Jumat, 29 Juli 2016

Rumi & Jawi, Astro Prima [2016]

Rumi & Jawi

Sinopsis Rumi & Jawi, Astro Prima

Lahir Islam belum menjanjikan mati sebagai Islam. Manusia makin keliru antara hukum dan adab, akidah dan kepercayaan. Apatah lagi bila merasakan ilmu tebal didada. Makanya mulalah dia mengambil tugas Tuhan iaitu hukum dan hukum. Semuanya bermula bila Rumi pulang dengan Masternya iaitu Master Akidah dan Filosofi. Berpegang pada hukum, Rumi ingin merubah hidup keluarganya.
Rumi, pemegang Ijazah Sarjana dari Universiti Alexanderia di Mesir, kembali ke Kuala Lumpur dan begitu bertekad untuk mengubah sistem kehidupan dengan dakwah. Beliau berjanji untuk mengubah cara kehidupan.

Pelakon yang membintangi antaranya Remy Ishak, Nur Fathia Latiff, Nadia Brian, Niezam Zaidi, Zain Hamid, Julia Farhana, Anne Abdullah, Erra Fazira, Juliana Evans, Nora Danish, Saharul Ridzwan, Nazrief Nazri.

Selasa, 26 Juli 2016

Saka Ke Ni?, Skrin TV9 [2016]

Saka Ke Ni?

Sinopsis Saka Ke Ni?

Tiga penganggur Man, Din dan Usop buntu dalam menyara kehidupan mereka. Suatu hari mereka melihat satu keluarga kaya, lalu Man berjenaka untuk menculik ahli keluarga itu. Tanpa disangka, Din dan Usop mula memilkirkan serius gurauan Man itu dan mahu mereka melakukan penculikan itu. Sebaik membuka pintu kenderaan, kelihatan hanya seorang nenek tua, Mak Jah. Mak Jah terkejut lalu terus pengsan namun mereka tetap melarikannya ke sebuah rumah usang dan terpencil di pinggir hutan. Sebaik tiba, Mak Jah sedar dan mereka mula menghubungi keluarga itu untuk meminta wang tebusan. Mak Jah sebenarnya hanyalah orang gaji kepada keluarga itu namun kerana takut dibunuh jika penculik mengetahui beliau hanyalah orang gaji, Mak Jah menyamar sebagai nenek kepada keluarga itu dan keluarga itu juga turut mengiakannya kerana bimbang Mak Jah dibunuh jika diketahui bukan dari keluarga mereka.




Selasa, 19 Juli 2016

Songket Pak Andam, Skrin TV9 [2016]

Songket Pak Andam TV9

Sinopsis Songket Pak Andam

Pak Jenal suatu ketika dahulu merupakan seorang bekas Pak Andam terkenal di kampung. Dia juga sangat rajin membantu orang-orang kampung. Setelah lama khidmatnya tidak diperlukan kerana adanya kedai andaman yang lebih moden, kepulangan Mak Gayah ke kampung untuk membuat persediaan majlis perkahwinan anak tunggalnya, Liana di rumah pusaka mereka membolehkan Pak Jenal kembali berkhidmat sebagai Pak Andam. Namun, itu tidak disenangi oleh suami Mak Gayah iaitu Pak Man.

Pelakon: Beego, Ika Nabila, Nasir Bilal Khan, Dato Ahmad Tarmimi, Fauziah Nawi, Aishah Azman.




Minggu, 17 Juli 2016

Terlarang Sudah Rinduku, Azalea TV9 [2016]

Terlarang Sudah Rinduku TV9

Sinopsis Terlarang Sudah Rinduku

Drama Terlarang Sudah Rinduku mengisahkan Nina (Atikah Suhaime) dan Erin (Nina Iskandar) yang bersahabat baik tetapi kedua-duanya mempunyai personaliti yang berbeza. Erin terpaksa menumpang di rumah Nina setelah kematian ibunya. Keputusan peperiksaan Erin tidak baik mungkin kerana tertekan disebabkan ibunya meninggal dunia pada hari peperiksaan. Irshad (Amar Asyraf) sangat mencintai Nina dan sanggup melakukan apa sahaja untuk tunangnya, Nina. Namun Nina tidak pernah menghargai.

