Tampilkan postingan dengan label Telemovie TV9. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Telemovie TV9. Tampilkan semua postingan

Senin, 15 Agustus 2016

Pujaan Malaya, Skrin TV9 [2016]

Pujaan Malaya TV9

Sinopsis Pujaan Malaya

Pak Akob membesarkan Lisa semenjak ibu Lisa meninggal dunia akibat kanser. Pak akob terlalu memanjakan Lisa sehinggakan Lisa menjadi seorang gadis yang malas dan tidak mampu untuk berdikari. Semenjak Pak Akob menghilangkan diri , Lisa terpaksa mengambil tugas Pak Akob sebagai pengurus di kaje Pujaan Malaya milik ayahnya. Kemunculan seorang jejaka kacak, Yusri di kafenya membuatkan Lisa berubah 360 darjah. Sementara itu, Zack, seorang peniaga kain turut menaruh hati terhadap Lisa dan melakukan berbagai cara untuk menarik hati Lisa.

Pelakon: Idris Khan, Ruhainies, Azad Jasmin, Nadzmi Adhwa, Shamsul Ghau Ghau, Balkisyh Semundur Khan



Selasa, 26 Juli 2016

Saka Ke Ni?, Skrin TV9 [2016]

Saka Ke Ni?

Sinopsis Saka Ke Ni?

Tiga penganggur Man, Din dan Usop buntu dalam menyara kehidupan mereka. Suatu hari mereka melihat satu keluarga kaya, lalu Man berjenaka untuk menculik ahli keluarga itu. Tanpa disangka, Din dan Usop mula memilkirkan serius gurauan Man itu dan mahu mereka melakukan penculikan itu. Sebaik membuka pintu kenderaan, kelihatan hanya seorang nenek tua, Mak Jah. Mak Jah terkejut lalu terus pengsan namun mereka tetap melarikannya ke sebuah rumah usang dan terpencil di pinggir hutan. Sebaik tiba, Mak Jah sedar dan mereka mula menghubungi keluarga itu untuk meminta wang tebusan. Mak Jah sebenarnya hanyalah orang gaji kepada keluarga itu namun kerana takut dibunuh jika penculik mengetahui beliau hanyalah orang gaji, Mak Jah menyamar sebagai nenek kepada keluarga itu dan keluarga itu juga turut mengiakannya kerana bimbang Mak Jah dibunuh jika diketahui bukan dari keluarga mereka.




Selasa, 19 Juli 2016

Songket Pak Andam, Skrin TV9 [2016]

Songket Pak Andam TV9

Sinopsis Songket Pak Andam

Pak Jenal suatu ketika dahulu merupakan seorang bekas Pak Andam terkenal di kampung. Dia juga sangat rajin membantu orang-orang kampung. Setelah lama khidmatnya tidak diperlukan kerana adanya kedai andaman yang lebih moden, kepulangan Mak Gayah ke kampung untuk membuat persediaan majlis perkahwinan anak tunggalnya, Liana di rumah pusaka mereka membolehkan Pak Jenal kembali berkhidmat sebagai Pak Andam. Namun, itu tidak disenangi oleh suami Mak Gayah iaitu Pak Man.

Pelakon: Beego, Ika Nabila, Nasir Bilal Khan, Dato Ahmad Tarmimi, Fauziah Nawi, Aishah Azman.




Rabu, 29 Juni 2016

Muazzin, Skrin TV9 [2016]

Muazzin TV9

Sinopsis Muazzin

Mengisahkan Hawa, seorang doktor berusia 30-an, yang masih belum lagi berkahwin dan tidak mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki setelah gagal bercinta buat pertama kali.

Walaupun Hawa hanya berdoa dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan jodohnya, ayah Hawa, Imam Agus, tetap risau dengan keadaan anak gadisnya yang telah menolak beberapa pinangan lalu menasihatkan Hawa agar mencari jodoh dengan segera mengikut tuntutan sunnah Nabi Muhammad. Tambahan pula kesihatan Imam Agus yang saban hari semakin dimakan usia, dia amat berharap untuk melihat bakal menantunya dan menimang seorang cucu suatu hari nanti.

