Kamis, 31 Maret 2016

Aku Bukan Bimbo, Astro Ria [2016]

Aku Bukan Bimbo Astro

Sinopsis Aku Bukan Bimbo

Kisah  ini bermula dengan pembunuhan keluarga El-Suraya . Dia bertambah terkilan apabila dia tidak bersama-sama dengan keluarganya pada waktu itu. Elsuraya hanya menantikan seorang lelaki yang telah membunuh keluarganya dengan kejam .

Perkenalannya dengan Dani membuahkan bibit-bibit cinta . Secara kebetulan Dani merupakan kawan baik kepada Azad . Azadlah yang membunuh keluarga el suraya. Namun Dani merahsiakan perkara ini dari pengetahuan el suraya . Dia real di tuduh pembunuh walaupuan dia bukanlah pembunuh sebenar.

satu hari, keluarga el -suraya ingin menjodohkan dia dengan Azad. El suraya membantah dan mengatakan dia benci kepada azad yang membunuh keluarganya. Dani pula bertindak pantas dengan segera mengikat el suraya. apakah yang berlaku kepada hubungan Dani dan elsuraya selepas itu. adakah hubungan yang mereka bina menjadi cinta sejati atau cinta yang terpalit dengan dendam ?

Barisan Pelakon Shaheizy Sam, Nadiya Nisaa, Zahiril Adzim, Afifah Nasir, Bell Ngasri, Shakilla Khoriri, Ardella Aryana, Falisha Crossley, Amai Kamarudin, Riezman Khuzaimi, Ardella Aryana, Falisha Crossley, Dottie, Dian P Ramlee

AKU BUKAN BIMBO EPISOD 1 - 29/02/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 2 - 01/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 3 - 02/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 4 - 03/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 5 - 07/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 6 - 08/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 7 - 09/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 8 - 10/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 9 - 14/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 10 - 15/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 11 - 16/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 12 - 17/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 13 - 21/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 14 - 22/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 15 - 23/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 16 - 24/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 17 - 28/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 18 - 29/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD 19 - 30/03/2016
AKU BUKAN BIMBO EPISOD AKHIR - 31/03/2016

Selasa, 29 Maret 2016

Konsert Mega Gegar Vaganza [2016]

Konsert Mega Gegar Vaganza Bahagian 1

Persembahan mantap bintang-bintang otai musim pertama dan kedua Gegar Vaganza menggegarkan Istana Budaya dalam Konsert Mega Gegar Vaganza.

Sila klik link di bawah untuk menonton.

Jumat, 25 Maret 2016

Tonton Married Tapi Benci, Lestary TV3 [2016]

Married Tapi Benci TV3

Sinopsis Married Tapi Benci

Mengisahkan kisah cinta dua remaja yang terpaksa berkahwin di usia muda akibat diperangkap orang ketiga. Kamal (Shafiq Kyle) merupakan pelajar kolej yang digilai ramai dan seorang pelumba basikal yang sering menjuarai kejohanan. Kehadiran pelajar baharu di kolej iaitu Rina (Azira Shafinaz) dengan menaiki motor berkuasa tinggi telah menarik minat Kamal untuk cuba memikat ditambah lagi Rina turut mempunyai raut wajah yang jelita. Namun, Rina dengan perwatakkan yang sedikit kasar dan benci dengan lelaki akhirnya telah memalukan Kamal di hadapan ramai pelajar lain. Terselit satu rahsia di mana sikap kasar Rina itu adalah sebagai tanda protes kerana ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda setelah kematian ibunya.

Rina pula semakin rapat dengan Daniel (Mustaqim Bahadon), musuh ketat Kamal yang turut ingin bersaing dengan Kamal. Walaupun Kamal tidak suka kepada Rina, tetapi Kamal tidak mahu Rina terperangkap dengan sikap Daniel hanya pandai mengambil kesempatan ke atas wanita. Satu hari, Kamal mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motor Daniel tetapi malangnya, Rina yang menjadi mangsa kerana dia bertukar motor dengan Daniel.

Kamal merasa bersalah namun takut untuk mengakui kesalahannya sehinggalah dia melawat Rina di hospital. Hubungan mereka mulai rapat setelah mengetahui kisah sebenar Rina yang membuatkan dia sedikit memberontak. Daniel pula menyimpan dendam dengan memerangkap mereka berdua sehingga ditangkap khalwat. Ibu bapa mereka bersetuju untuk mengahwinkan mereka berdua sebagai jalan untuk mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab untuk masa depan mereka.

Walaupun berkahwin, mereka masih lagi meneruskan aktiviti lasak dan tidak begitu peduli dengan urusan di antara satu sama lain. Kamal masih lagi dengan basikalnya, begitu juga Rina yang sering bersama dengan teman rapatnya. Tetapi dalam tidak sedar, mula muncul perasaan sayang antara Kamal dan Rina. Daniel masih lagi tidak berpuas hati dan ingin menghancurkan kebahagiaan mereka dengan melakukan pelbagai muslihat demi melunaskan dendam yang masih lagi terpalit di hati.

Berjayakah Daniel meruntuhkan rumah tangga yang baru sahaja ingin berkembang mekar?