Disebabkan tugas, Irshad terpaksa berjauhan dengan Nina. Akibatnya, Nina telah mengambil kesempatan dan berlaku curang. Nina sering bersama Idham (Afzan A.Rahman). Segala kebaikan Irshad langsung tidak dipandangnya. Semakin lama Nina mula lupa diri dan hanyut dalam percintaannya bersama Idham. Sehingga dia sanggup memutuskan pertunangannya dengan Irshad.

Irshad kecewa dengan tindakan Nina. Erin menjadi tempat dia mengadu dan akhirnya dia mula jatuh cinta pada Erin. Melihat Irshad semakin rapat dengan Erin membuatkan Nina mula berdendam dan merancang untuk memusnahkan perhubungan mereka berdua.
Berjayakah perancangan Erin itu?

Drama Terlarang Sudah Rinduku dibintangi oleh Amar Asyraf, Atikah Suhaime, Nina Iskandar, Afzan A. Rahman, Azzahra Amad, Noor Albaniah, Kay Maria, Norhayati Taib dan Eilaa.

Sabtu, 16 Juli 2016

Dia Semanis Honey Raya, Telemovie Astro [2016]

Dia Semanis Honey Raya

Setelah 3 tahun Ahnaf dan Hani mengecapi bahagia, kini kemunculan Fairuz yang cuba untuk memenangi hati Hani merubah segalanya.

Pelakon: Alif Satar, Siti Nordiana, Firdaus Ghufran, Nina Juren, Izzue Islam, Fara Fauzana.



Jumat, 15 Juli 2016

Dia Semanis Honeymoon, Astro Ria HD [2016]

Dia Semanis Honeymoon 2016

Sinopsis Dia Semanis Honeymoon

Nantikan drama Dia Semanis Honeymoon sambungan daripada drama siri Dia Semanis Honey lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana. Akan disiarkan pada hari raya nanti 11 Julai, Isnin hingga Jumaat jam 10.00 malam di saluran Astro Ria.
Hani dan Ahnaf bahagia dalam alam perkahwinan mereka dengan kepergian Bella. Tetapi kemalangan jalanraya di mlm bulan madu mereka di Bali menyebabkan Hani hilang semua ingatan tentang Ahnaf.

Rabu, 13 Juli 2016

Ketupat Palas Mr. Handsome

Ketupat Palas Mr. Handsome TV3

Sinopis Ketupat Palas Mr. Handsome

Tengku Ruzaimi atau Kruz adalah anak orang kaya yang sosial, metroseksual, pentingkan kebersihan, keterampilan dan perasan bagus setelah memenangi pertandingan popular sebuah majalah top remaja. Ibunya telah meletakkan syarat kepada Kruz sekiranya Kruz berjaya menjuarai pertandingan tersebut, beliau takkan menyuruh Kruz bekerja di bawah bapanya.

Tanpa pengetahuan Kruz, sebagai pemenang popular, dia ditugaskan untuk membuat kerja-kerja kebajikan di sebuah kampung sepanjang bulan Ramadan. Banyak perkara lucu sepanjang pengambaran Kruz melakukan aktiviti-aktiviti di kampung. Sehinggalah suatu hari, Kruz akhirnya bertemu Ayu yang baru pulang dari Shah Alam yang telah berjaya merubahnya.

Gandingan mantap pelakon utama Ketupat Palas Mr. Handsome, Mira Filzah dan Fattah Amin. Pelakon lain yang membintangi seperti Shah Sulaiman, Aisya Hasnaa, Eyka Farhana, Marisa Yasmin, Firdaus Ghufran.

KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 1 - 23/06/2016
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 2 - 24/06/2016
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 3 - 29/06/2016
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 4 - 30/06/2016
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 5 - 01/07/2016
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 6 - 06/07/2016
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 7 - 11/07/2016
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 8 - 12/07/2016
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 9 - 13/07/2016
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 10
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 11
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 12
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 13
KETUPAT PALAS MR. HANDSOME EPISOD 14

Selasa, 12 Juli 2016

Joras Van Haji Murshid, Telemovie Astro [2016]

Joras Van Haji Murshid 2016

Sinopsis Joras Van Haji Murshid

Mengisahkan Jamil yang tinggal bersama dengan dua orang sahabat iaitu Tajul dan Suib di sebuah kawasan perumahan telah jatuh hati dengan anak Hj Mursyid seorang pemandu van jenazah di kawasan berkenaan. Pihak AJK Masjid ingin mencari pemandu baru van jenazah dan Jamil mengambil peluang untuk memohon jawatan berkenaan. Saksikan kisah seterusnya apakah beliau berjaya dalam misinya untuk memiliki Nana.

Pelakon : Joras ( Rahim, Shuk, Joey), Mubarak Majid, Mona Allen, Nor Azifah.



Bocey Mencecey, Telemovie Astro [2016]

Bocey Mencecey 2016

Sinopsis Bocey Mencecey

Mengisahkan dua orang sepupu, Fad dan Achey bersama rakan yang juga anak yatim piatu, Abam mencari rezeki sebagai mekanik di ibu negara. Mereka kemudiannya merancang untuk pulang meraikan Aidilfitri lebih awal di kampung, terutamanya selepas kematian nenek tercinta sebelum berdepan pelbagai insiden yang dirancang oleh penjahat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Pelakon : Achey Bocey, Fad Bocey, Abam Bocey, Elfira Loy, Zaidi Omar, Kamarool Hj Yusoff



Ini Malam Raya, MLM2016

Ini Malam Raya

Sebuah Program menarik untuk hari raya ini gandingan mantap daripada perserta MLM 2016 yang pasti akan menceriakan hari raya anda.

Pelakon : AC Mizal, Bocey, Zero, Ali Puteh, Ajak Shiro, Shuk, Izreen Azminda, Tasha Shila.



Senin, 11 Juli 2016

Seindah Takdir Cinta, Akasia TV3 [2016]

Seindah Takdir Cinta

Sinopsis Seindah Takdir Cinta

Mia Karmila (Amyra Rosli) seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman (Saharul Ridzwan) atau lebih mesra membahasakan dirinya Aiman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Mempunyai didikan agama yang sangat baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian (Redza Rosli), masih muda tapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi. Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berpoya-poya. Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya? Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah kedua mereka memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?

Pelakon Seindah Takdir Cinta Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Redza Rosli, Azri Iskandar, Mahmud Ali Basha, Raja Emma, Ifa Raziah, Mubarak Majid, Lydiawati, Rudy Imran dan ramai lagi. 

Kau, Aku, Kita Raya, Telemovie TV3 [2016]

Kau, Aku, Kita Raya 2016

Kau Aku Kita Raya masih mengekalkan konsep komedi dan keletah pada tiap watak seperti dalam Kau Aku Kita malah memperlihatkan sisi baik Iman tetapi ada kalanya beremosi juga kerana itu lumrah manusia. Cerita bermula dengan memperlihatkan kemesraan atau romantik Im Aus kejutkan Iman bangun pagi dengan kata-kata manis dan gelaran ‘abe’ dan ’sayang’ antara mereka kemudiannya Iman ketawa kerana itu hanya lakonan. Dia masih belum boleh mengubah panggilan ‘kau’ dan ‘aku’ antara mereka. Im Aus nampak kecewa tapi dia tetap cuba untuk biasakan Iman dengan panggilan itu tambahan ketika ini Iman sudah pun mengandungkan anak pertama mereka. Selepas Encik Zukhri, ayah Iman sihat, Dato’ Ashari, daddy Im Aus menegakkan keadilan sehinggakan Botak dan orang-orangnya ditangkap polis. Kini keluarga Iman tinggal di rumah lain walaupun berkali Dato’ Ashari dan Datin Raisya mengajak untuk tinggal bersama. Cuma sesekali mereka akan datang kerana Dato’ Ashari dan Datin Raisya rindukan adik-adik Iman.