Pada suatu hari, ketika azan Subuh sedang berkumandang, secara tiba-tibanya Hawa terbuka hati ingin mengenali muazzin yang melaungkan azan Subuh dari masjid berhampiran dengan kawasan rumahnya. Malangnya, tiada sesiapa pun yang mengenali muazzin subuh itu.

Pelakon telemovie Muazzin Zara Zya, Amar Asyraf, Zaidi Omar, Amyza Adnan, Hamid Gurkha, Achong Sweetchild, Keena Mentor.


Senin, 20 Juni 2016

Pergilah Airmata Ramadan, Skrin TV9 [2016]


Sinopsis Pergilah Airmata Ramadan

Tanpa rasa belas kasihan, Ghani terus memukul Sufiya. Tidak cukup dengan itu, Ghani ambil pula wang gaji Sufiya yang disimpan untuk perbelanjaan sekolah anak-anaknya. Sufiya tidak berdaya melawan, dia hanya mampu menangis meraung kesakitan. Adani (17 tahun) dan dua orang adiknya Amir(11 tahun) dan Azra(6 tahun )juga tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka hanya mampu menangis melihat ibunya dipukul dengan kejam oleh bapa mereka. Setelah Ghani beredar, mereka terus mendatangi Sufiya yang sudah lemah dan mereka saling berpelukan dalam kesedihan. Sufiya tersedar daripada mimpi ngeri yang sering menghantuinya. Nafasnya tercungap-cungap dan dia beristighfar. Kedengaran suara dengkuran . Sufiya menoleh dan lihat Azman, suami barunya yang sedang tidur lena. Sufiya meraup wajahnya. Rasa kesal dan bersalah menyelubunginya. Setelah bercerai, 3 orang anaknya dijaga oleh Ghani. Dua tahun sudah pun berlalu sejak Sufiya meninggalkan Adani dan adik-adiknya dek kerana tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya yang panas baran dan kaki pukul. Oleh kerana sering didera, Adani dan adik-adiknya nekad lari daripada bapa mereka untuk bersatu semula bersama ibu tersayang mereka.

Lakonan Dira Abu Zahar, Fauzi Nawawi, Didie Alias, Puteri Aishah, EJA LORENA



Senin, 07 Maret 2016

Cik Sayur Encik Seafood, Skrin TV9 [2016]



Sinopsis Cik Sayur Encik Seafood

Berlaku pertemuan yang dirancang oleh kedua ibu Leeya dan Amsyar tanpa pengetahuan sehingga mereka berkahwin. Bolehkah seorang yang alergi sayur-sayuran dan seorang lagi alergi makanan laut hidup bersama tinggal sebumbung. Mungkinkah perbezaan citarasa membibitkan rasa cinta dalam perkahwinan mereka?

Lakonan Issey Titan, Niena Baharun, Nonny Nadirah, Akhmal Nazri, Khatijah Tan, Susanti, Rahim Kidol.



Klik link di bawah untuk menonton.

Selasa, 29 Desember 2015

Kek Batik Cheese Leleh, Skrin TV9 [2015]

Kek Batik Cheese Leleh

Sinopsis Kek Batik Cheese Leleh

Satu insiden menemukan Atirah dan Danny. Mereka mula rapat, dan tidak lama kemudian Munah meminta Danny untuk menghantar rombongan meminang dengan segera untuk mengelakkan fitnah. Walaupun Ibu Danny tidak suka kepada Atirah, Danny tetap akan meneruskan hasratnya. Berjayakah Atirah dan Danny menyatukan mertuanya?

Pelakon: Mimi Lana, Ben Amir, Raja Ema & Lydiawati

Klik link di bawah untuk menonton.

Rabu, 16 Desember 2015

Tonton Veteran Rock, Skrin TV9 [2015]

Veteran Rock TV9

Sinopsis Veteran Rock

Empat orang pesara yang bertemu semula di kampung berazam mahu menubuhkan semula kumpulan rock ketika usia remaja dahulu. Walaupun banyak rintangan, mereka berjaya merakam sebuah album sulung di usia tua dan mempunyai ramai peminat sehingga menggugat rumah tangga mereka. Akhirnya, mereka terpaksa membubarkan semula kumpulan rock tersebut dan menubuhkan kumpulan marhaban.

