap Ilahi dan kebahagian yang dirasa Salina hanyalah seketika bagaikan cahaya kelip-kelip yang indahnya hanya sementara. Salina bagaimanapun telah berjanji dengan Azman untuk menjaga dan membesarkan anak-anak tirinya walau apa pun terjadi. Bermula episod derita Salina apabila terpaksa menerima segala cacian, makian dan berjuang untuk membesarkan anak-anak tiri yang tidak menyukainya. Salina terpaksa bekerja lebih kuat, dia perlu menanggung ayahnya yang sakit dan dua anak tirinya. Salina juga cuba melakukan pelbagai cara untuk merapatkan hubungannya bersama anak-anak tirinya terutamanya Marlina namun dia gagal malahan menjadi lebih teruk lagi.

Salina terus cekal dengan dugaan orang sekeliling dan status janda itu harus dia tempuhi dengan redha dan sabar. Ashreeq kembali menagih kasih. Pertemuan yang tak terduga bersama Fairuz (Shah Jaszle) seorang usahawan muda juga menjadikan hati Salina kembali teruji. Adakah Salina akan terus memendam perasaan dan berkorban sepanjang hayatnya?

Pelakon Bagaikan Kelip-Kelip Aishah Azman, Ben Amir, Shah Jaszle, Ruhainies, Alis Mariya, Esma Daniel, Amirul Faqeem, Amyza Aznan, Razak Ahmad, Eizlan Yusof, Wan Nor Azlin, Fazlina Ahmad Daud, Zuraidi Zulkifli, Mili Supina, Irfan Shah, Idzham Ismail, Adha, Dzul.

BAGAIKAN KELIP-KELIP EPISOD 5
BAGAIKAN KELIP-KELIP EPISOD 17
BAGAIKAN KELIP-KELIP EPISOD 18
BAGAIKAN KELIP-KELIP EPISOD 19
BAGAIKAN KELIP-KELIP EPISOD 20

Minggu, 17 Juli 2016

Terlarang Sudah Rinduku, Azalea TV9 [2016]

Terlarang Sudah Rinduku TV9

Sinopsis Terlarang Sudah Rinduku

Drama Terlarang Sudah Rinduku mengisahkan Nina (Atikah Suhaime) dan Erin (Nina Iskandar) yang bersahabat baik tetapi kedua-duanya mempunyai personaliti yang berbeza. Erin terpaksa menumpang di rumah Nina setelah kematian ibunya. Keputusan peperiksaan Erin tidak baik mungkin kerana tertekan disebabkan ibunya meninggal dunia pada hari peperiksaan. Irshad (Amar Asyraf) sangat mencintai Nina dan sanggup melakukan apa sahaja untuk tunangnya, Nina. Namun Nina tidak pernah menghargai.

Disebabkan tugas, Irshad terpaksa berjauhan dengan Nina. Akibatnya, Nina telah mengambil kesempatan dan berlaku curang. Nina sering bersama Idham (Afzan A.Rahman). Segala kebaikan Irshad langsung tidak dipandangnya. Semakin lama Nina mula lupa diri dan hanyut dalam percintaannya bersama Idham. Sehingga dia sanggup memutuskan pertunangannya dengan Irshad.

Irshad kecewa dengan tindakan Nina. Erin menjadi tempat dia mengadu dan akhirnya dia mula jatuh cinta pada Erin. Melihat Irshad semakin rapat dengan Erin membuatkan Nina mula berdendam dan merancang untuk memusnahkan perhubungan mereka berdua.
Berjayakah perancangan Erin itu?

Drama Terlarang Sudah Rinduku dibintangi oleh Amar Asyraf, Atikah Suhaime, Nina Iskandar, Afzan A. Rahman, Azzahra Amad, Noor Albaniah, Kay Maria, Norhayati Taib dan Eilaa.

Sabtu, 21 Mei 2016

Tonton Pujaan Hati Umi, Azalea TV9 [2016]

Pujaan Hati Umi

Sinopsis Pujaan Hati Umi

Pujaan Hati Umi mengisahkan tentang Umi lakonan Wan Maimunah yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 60 tahun. Dia tabah membesarkan 4 orang anaknya iaitu Razziah, Razman, Razzi dan Reza.

Umi adalah seorang yang dihormati oleh penduduk kampung. Malah dia pernah menerima Anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Umi bahagia dengan kehadiran anak menantu dan cucu-cucunya. Dia merasakan kehidupannya telah lengkap.

Namun setiap keluarga pasti berdepan masalah dan ujian. Begitu juga dengan keluarga Umi. Menantu sulung Umi, Osman yang merupakan suami kepada Razziah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Menyebabkan Razziah terpaksa memulakan kehidupan yang baru di rumah Umi. Razman pula langsung tidak pulang ke rumah kerana malu dengan Umi selepas dia meninggalkan majlis pernikahannya di saat akhir.

Umi cuba untuk menyembunyikan kesedihannya dengan harapan keluarganya akan kembali bahagia. Satu hari Reza memaklumkan bahawa dia ingin mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hati bernama Rita. Berita tersebut amat menggembirakan hati Umi. Sebagai ibu dan ketua keluarga, Umi mengharapkan kehadiran Rita akan kembali menceriakan keluarga mereka. Namun lain pula jadinya. Rupanya Rita ada memasang niat buruk terhadap keluarga mereka.

Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Wan Maimunah, Talha Harith, Faye Khusairi, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Syaffiq Sahli, Sasqia Dahuri, Amanda Misbun, Nina, Haeryanto Hasan, Darren Zariff, Syasya Afiqah dan Kuza Muzaini.

Senin, 11 April 2016

Tonton Dawai Asmara, Azalea TV9 [2016]


Sinopsis Dawai Asmara

Hashim memberikan Natasya seutas rantai leher dan sebentuk cincin emas sempena hari jadi Natasya yang ke 3 tahun. Namun Rosmah tidak menyenangi kerana Hashim dianggap terlampau berbelanja mewah untuk anaknya. Buah rantai berbentuk love, begitu juga cincinnya yang diukir sama sepadan, menjadi tanda kasih Hashim yang tidak berbelah bahagi kepada anaknya. Walaupun Rosmah juga menyayangi Natasya, tapi dia tidak mahu mengukur kasih sayangnya dengan material.Hashim tidak pedulikan rungutan Rosmah kerana dia mahu buat apa sahaja untuk kehidupan anak tunggalnya. Dalam kejadian lain, Ziana pula dihalau oleh ibubapanya dari rumah mereka selepas melahirkan seoang anak luar nikah. Tiga tahun berlalu, Shahir yang pernah berjanji akan bertanggungjawab, tidak pernah muncul untuk mengakui Amira sebagai anak mereka.Tidak sanggup lagi menerima cemuhan orang kampung, ibubapa Ziana mahu Ziana membawa anaknya pergi jauh dari kampung.

Saksikan drama terbaru di slot Azalea berjudul Dawai Asmara. Sebuah drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd arahan Azma Aizal Yusoof dan Aidilfitri Mohamed Yunos. Dibintangi oleh Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Emelie Hanif, Zoey Rahman, Faiez Affandi dan ramai lagi.

DAWAI ASMARA EPISOD 1 - 09/03/2016
DAWAI ASMARA EPISOD 10 - 25/03/2016

Rabu, 09 Maret 2016

Tonton Menongkah Kasih, Azalea TV9 [2016]

MENONGKAH KASIH TV9

Sinopsis Menongkah Kasih

Menongkah Kasih mengisahkan sorang ibu tunggal iaitu Datin Rahmah lakonan Zarina Zainuddin, sibuk mengembangkan perniagaan sehingga mengabaikan 2 orang anaknya, Reffa (Ana Dahlia) dan Riyana (Ayda Jebat).

Dengan kesibukannya, Reffa dan Riyana berasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Meningkat dewasa, Reffa dan Riyana buat hal sendiri. Datin Rahmah kian dimamah usia dan mula menagih kasih sayang anak-anaknya.

Datin Rahmah berasa sunyi dari kasih sayang anak-anaknya, Reffa dan Riyana meskipun mereka tinggal serumah. Setiap pagi Datin akan bersarapan seorang diri. Biarpun Reffa bekerja di syarikatnya namun Reffa sangat jarang untuk pergi kerja bersama-sama Datin.

Riyana pula sering sahaja tersalah memilih rakan sejak dari zaman sekolah sehingga kini. Kadang kala Datin merasa cemburu dengan kehidupan pemandunya, Pak Mid. Biarpun anak-anak Pak Mid ke semuanya tinggal di asrama, namun mereka sentiasa berhubung dan bertanya khabar.

Datin menyalahkan dirinya kerana di usia mudanya, dia sering sibuk dengan kerja sehingga akhirnya menjarakkan kasih sayang anak-anak dengannya. Di usia tua ini, Datin berusaha mencari semula kasih sayang anak-anaknya itu.

Suatu hari ketika di pejabat, seorang demi seorang stafnya pulang dan Datin tinggal keseorangan di pejabat walaupun sudah menjelang senja. Ketika Datin Rahmah mahu pulang secara tiba-tiba dia merasa pening dan jatuh pitam di dalam bilik.

Pelakon Menongkah Kasih Ayda Jebat, Ana Dahlia, Aidil Aziz, Zarina Zainuddin dan Beego.

Senin, 13 Juli 2015

Tonton Padamu Aku Bersujud, Azalea TV3 [2015]

Drama Padamu Aku Bersujud TV3

Sinopsis Padamu Aku Bersujud

Mengisahkan seorang bapa iaitu Pak Leman yang meletakkan harapan tinggi terhadap kejayaan anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka. Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap. Pak Leman rasa dirinya telah ditipu oleh anaknya sendiri.

Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil, adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaika memang memandang rendah atas keluarga. Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin. Tambahan lagi Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin.

Amin telah meminta tolong secara rahsia daripada Ika. Malangnya, Iqram telah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya.

Perkenalannya dengan Taufiq merupakan titik perubahan hidupnya apabila Amin diberikan peluang bekerja di bengkel kereta milik Mr. Ooi. Berjayakah Amin mengecapi kejayaan yang diidaminya? Bagaimanakah Amin berhadapan dengan pelbagai dugaan dan godaan nanti? Saksikan slot terbaru Padamu Aku Bersujud.

Barisan pelakon terdiri daripada Syazwan Zulkifli, Sqikin Kamal, Leez Rosli, Bil Azali, Shenthy Feliziana, Jasmine Suraya, Aleza Shadan, Nina Iskandar.