Pelakon: Janna Nick, Syarul Ridwan, Issey Titan, Sasqia, Hafidz Roshdi.




Jihan Bodek Mak Mertua, Telemovie Astro [2016]

Jihan Bodek Mak Mertua 2016

Jihan amat gembira dan bahagia kerana dapat mengahwini Roslan. Akan tetapi ibu mertua Jihan Mummy Yah tidak suka kepada Jihan dan tidak segan untuk menunjukan perasaannya.


Bila Artis Balik Kampung Beraya, Telemovie Astro [2016]

Bila Artis Balik Kampung Beraya 2016

Arman Johari, seorang pelakon terkenal di Malaysia, telah diperangkap dengan isu khalwat oleh Baq, iaitu pelakon yang  cemburu dengan kerjayanya. Apabila pelbagai syarikat produksi mula memulaukan Arman, ketika hampir masuk bulan ramadhan, Arman merasakan wang simpanan beliau kian berkurang, jadi beliau terpaksa mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman untuk menenangkan keadaannya atau mengubah gaya hidupnya. Bagaimana nasib Arman sebagai pelakon terkenal yang terpaksa kembali ke kampung disebabkan pelbagai musibah berlaku?

Pelakon: Remy Ishak, Nur Risteena, Fauziah Nawi, Muhamed Eric, Ahmad Iswazir, Ilya Senario.


Akadku Yang Terakhir Raya, Telemovie Astro [2016]

Akadku Yang Terakhir Raya

Rumahtangga Rania dan Irham goyah apabila Irham mahu memperisterikan Nawal, teman sekerjanya dengan alasan mahukan zuriatnya sendiri.Apatah lagi Nawal yang sanggup bermadu. Apakah pengakhiran cinta tiga segi ini?

Pelakon: Amar Baharin , Tiz Zaqyah, Mardiana Alwi, Zulkifli Ismail, Theera Alias.


Sehelai Songket Berbunga Penuh, Telemovie TV3 [2016]

Sehelai Songket Berbunga Penuh

Mengisahkan Hadi, anak kedua kepada Fadhil & Anim. Hadi adalah seorang budak lelaki yang sangat baran & tidak menghormati kedua-dua orang tuanya. Berkali-kali Fadhil cuba menasihati Hadi tetapi Hadi masih tidak berubah. Abang Hadi, Haikal turut cuba untuk menasihati adiknya tetapi masih juga gagal. Sehinggalah suatu hari, Hadi termimpi akan saat-saat kematiannya yang penuh dengan api. Hadi kemudiannya cuba untuk berubah walaupun tidak diendahkan bapanya. Di pengakhirannya, Hadi tidak sempat untuk memohon ampun dari abangnya kerana abangnya terlibat dalam kemalangan.

Pelakon: Amar Asyraf, Hanis Kamal Bakar, Namron, Acap BMB.



Suamiku Bukan Tukang Masak, Telemovie Astro [2016]

Suamiku Bukan Tukang Masak

Sejak Nur mengandung, hidup Adi jadi 'huru-hara' melayani kerenah isterinya. Alahan teruk menyebabkan Nur langsung tidak boleh memasak dan hanya mahu makan masakan Adi.

Pelakon: Ajak Shiro, Izreen Asmida, Syafiq Kyle & Tunku Hanis.



Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya, Telemovie TV3 [2016]

Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya 2016

Puteri & Daniel akhirnya sudah berumahtangga dan dikurniakan seorang anak, Qayyum. Jee & Kak Tim pula akan melangsungkan perkahwinan mereka dengan pilihan masing-masing, tetapi tidak mengetahui bahawa pasangan mereka adalah bekas kekasih Jee & Kak Tim. Puteri lah yang terpaksa meleraikan pergaduhan mereka. Tanpa pengetahuan Puteri, Daniel sebenarnya mengidap penyakit Brugada Syndrome. Dia berkeras ingin merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan keluarga kerana khuatir mereka akan risau. Banyak perkara yang mencurigakan berlaku kepada Daniel seperti tiba-tiba pengsan dan berhenti kerja sehinggakan Puteri syak bahawa Daniel curang di belakangnya. Pada hari Majlis Sambutan Hari Raya di sekolah Qayyum, Daniel telah jatuh pengsan dan dibawakan ke hospital.