Barisan pelakon Shafiq Kyle, Azira Shafinaz, Mustaqim Bahadon, Zalif Sidek, Cat Farish, Badrul Muhayat, Isyariana Hanarose,  Amylia Nastasha, Cyiera Saad , Nor Albaniah, Shamini Malini

MARRIED TAPI BENCI EPISOD 1 - 26/02/2016
MARRIED TAPI BENCI EPISOD 2 - 02/03/2016
MARRIED TAPI BENCI EPISOD 3 - 03/03/2016
MARRIED TAPI BENCI EPISOD 4 - 04/03/2016
MARRIED TAPI BENCI EPISOD 5 - 09/03/2016
MARRIED TAPI BENCI EPISOD 6 - 10/03/2016
MARRIED TAPI BENCI EPISOD 7 - 11/03/2016
MARRIED TAPI BENCI EPISOD 8 - 16/03/2016
MARRIED TAPI BENCI EPISOD 9 - 17/03/2016
MARRIED TAPI BENCI EPISOD 10 - 18/03/2016
MARRIED TAPI BENCI EPISOD 11 - 23/03/2016
MARRIED TAPI BENCI EPISOD 12 - 24/03/2016
MARRIED TAPI BENCI EPISOD 13 - 25/03/2016

Rabu, 09 Maret 2016

Tonton Menongkah Kasih, Azalea TV9 [2016]

MENONGKAH KASIH TV9

Sinopsis Menongkah Kasih

Menongkah Kasih mengisahkan sorang ibu tunggal iaitu Datin Rahmah lakonan Zarina Zainuddin, sibuk mengembangkan perniagaan sehingga mengabaikan 2 orang anaknya, Reffa (Ana Dahlia) dan Riyana (Ayda Jebat).

Dengan kesibukannya, Reffa dan Riyana berasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Meningkat dewasa, Reffa dan Riyana buat hal sendiri. Datin Rahmah kian dimamah usia dan mula menagih kasih sayang anak-anaknya.

Datin Rahmah berasa sunyi dari kasih sayang anak-anaknya, Reffa dan Riyana meskipun mereka tinggal serumah. Setiap pagi Datin akan bersarapan seorang diri. Biarpun Reffa bekerja di syarikatnya namun Reffa sangat jarang untuk pergi kerja bersama-sama Datin.

Riyana pula sering sahaja tersalah memilih rakan sejak dari zaman sekolah sehingga kini. Kadang kala Datin merasa cemburu dengan kehidupan pemandunya, Pak Mid. Biarpun anak-anak Pak Mid ke semuanya tinggal di asrama, namun mereka sentiasa berhubung dan bertanya khabar.

Datin menyalahkan dirinya kerana di usia mudanya, dia sering sibuk dengan kerja sehingga akhirnya menjarakkan kasih sayang anak-anak dengannya. Di usia tua ini, Datin berusaha mencari semula kasih sayang anak-anaknya itu.

Suatu hari ketika di pejabat, seorang demi seorang stafnya pulang dan Datin tinggal keseorangan di pejabat walaupun sudah menjelang senja. Ketika Datin Rahmah mahu pulang secara tiba-tiba dia merasa pening dan jatuh pitam di dalam bilik.

Pelakon Menongkah Kasih Ayda Jebat, Ana Dahlia, Aidil Aziz, Zarina Zainuddin dan Beego.

Senin, 07 Maret 2016

Cik Sayur Encik Seafood, Skrin TV9 [2016]



Sinopsis Cik Sayur Encik Seafood

Berlaku pertemuan yang dirancang oleh kedua ibu Leeya dan Amsyar tanpa pengetahuan sehingga mereka berkahwin. Bolehkah seorang yang alergi sayur-sayuran dan seorang lagi alergi makanan laut hidup bersama tinggal sebumbung. Mungkinkah perbezaan citarasa membibitkan rasa cinta dalam perkahwinan mereka?

Lakonan Issey Titan, Niena Baharun, Nonny Nadirah, Akhmal Nazri, Khatijah Tan, Susanti, Rahim Kidol.



Klik link di bawah untuk menonton.

Minggu, 06 Maret 2016

Mentor Milenia, Program Realiti TV3 [2016]

Mentor Milenia TV3

Mentor Milenia’ bakal disiarkan bermula 3 Januari 2016, setiap Ahad jam 9 malam dan akan dihoskan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh. Episod pertama memaparkan kerenah dan ragam lebih seribu peserta yang hadir ketika sesi uji bakat yang berlangsung sepanjang Disember. ‘Mentor Milenia’ dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku penaja utama manakala Tonton sebagai Geng Digital dan Hot FM sebagai radio rasmi.

Selain siaran langsung setiap Ahad, jam 9 hingga 11 malam di TV3 serta siaran ulangan setiap Jumaat berikutnya jam 9.30 pagi, penonton juga turut berpeluang melihat aktiviti mentor dan protege menerusi ‘Jurnal Mentor Milenia’ yang akan disiarkan bermula 10 Januari, setiap Ahad jam 6.02 petang.

Peserta terdiri daripada Muhammad Fareez Hazwan, Nurul Amira Mat Nasir dan Iqbal Jaafar yang mewakili Hazama, Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain, Nur Izzati Mohd Rashid serta Siti Wan Ainnur Mohd Redzuan yang mewakili Azlan.
Akim memilih Muhammad Afeeq Farhan Zulkifli, Nur Saheeba Raja Iftikhar Ahmed Khan dan Yusmeerunafishah Yusof manakala Black pula mempertaruhkan Nurul Syazwanie Mohd Basri, Rossaidi Abdul Rani dan Ridzuan Haqiem Rusli sebagai peserta pilihan.