Tampilkan postingan dengan label Slot Dahlia TV3. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Slot Dahlia TV3. Tampilkan semua postingan

Minggu, 14 Agustus 2016

Menantu Ting Tong, Dahlia TV3 [2016]

Menantu Ting Tong 2016

Sinopsis Menantu Ting Tong

Marsha merasa rimas apabila disuruh untuk bergaya dengan macam-macam stail. Sudahnya dia pula yang marah dan meleteri 'Director Photography' dan barisan juri yang tak habis-habis mengarahkannya.

Marsha memperkenalkan Julia kepada mummynya. Julia adalah bekas senior kolej yang rapat dengannya dulu dan merupakan anak Dato Tarmizi. Bila dengan anak Dato, mulalah Puan Rozie terdetik untuk kenalkan Julia dengan Mikail. Marsha memikirkan bagaimanakah teknik untuk membuatkan Mikail jatuh hati dengan Julia sebab bukan mudah untuk abangnya itu sukakan seseorang wanita.

Marsha meluru datang menuduh Luqman lelaki penipu yang ingin pukau wanita untuk ambil kesempatan. Julia terkejut, sangkanya Luqman adalah Mikail, Luqman terpinga-pinga dan minta pnejelasan sebaliknya dia dipukul bertalu-talu dengan handbag oleh Marsha dan Julia. Luqman terpaksa melarikan diri. Luqman tiba di pejabat dalam keadaan yang serabai membuatkan semua staf kehairanan.

Barisan pelakon Menantu Ting Tong Azrel Ismail, Nur Ruhainies, Mitilda, Ben Amir, Amyza Aznan, Tash Yong, Aleza Shadan, Zarina Zainuddin, Arriff Sumbu, Ain Sufia, Amai Kamarudin, Zulkifli Mohd Salleh.

MENANTU TING TONG EPISOD 1 - 15/07/2016
MENANTU TING TONG EPISOD 10 - 05/08/2016
MENANTU TING TONG EPISOD 16
MENANTU TING TONG EPISOD 17
MENANTU TING TONG EPISOD 18
MENANTU TING TONG EPISOD 19
MENANTU TING TONG EPISOD 20

Minggu, 03 Juli 2016

Mr. Tanda Soal, Dahlia TV3 [2016]


Sinopsis Mr. Tanda Soal

Drama Mr. Tanda Soal mengisahkan tentang Alisa yang berasa rimas kerana perlu berdepan kerenah dua orang lelaki yang cuba memenangi hatinya. Amran (Johan Asari) adalah bekas tunang Alisa manakala Zamir (Luqman Hafidz) pula adalah bekas teman lelakinya. Amran dan Zamir kerap bergaduh semata-mata untuk mendapatkan kembali cinta Alisa. Keadaan bertambah buruk kerana Amran dan Zamir adalah jiran sebelah kiri dan kanan rumah Alisa. Hidup berjiran menjadi bertambah sukar bila pelbagai perkara mula berlaku. Antara Amran dan Zamir, siapa pula yang akan berjaya mendapatkan hati Alisa?

Mr. Tanda Soal dibintangi oleh Johan As’ari, Hanna Aqeela, Sura Sojangi, Ryzal Jaafar, Luqman Hafidz, Akmal Ahmad, Nina Iskandar, Mustaqim Mohamed dan Catriona Ross.

MR. TANDA SOAL EPISOD 1 -  05/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 2 - 10/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 3 - 11/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 4 - 12/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 5 - 17/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 6 - 18/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 7 - 19/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 8 - 24/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 9 - 25/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 10 - 26/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 11 - 01/07/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 12 - 02/07/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD AKHIR - 03/07/2016

Sabtu, 04 Juni 2016

Mr Boss Miss Stalker, Dahlia TV3 [2016]


Sinopsis Mr Boss Miss Stalker

Mr Boss Miss Stalker mengisahkan seorang gadis bernama Sara Azreen yang telah ditugaskan oleh bapa saudaranya Hamzah untuk menjadi pengintip pada seorang jejaka bernama Hariz Zhafran yang merupakan seorang CEO di Mentari Angkasa Sdn Bhd. Hariz Zhafran menjadi suspek dalam pembunuhan Tan Sri Jalil.

Pada awalnya Sara Azreen agak keberatan untuk melaksanakan misi tersebut namun kerana rasa terhutang budi pada Hamzah yang telah membiayai kos pembelajarannya sewaktu di Australia dulu, akhirnya Sara Azreen bersetuju. Demi untuk melaksanakan misi tersebut, dia telah memohon jawatan sebagai jurutera di Mentari Angkasa.

Setelah mendapat jawatan jurutera yang dipohonnya itu, Sara Azreen memulakan misi pengintipan. Perwatakan Hariz Zhafran yang tidak bertimbang rasa dan garang membuatkan Sara berasa lebih yakin bahawa bosnya itu adalah seorang yang kejam dan tidak mustahil terlibat dalam kes pembunuhan Tan Sri Jalil. Malah Sara juga yakin bahawa Hariz Zhafran turut terlibat dalam kes penculikan Liza yang merupakan anak perempuan kepada Tan Sri Jalil.

Misi penyelidikan Sara agak terganggu dengan kehadiran Izzudin yang sentiasa mencari peluang untuk mendekatinya. Izzudin adalah pengurus di Mentari Angkasa. Manakala Ria Alisya pula yang merupakan seorang pelakon popular dan teman wanita kepada Hariz berasa agak tergugat dengan Sara.

Semakin lama menyelidik, Sara mula rasa serasi bersama Hariz selepas mengenali keperibadian sebenar lelaki itu. Tapi tugasan baru yang diberikan oleh Hamzah kepada Sara membuatkan dia mula berbelah hati. Dia terpaksa berpura-pura menerima cinta Hariz Zhafran sedangkan dalam masa yang sama lelaki itu melamarnya. Mampukah Sara meneruskan misi penyelidikannya ataupun dia akan berterus terang kepada Hariz Zhafran?

Pelakon Riz Amin, Miera Leyana, Shazmeer, Nazeera Sardi, Aleza Shadan, Marisa Yasmin, Kodi Rasheed dan Aman Shah

Minggu, 23 Agustus 2015

Tonton Eksperimen Cinta, Dahlia TV3 [2015]

EKSPERIMEN CINTA

Sinopsis Eksperimen Cinta

Kali pertama bertentangan mata, Tengku Aaron Shah sudah mula terpikat dengan perwatakan Damia Farisha Razak yang baginya lain daripada perempuan lain di sekelilingnya. Sangat tidak terduga sikapnya. Tengku Aaron mengugut Damia untuk menerima lamarannya, semata-mata hanya untuk eksperimen cinta. Hakikatnya, perkahwinan itu adalah untuk mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya Tengku Andrean yang dianggapnya telah merampas kekasihnya, Seri. Aaron mahu tunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia.

Kehidupan mereka berubah apabila duduk serumah. Cemburu menguatkan rasa hati. Berjauhan membuaikan rasa rindu. Kehadiran Salmi yangg cuba menuduh Tengku Aaron menghamilkannya mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagi Damia,selagi lafaz talaq tidak terucap, selagi itu maruah Aaron akan dijaga.

Pelakon Eksperimen Cinta terdiri daripada Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda memegang watak sebagai Tengku Aaron dan Damia Farisha. Pelakon lain Sherry Ibrahim, Ammar Alfian Aziz, Mira Filzah, Faye Kusairi, Mimi Lana, Ryiena Ismail, Mei Fenlim, Amyza Aznan.