Pelakon: Shukri Yahaya, Zahirah Macwilson, Ku Fridah, Eizlan Yusof, Marissa Yasmin.



Minggu, 10 Juli 2016

Cinta 11 Syarat Raya, Telemovie Astro [2016]

Cinta 11 Syarat Raya 2016

Mengisahkan Haziq yang mula mengabaikan Rasya kerana sibuk dengan tugasan tesisnya sehingga Rasya terasa hati. Haziq yang mengambil kursus perniagaan separuh masa tidak perasan yang dia mula mengabaikan Rasya. Haziq berjanji dengan Rasya yang dia akan pulang ke kampong sehari sebelum raya namun dia telah terperangkap di rumah sendiri apabila Rasya terbawa telefon dan kunci rumah pulang ke kampong.

Pelakon: Bella Dally, Aqasha, Afifah Nasir, Iqram Dinzly, Farisha Irwayu, Anne Abdullah, Kazar.



Ketupat Terakhir, Telemovie TV3 [2016]

Ketupat Terakhir 2016

Mak Nen mempunyai seorang anak bernama Rahim. Rahim sangat menyayangi ibunya dan tidak pernah berenggang dengan ibunya. Semuanya berubah selepas Rahim berkahwin. Rahim kini telah berkahwin dengan Dira dan terus menetap di ibu kota. Rahim kini menguruskan syarikat ayah mertuanya dan sentiasa sibuk di pejabat. Namun begitu, Rahim tetap mengingat & mengenangkan ibunya di kampong. Rahim tidak dapat pulang ke kampung dan melawat ibunya kerana pergerakannya dikawal oleh isterinya. Menjelang pagi Raya, ibu Rahim telah bertungkus lumus menyediakan makanan kegemarannya, ketupat dan ingin menghantar sendiri ke rumah Rahim di KL. Malangnya, Rahim telah pun dalam perjalanan ke lapangan terbang. Akhirnya, Mak Nen pulang semula ke kampung dan telah terlibat dalam satu kemalangan.

Pelakon: Azhan Rani, Nabila Huda, Fauziah Nawi, Norlia Ghani.



Duit Raya, Telemovie TV3 [2016]

Duit Raya 2016

Trisya dan Win masing-masing musuh sekelas yang sentiasa bergaduh. Mereka sentiasa berlawan mainan siapakah yang paling baru & mahal. Suatu hari, ayah Trisya telah membeli permainan baru dan Trisya telah menunjuk-nunjuk permainan barunya kepada Win. Win pula berasa tercabar lantas merayu-rayu menyuruh ibunya, Syarmin membelikan permainan yang sama. Syarmin marah dengan sikap Win dan tidak mempedulikan permintaan anaknya. Lantas Win telah mendapat idea untuk mengumpul duit raya sebanyak yang mungkin supaya dapat membeli permainan baru itu. Suatu hari, Syarmin telah membawa Win untuk berjumpa dengan kawannya yang juga bakal bapa baru kepada Win. Sesampai sahaja di restoran, Win terkejut besar kerana rupanya kawan ibunya ialah ayah kepada Trisya. Maka bergaduhlah mereka di hadapan ibu dan bapa masing-masing.

Pelakon: Muntazar Ghufran, Putri Balqis, Elizad Sharifuddin, Bell Ngasri



Sha, Shah & Syawal, Telemovie Astro [2016]

Sha, Shah & Syawal

Sha dan Shah kini mempunyai cahaya mata bernama Syawal dan menikmati hidup bahagia sebagai suami isteri. Namun pasti ada dugaan yang melanda perkahwinan ini.

Pelakon:  Kamal Adli, Syatilla Melvin, Ainin Batrisya, Shima Anuar, Nina Iskandar, Dayang Areeda, Aizat Hassan, Carolina.