Lakonan Kazar Saisi, Hairi Safwan, Aweera, Ezad Lazim, Sherry Ibrahim, Ain Farhana, Fendi Seman.

Sila klik link di bawah untuk menonton.

Rabu, 25 November 2015

Ally Akashah, Skrin TV9 [2015]

Ally Akashah

Sinopsis Ally Akashah

Kemalangan Akashah ketika dalam perjalanan akad telah membuatkan keluarga pihak perempuan membatalkan perkahwinannya bersama Karmila, cinta pertama Akashah. Dia disahkan lumpuh sambil mengharungi hari-hari yang murung.

Suatu hari, kelibat seorang yang sedang berbual dengan ibuny, Datin Nurul membuatkan hati Akashah mula berbunga. Perubahan pada diri dan hati Akashah membuatkan Datin Nurul sedar dan berhajat untuk meminang Aishah.

Kamila mula merindu bekas tunangnya itu. Hatinya masih ada Akashah walaupun kini, Adam adalah suaminya. Melihat kemesraan Kamila dan Aishah sebagai sahabat ketika belajar, Akashah langsung keliru dan hatinya tidak dapat menipu tentang cinta pertamanya.

Lakonan Syafiq Kyle, Uqasha Senrose, Cristina Suzanne, Fauzi Nawawi, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Rozie Othman.

Sila klik link di bawah untuk menonton.

Rabu, 11 November 2015

Tonton Habibah Vs Baby

Habibah Vs Baby

Sinopsis Habibah Vs Baby
Habibah merupakan seorang anak dara tua (andartu) tetapi Muz dan Hanina (adik Habibah) telah mengatur rancangan untuk menyatukan Bad dengan Habibah. Mereka menyuruh Habibah menyamar menjadi model dengan nama Baby untuk memikat Bad. Adakah rancangan mereka akan berjaya?

Tonton di tonton.com.my

TONTON HABIBAH Vs. BABY

Din Sardin, Skrin TV9 [2015]

Din Sardin Skrin TV9

Sinopsis Din Sardin
Kisah kaki rempit yang jatuh cinta dengan pegawai JPJ, Cik Ta. Sebelum itu, Din banyak kali berselisih faham dengan ketika berada di jalan raya. Din juga gagal ujian memandu sebayak tiga kali. Din menyangkakan Cik Ta berdendam dengannya kerana Cik Ta adalah pegawai bertugas yang menguji Din. Masuk kali keempat Din, lulus ujian dan akhirnya menukarkan pandangan belian terhadap Cik Ta sebelum ini. Din akhirnya jatuh hati dengan Cik Ta, namun sia-sia setelah mendapat tahu Cik Ta telah bertunang. Dapatkah Din Sardin menambat hati Cik Ta?

pelakon Izzue Islam, Mira Filzah, Amir Raja Lawak, Niena Baharun, Kazarudin Saisi, Delimawati.

Klik link di bawah untuk menonton.

Minggu, 25 Oktober 2015

Tonton Papa Yibbie

Tonton Papa Yibbie

Sinopsis Papa Yibbie
Mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang hidupnya bebas akhirnya menjadi penjaga kepada seorang bayi yang bukan daripada darah dagingnya sendiri. Menjadi bapa dalam sekelip mata bukan perkara yang dirancang dalam hidupnya, tetapi takdir telah mengubah segalanya. Beliau terpaksa menyembunyikan jagaan bayi itu daripada pengetahuan tunangnya dikhuatiri akan merenggangkan hubungan mereka. Apakah nasib bayi itu? Saksikan kisah Papa Yibbie. Pelakon Syarul Ridzwan ,Fadzil Kamil dan Nabila Dally.

Klik link di bawah untuk menonton

Senin, 05 Agustus 2013

Bedah Tong Gas Muflis

Bedah Tong Gas Muflis

Bedah Tong Gas kembali lagi! Masih lagi dengan motosikal tiga roda mengangkut tong gas di sekitar kampungnya. Adakah kali ini Bedah betul-betul akan jatuh muflis?