Mark & Ana, Telemovie Astro [2016]

Mark & Ana

Segalanya berubah Sejak Mark bertemu Ana, Mark sudah berangan-angan untuk mengahwini Ana. Dia tidak pernah melihat gadis secantik Ana di Filipina. Mark berusaha belajar bahasa melayu walaupun kadangkala bunyinya jadi pelik. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk mengagumkan Ana.

Pelakon:  Mark Adam, Shuib Sepahtu, Ozlyn, Riz Amin, Rahhim Omar



Sepahtu Cinta Plastik, Telemovie Astro [2016]

Sepahtu Cinta Plastik

Kisah seorang despatch yang ingin beraya tahun ini bersama kekasihnya anak hartawan. Despatch ini ingin mengubah suasana sambutan Aidilfitrinya agar lebih bermakna di tahun ini berbanding raya sebelumnya. Kisah tentang permainan cinta yang berstatus dua darjat.

Seorang despatch (Jep) memikat seorang anak hartawan (Aleysa) dengan strategi yang diaturoleh bapa Jep (Ebby Yus). Kisah ini lebih menunjukkan bagaimana ragam Jep dan bapa Jep yang mengatur strategi untuk memikat Aleysa dengan berbagai karenah komedi hingga berjaya.



Sabtu, 09 Juli 2016

Tragedi Duit Raya, Telemovie Astro [2016]


Sakinah, mangsa ragut yang jatuh hati kepada pemuda yang dianggap jujur kerana memulangkan beg tangannya tanpa menyedari pemuda itulah peragut sebenarnya.

Pelakon: Janna Nick, Ungku Ismail, Zizan Nin dan Dottie



Suami Tanpa Cinta Raya, Telemovie Astro [2016]

Suami Tanpa Cinta Raya

Setelah berkahwin Ain dan Zaidan amat bahagia. Sepanjang Ain mengandung, Zaidan merupakan orang yang mengalami tempias alahan mengandung dari isterinya.



Kak Marr Raya, Telemovie TV3 [2016]



Pelbagai insiden berlaku sepanjang bulan Ramadan sehingga menyebabkan warung Kak Marr diserbu dan beberapa orang telah ditangkap kerana tidak berpuasa termasuklah Asmah dan Kak White.

Pelakon: Rozita Che Wan, Redza Rosli, Izreen Azminda, Fendi Seman & Ben Ali



Gegar Vaganza Raya 2016


12 bintang GV2 berkumpul menyambut raya bersama Nabil dan Jihan dalam Rumah Terbuka GV Raya. Ada sketsa, drama spontan dan nyanyian selain berkongsi cerita raya dan tayangan klip eksklusif.



Isteri Vs Tunang Raya, Telemovie Astro [2016]

Isteri Vs Tunang Raya

Sinopsis Isteri Vs. Tunang Raya

Kisah Alana Sofea yang suka cakap lepas mencabar keegoan Zaim Azfar sehinggalah mereka akhirnya berkahwin namun selepas itu Zaim kembali pula menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya, Amira Irdina.



Maid Pun Nak Raya, Telemovie Astro [2016]

Maid Pun Nak Raya

Sinopsis Maid Pun Nak Raya

Kini bahagia bersama Harris, Noorul terkejut apabila Harris tiba-tiba membawa Elisa pulang dan mengumumkan mereka akan berkahwin. Adakah Noorul dapat menerimanya?



Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya, Astro Ria [2016]

Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya

Sinopsis Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya

Selepas Tun Akhiruddin meninggal dunia, Ayu Maisarah terpaksa menjaga TA Holding Sdn Bhd dan Yayasan Ayman Akhiruddin. Jadi dia selalu sibuk dan selalu balik malam. Dia tiada masa untuk menjaga Tuan Anas Mikael elok-elok. Tuan Anas Mikael mula berfikir apa caranya untuk dia kembalikan Ayu kepada password mereka iaitu “Awak jaga saya elok-elok, saya jaga awak elok-elok.
Drama kesinambungan dari adaptasi novel karya Syammuriezmil itu akan disiarkan 5 hari berturut-turut bermula 5 Julai hingga 9 Julai nanti di Astro Ria dan Astro Ria HD. Membariskan pelakon terkenal tanah air seperi Aaron Aziz, Zara Zya, Erra Fazira, Hans Isaac, Erwin Dawson dan ramai lagi.

Kamis, 07 Juli 2016

Tersuka Tanpa Sengaja Raya, Telemovie Astro [2016]

Tersuka Tanpa Sengaja Raya

Sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja Raya

Perkahwinan Syed Ariff dan Farhah tanpa bersulam cinta mengundang pelbagai konflik. Kini pasangan ini akan mengharungi pengalaman berpuasa dan raya pertama mereka sebagai suami isteri.



Mak Cun Pi New York, Telemovie TV3 [2016]


Sinopsis Mak Cun Pi New York

Mak Cun kini telah menjadi seorang usahawan kampung yang berjaya. Sewaktu Mak Cun sedang sibuk menguruskan perniagaanya, dia menerima panggilan telefon daripada Aton dari New York dan mengatakan yang Aton mahu berkahwin di New York! Mak Cun terus mengamuk dan mengambil keputusan untuk terbang ke New York secepat mungkin dengan bantuan Pak Akob. Sesampainya di New York, Aton telah meminta Mak Cun membeli baju yang baru sebelum bertemu dengan bakal besannya. Mak Cun merajuk dan malamnya, dia telah melarikan diri. Pelbagai insiden lucu telah berlaku sepanjang Mak Cun melarikan diri sehinggalah dia bertemu dengan Colin. Colin lah yang membantu Mak Cun untuk kembali kepada Aton.




Hello Mr. Perfect Raya, Telemovie TV3 [2016]

Hello Mr. Perfect Raya

Sinopsis Hello Mr. Perfect Raya

Izzul dan Alya telah pun dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Darwish. Namun, Izzul & Alya masing-masing masih bekerja dan cuba mengembangkan karier masing-masing. Darwish ditinggalkan bersama pembantu rumah setiap pagi. Malangnya satu hari, pembantu rumah mereka telah melarikan diri. Konlfik mula timbul apabila Izzul & Alya masing-masing tidak dapat mengagihkan masa menjaga Darwish. Selain itu, Ain juga muncul kembali di pejabat Izzul dan mula memecahbelahkan keluarga Izzul & Alya. Lakonan Ruhainies, Fatah Amin, Arash Mohamad, Fiza Elite, Aida Khalida. Arahan Nuad Hj Othman dan skrip Mazelan.





Ada Hantu Malam Raya, Telemovie TV3 [2016]

Ada Hantu Malam Raya

Sinopsis Ada Hantu Malam Raya

Mengisahkan tiga sahabat, Issey, Ammar dan Syafik yang dalam perjalanan pulang ke kampung. Oleh kerana kereta mereka yang agak uzur, perjalanan mereka mengambil masa yang lebih lama daripada biasa. Ketika perjalanan, Issey mula menceritakan kisah-kisah seram untuk hilangkan perasaan mengantuk. Tiba-tiba, sesuatu tidak kena pada kereta mereka dan terhenti di bahu jalan. Seorang nenek tua bersama cucunya menghampiri mereka dan menjemput mereka berehat di rumah Nek Nek sementara menunggu mekanik tiba. Mereka pun mengikut Nek Nek dan cucunya tanpa mengenali siapakah gerangan mereka berdua.
Pelakon Ada Hantu Malam Raya;  Issey BMB, Ammar BMB, Achok BMB, Ruminah Sidek, Shikin Kamal,



Cinta Si Wedding Planner Raya, Telemovie TV3 [2016]

Cinta Si Wedding Planner Raya

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner Raya

Fariz Adryan dan Zara Batrisya telah berkahwin selama dua tahun. Sementara itu, Ikhmal Bazli dan Shaqirin juga sudah berkahwin lebih kurang setahun. Zara dan Bazli merupakan adik-beradik yang telah terpisah semenjak kecil. Namun begitu, mereka pernah menjalinkan hubungan percintaan sebelum mengetahui hal sebenar. Hal ini menyebabkan Shaqirin cemburu kerana hubungan mereka kekal mesra. Konflik terjadi apabila salah faham wujud antara kedua-dua pasangan ini. Zara Batrisya akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk menjarakkan diri dengan Fariz Adryan.
Pelakon: Adi Putra, Mira Filzah, Fadlan Hazim, Nazeera Sardi, Elvina.


Senin, 04 Juli 2016

Ramadan Terindah, Cerekarama TV3 [2016]

Ramadan Terindah TV3

Sinopsis Ramadan Terindah, Cerekarama TV3

Kisah Munirah yang menjaga ibu dan dua orang anak saudaranya yang yatim piatu. Dalam diam, Mustaza menaruh hati kepada Munirah kerana sikapnya yang lemah lembut dan sentiasa menjaga kebajikan ibunya. Di atas dasar simpati juga, Mustaza selalu membantu keluarga Munirah dengan membelikan barang dapur & keperluan sekolah kedua-dua orang anak saudara Munirah. Satu hari, Munirah telah meminta bantuan Khair untuk membetulkan paip dapur rumahnya. Khair pula cuba mengambil kesempatan terhadap Munirah dan perkara ini telah disaksikan oleh ibu Munirah sendiri lantas menimbulkan salah faham diantara Munirah dan ibunya.

Pelakon: Noorkhiriah, Fauzi Nawawi, Zamarul Hisyam, Ruminah Sidek, Farah Nadiah, Muhd Daniel Zulkifli.



Minggu, 03 Juli 2016

Sepahtu Mercun Raya, Telemovie Astro [2016]

Sepahtu Mercun Raya

Sinopsis Sepahtu Mercun Raya

Jep dan Shuib merupakan dua budak nakal di kampung. Pada hari pertama ramadan, mereka bermain mercun sehinggalah tiba tiba mercun itu terkena sebuah lori lalu kemalangan. Mereka bernasib baik apabila lori itu membuwa muatan mercun seludup.Mereka menjual mercun itu sedikit demi sedikit dan gembira dengan wang yang diperoleh. Namun tanpa disangka, mereka dihantui hantu cina iaitu pemandu lori tersebut yang cuba menuntut kembali mercun-mercun miliknya.

Pelakon: Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Izreen Azminda & Chiwan Chilok.



TONTON DAILYMOTION VIDEO

Mr. Tanda Soal, Dahlia TV3 [2016]


Sinopsis Mr. Tanda Soal

Drama Mr. Tanda Soal mengisahkan tentang Alisa yang berasa rimas kerana perlu berdepan kerenah dua orang lelaki yang cuba memenangi hatinya. Amran (Johan Asari) adalah bekas tunang Alisa manakala Zamir (Luqman Hafidz) pula adalah bekas teman lelakinya. Amran dan Zamir kerap bergaduh semata-mata untuk mendapatkan kembali cinta Alisa. Keadaan bertambah buruk kerana Amran dan Zamir adalah jiran sebelah kiri dan kanan rumah Alisa. Hidup berjiran menjadi bertambah sukar bila pelbagai perkara mula berlaku. Antara Amran dan Zamir, siapa pula yang akan berjaya mendapatkan hati Alisa?

Mr. Tanda Soal dibintangi oleh Johan As’ari, Hanna Aqeela, Sura Sojangi, Ryzal Jaafar, Luqman Hafidz, Akmal Ahmad, Nina Iskandar, Mustaqim Mohamed dan Catriona Ross.

MR. TANDA SOAL EPISOD 1 -  05/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 2 - 10/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 3 - 11/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 4 - 12/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 5 - 17/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 6 - 18/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 7 - 19/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 8 - 24/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 9 - 25/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 10 - 26/06/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 11 - 01/07/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD 12 - 02/07/2016
MR. TANDA SOAL EPISOD AKHIR - 03/07/2016

Jumat, 01 Juli 2016

Cinta 11 Syarat, Astro Maya HD [2016]

Cinta 11 Syarat Astro

Sinopsis Cinta 11 Syarat

Rasya merupakan Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah.

Haziq aka Komeng seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali.

Bersatulah Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq. Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati.

Penerimaan Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya.