Rabu, 25 November 2015

Ally Akashah, Skrin TV9 [2015]

Ally Akashah

Sinopsis Ally Akashah

Kemalangan Akashah ketika dalam perjalanan akad telah membuatkan keluarga pihak perempuan membatalkan perkahwinannya bersama Karmila, cinta pertama Akashah. Dia disahkan lumpuh sambil mengharungi hari-hari yang murung.

Suatu hari, kelibat seorang yang sedang berbual dengan ibuny, Datin Nurul membuatkan hati Akashah mula berbunga. Perubahan pada diri dan hati Akashah membuatkan Datin Nurul sedar dan berhajat untuk meminang Aishah.

Kamila mula merindu bekas tunangnya itu. Hatinya masih ada Akashah walaupun kini, Adam adalah suaminya. Melihat kemesraan Kamila dan Aishah sebagai sahabat ketika belajar, Akashah langsung keliru dan hatinya tidak dapat menipu tentang cinta pertamanya.

Lakonan Syafiq Kyle, Uqasha Senrose, Cristina Suzanne, Fauzi Nawawi, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Rozie Othman.

Sila klik link di bawah untuk menonton.

Selasa, 24 November 2015

Tonton Abang Sado Jemur Kain, Iris TV3 [2015]

Tonton Abang Sado Jemur Kain

Sinopsis Abang Sado Jemur Kain

Drama bersiri yang mengisahkan Marzuki (Shah Jaszle), Budin dan Riduan (Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita bangsa Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk tanam kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu.

Pada sebelah malam ketika dalam perjalan ke rumah, Marzuki telah terserempak dengan sekumpulan pemuda yang sedang memukul seorang lelaki. Marzuki mengenali lelaki yang dipukul itu, Idrus namanya. Marzuki cuba membantu menyelamatkanya. Menurut Idrus, budak-budak itu adalah samseng jalanan yang mencuba untuk merompaknya.

Setibanya dirumah, Marzuki disambut oleh isteri tercinta bernama Elyana (Janna Nick) dan anak lelakinya Amir. Marzuki berasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga bahagia. Ibu mertuanya, Mariam (Kartina Aziz) juga turut menjaga kebajikan anak menantunya dengan menyediakan makan malam. Ketika mereka sedang beristirehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan dengan satu panggilan. Ianya adalah daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya. Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu kawannya dan ini membuatkan hati ibu mertuanya tidak tenteram.

Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam.

Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng. Dino kecewa apabila Marzuki tidak dapat membantunya kerana dia telah bersara daripada menjadi samseng.

Bagaimana Dino ingin menyelamatkan diri sendiri? Adakah Dino berjaya memujuk Marzuki untuk menyelamatkannya daripada kumpulan samseng yang mengejarnya itu?

Barisan pelakon Abang Sado Jemur Kain Shah Jaszle, Janna Nick, Cat Farish, Lan Siro, Idris Khan, Ammar Alfian, Afzan, dan Kartina Aziz.

ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 7
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 8
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 9
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 10
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 11
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 12
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 13
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 14
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 15
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 16
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 17
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 18
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 19
ABANG SADO JEMUR KAIN EPISOD 20

Sistem Informasi Perpustakaan

Selamat pagi sobat cyber.. Masih dengan saya penulis blog ini yang pada kesempatan kali ini akan memberikan tutorial membuat "Sistem Informasi Perpustakaan". Pertama siapkan komputer atau laptop untuk coding, buka software pemrograman anda. Di sini saya membuat Sistem iniformasi perpustakaan dengan aplikasi Eclipse. Saya membuat program ini sesuai UML yang bisa dilihat disini.

Langsung saja kita java project terlebih dahulu, kemudian buat class-class nya. Di UML telah di tampilkan ada 4 Class, yaitu Peminjaman, Mahasiswa, Buku, dan Komik. Serta tambahan 1 class lagi untuk mainclass nya.

Kita mulai dari yang paling atas yaitu Peminjaman. Disini terdapat method buku dipinjam dan anggota, serta atribut lihat data peminjaman dan pinjam. perhatikan gambar di samping, "Peminjaman" adalah class, kemudian baris kotak kedua adalah method, baris kotak ketiga adalah atribut atau operasinya.





Kita buat Class dengan nama Peminjaman, scriptnya sebagai berikut :

public class Peminjaman
{
    public Buku bukuDipinjam;
    public Mahasiswa anggota;
    
    void peminjaman (Mahasiswa member, Buku book)
    {
        anggota=member;
        bukuDipinjam=book;
    }
    
    void lihatdatapeminjaman ()
    {
        System.out.println ("DATA PEMINJAMAN BUKU");
        System.out.println ("NIM : " +anggota.getNIM());
        System.out.println ("Nama : " +anggota.getName());
        System.out.println ("Alamat : " +anggota.getAddress());
        System.out.println ("Judul Buku : " +bukuDipinjam.getTitle());
        System.out.println ("Nama Penulis : " +bukuDipinjam.getWriter());
    }
}

Selanjutnya adalah class mahasiswa, buat class dengan nama Mahasiswa scriptnya sebagai berikut :

public class Mahasiswa//harus sesuai dengan judul class
{
    private int nim;
    private String address;
    private String name;    

    public void setNIM (int nim)//menentukan NIM
    {
        this.nim=nim;
    }
    
    public int getNIM()//mendapatkan data. set dan get saling berhubungan
    {
        return nim;
    }

    public void setName (String nama)
    {
        this.name=nama;
    }

    public String getName()
    {
        return name;
    }
    
    public void setAddress(String alamat)
    {
        this.address=alamat;
    }

    public String getAddress()
    {
        return address;
    }
}

Selanjutnya pada class buku yang di dalamnya berisi judul dan pengarangnya. Buat class bernama Buku, scriptnya seperti berikut :

public class Buku
{
    protected String title;
    protected String writer;
    
    public void setTitle (String title)
    {
        this.title=title;
    }
    
    public String getTitle()
    {
        return title;
    }
    
    public void setWriter (String writer)
    {
        this.writer=writer;
    }
    
    public String getWriter ()
    {
        return writer;
    }
}

Selanjutnya kita buat subclass dari buku yang bernama komik, buat class baru bernama Komik scriptnya seperti berikut ini :


public class Komik extends Buku //extends merupakan script turunan atau subclass dari super classnya
{
    Boolean gambar;
}

Setelah semua selesai, cek lagi script yang dimasukan, jangan sampai salah 1 karakterpun serta save projek kalian. Setelah semuanya beres, buat class main programnya dengan nama PeminjamanMain, scriptnya sebagai berikut :


public class PeminjamanMain
{
    public static void main (String [] args)
    {
        Buku bukuku=new Buku();
        Mahasiswa siswa=new Mahasiswa();
        Peminjaman pinjam=new Peminjaman();
        Komik book=new Komik();
        
        siswa.setNIM (85);
        siswa.setName ("Mahya Azka");//isikan nama anda
        siswa.setAddress ("Kendal");//isikan kota anda
        
        bukuku.setTitle("Object Oriented Programing");//nama buku
        bukuku.setWriter ("Simon Kendal");//penulis buku
        
        book.setTitle("Object Oriented Programming dengan Java");
        book.setWriter("Firman Hidayat");
        
        pinjam.peminjaman (siswa, bukuku);
        pinjam.lihatdatapeminjaman();
        
        pinjam.peminjaman (siswa, book);
        pinjam.lihatdatapeminjaman();
    }
}

Teks berwarna merah bisa diganti sesuai keinginan anda. Jika semua sudah selesai run programnya, akan tampak seperti berikut :

Senin, 23 November 2015

Tonton Wan Embong, Cerekarama TV3 [2015]

Wan Embong TV3

Sinopsis Wan Embong, Cerekarama TV3

Mengisahkan tentang Wan Embong (lakonan Neelofa) yang terpaksa berkahwin dengan Omar (Faizal Hussein) sebagai isteri ketiga. Walaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap (Dato’ Rahim Razali).

Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.

Cempaka selalu membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.

Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka sambil merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri. Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu. Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali.

Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini? Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?

Pelakon: Neelofa, Faizal Hussein, Dato’ Rahim Razali, Vanidah Imran, Johan As’ari dan Izreen Azminda.

Klik link di bawah untuk menonton.

Selasa, 17 November 2015

Tonton Hello Mr. Perfect, Akasia TV3 [2015]


Sinopsis Hello Mr. Perfect

Mengisahkan Ariff dan Ainul pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.
Hello Mr. Perfect
Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.
Hello Mr. Perfect
Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?
Hello Mr. Perfect
Pelakon Fattah Amin, Ruhainies, Ezzaty Abdullah, Raja Afiq DFKL, Dato Eizlan Yusof, Zaidi Omar, Fiza Halim, Kay Maria, Lan Siro, Adiba Yunus, Chomel Fana, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ammar Alfian dan ramai lagi.

Minggu, 15 November 2015

Tonton Hai Lah Menantu, Cerekarama TV3 [2015]

Hai Lah Menantu Cerekarama TV3

Sinopsis Hai Lah Menantu

Imran merupakan seorang lelaki yang hampir mempunyai segalanya, kecuali seorang teman wanita mahupun isteri. Oleh kerana itu, Imran sering mengharapkan ibunya, Puan Seroja untuk menjaga kehidupannya. Puan Seroja yang selalu bersabar dan melayan kerenah anaknya tiba-tiba mendapat idea untuk mencarikan Imran pasangan hidup semasa Imran ke luar negera atas urusan kerja.

Puan Seroja menyamar menjadi tukang cuci di pejabat tempat Imran bekerja. Dia mencari pasangan yang sesuai buat Imran kerana hidupnya banyak dihabiskan di pejabat. Puan Seroja sering berbual dengan Aminah, seorang gadis kasar tetapi comel. Dia merasakan Aminah ialah calon yang terbaik kerana Aminah seorang yang baik hati dan banyak membantunya.

Berjayakah misi Puan Seroja? Apakah reaksi Aminah apabila mengetahui identiti sebenar Puan Seroja?

Pelakon Kamal Adli, Amyra Rosli, Kartina Aziz, Amyra Rosli, Kamal Adli, Kismah Johar dan Elisha Sandha.

Klik link di bawah untuk menonton.

Kamis, 12 November 2015

Tonton Alaa Bib.., Iris TV3 [2015]

Tonton Alaa Bib..

Sinopsis Alaa Bib..

Alaa Bib mengisahkan tentang Bibah (Risteena Munim) atau dikenali sebagai Bib seorang gadis kampung yang naif dan lucu sering membina impian untuk menjadi kaya. Walaupun telah dinasihatkan ibunya supaya menerima sahaja pekerjaan yang sedia ada tetapi kedegilan Bibah untuk menginginkan perkerjaan yang boleh memberikannya gaji yang lumayan menyebabkan dia terus menganggur.

Suatu hari, Bib mendapat poskad daripada London dan kiriman tersebut adalah daripada buah hatinya, Hakim. Hakim yang bakal pulang ke Malaysia membawa hajat yang besar, iaitu untuk meminang seorang gadis yang dikenalinya. Bib menyangkakan bahawa Hakim ingin meminangnya sehingga dia menolak lamaran Lokman (Ammar Titan) yang sangat menyukainya. Lebih malang lagi, Bib dikejutkan dengan kepulangan Hakim yang rupa-rupanya ingin meminta Bib untuk menjadi pengapit bakal isterinya, seorang wanita yang dikenalinya di London.

Bib kemudiannya bertemu semula dengan teman lamanya, Mira (Atikah Suhaime) yang sudah berubah menjadi lebih cantik dan kaya. Bibah mendapat tahu bahawa Mira menjadi kaya raya kerana dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya. Mira mengajak Bib untuk melakukan pelaburan. Setelah dirayu-rayu oleh Bib, ibunya meminjamkan wang sebanyak RM2000 untuk pelaburan yang sebenarnya ingin digunakan oleh Bibah untuk membeli baju baharu, alat solek dan perhiasan dengan satu tujuan, iaitu untuk memikat lelaki kaya. Dia mengimpikan sebuah rumah besar yang punya kolam renang seperti yang dimiliki oleh sahabatnya, Mira.

Sekalipun tanpa kelulusan SPM yang baik, Bib sentiasa yakin dia pasti akan mencapai impiannya. Bib dicintai oleh Lokman, seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai pemandu lori. Walau bagaimanapun Lokman tidak menepati ciri-ciri lelaki impian Bib. Secara kebetulan Bib bertemu dengan peminatnya sewaktu darjah satu bernama Mikail. Namun pertemuan yang tidak disengajakan itu telah mencetuskan pergaduhan demi pergaduhan. Bib akhirnya meminta bantuan Mikail untuk mengenalkannya dengan mana-mana kawan Mikail yang berstatus kaya dan bujang. Mikail kemudian memperkenalkan Bib dengan Joeran. Setelah Joeran mula memberikan cinta, Mikail pula rasa bersalah dengan Joeran yang baik itu. Mikail memberitahu Joeran tentang impian Bib untuk jadi kaya dan hanya menggunakan Joeran untuk mencapai impiannya. Joeran mula menjauhkan diri. Tetapi tanpa disangka, Bib sebenarnya benar-benar jatuh cinta terhadap Joeran dan berusaha mendapatkan Joeran kembali.

Setelah melalui pelbagai rintangan, akhirnya Joeran ingin menoktahkan cintanya dengan perkahwinan. Bib bersetuju dengan syarat hantaran 50 ribu dan sebuah kolam renang dibina di hadapan rumah ibunya. Joeran bersetuju. Namun selepas Joeran memberikan 25 ribu, Bib tiba-tiba menghilangkan diri. Mikail menuduh Bib melarikan diri dengan wang pemberian Joeran. Namun segalanya terungkai apabila Bib rupanya terpaksa menggunakan wang itu sebagai pendahuluan untuk pembedahan jantung ibunya. Bib meminta maaf kepada Joeran. Dia sanggup kehilangan Joeran, sanggup melupakan impiannya untuk menjadi kaya demi kasihnya terhadap ibu. Joeran akhirnya menerima cinta Bib semula. Tidak cukup dengan itu, Joeran telah membayar keseluruhan kos pembedahan ibu Bib. Impian Bib untuk menjadi kaya, tinggal di rumah besar yang punya kolam renang akhirnya menjadi realiti.

Pelakon Nur Risteena Munim, Atikah Suhaime, Ammar Titan, Iqram Dinzly, Syafiq kyle, Ikhlas Jalil, Sheila Mambo.

ALAA BIB.. EPISOD 1 - 12/10/2015
ALAA BIB.. EPISOD 2 - 13/10/2015
ALAA BIB.. EPISOD 3 - 14/10/2015
ALAA BIB.. EPISOD 4 - 15/10/2015
ALAA BIB.. EPISOD 5 - 19/10/2015
ALAA BIB.. EPISOD 6 - 20/10/2015
ALAA BIB.. EPISOD 7 - 21/10/2015
ALAA BIB.. EPISOD 8 - 22/10/2015
ALAA BIB.. EPISOD 9 - 26/10/2015

Rabu, 11 November 2015

Tonton Habibah Vs Baby

Habibah Vs Baby

Sinopsis Habibah Vs Baby
Habibah merupakan seorang anak dara tua (andartu) tetapi Muz dan Hanina (adik Habibah) telah mengatur rancangan untuk menyatukan Bad dengan Habibah. Mereka menyuruh Habibah menyamar menjadi model dengan nama Baby untuk memikat Bad. Adakah rancangan mereka akan berjaya?

Tonton di tonton.com.my

TONTON HABIBAH Vs. BABY

Din Sardin, Skrin TV9 [2015]

Din Sardin Skrin TV9

Sinopsis Din Sardin
Kisah kaki rempit yang jatuh cinta dengan pegawai JPJ, Cik Ta. Sebelum itu, Din banyak kali berselisih faham dengan ketika berada di jalan raya. Din juga gagal ujian memandu sebayak tiga kali. Din menyangkakan Cik Ta berdendam dengannya kerana Cik Ta adalah pegawai bertugas yang menguji Din. Masuk kali keempat Din, lulus ujian dan akhirnya menukarkan pandangan belian terhadap Cik Ta sebelum ini. Din akhirnya jatuh hati dengan Cik Ta, namun sia-sia setelah mendapat tahu Cik Ta telah bertunang. Dapatkah Din Sardin menambat hati Cik Ta?

pelakon Izzue Islam, Mira Filzah, Amir Raja Lawak, Niena Baharun, Kazarudin Saisi, Delimawati.

Klik link di bawah untuk menonton.

Jumat, 06 November 2015

Cinta Iris, Ratu TV9 (2015)

Cinta Iris

Sinopsis Cinta Iris

Iris Damia merupakan pelajar tahun akhir dalam pengajian ijazahnya. Emaknya membebel kerana Iris masih belum mempunyai pasangan hidup. Dia tak mahu Iris mengalami masalah dalam memncari pasangan. Drama karya  Eirma Fatima ini diarahkan oleh Pali Yahya. Watak utama dilakonkan oleh Raja Ilya bergandingan dengan Ungku Ismail Aziz, Tunku Hanis, Nazim Othman, Zain Hamid dan Emelie Hanif. Drama Cinta Iris mula bersiaran pada 10 Julai, setiap Jumat jam 8.30 malam di slot Ratu TV9.

CINTA IRIS EPISOD 1 - 10/07/2015
CINTA IRIS EPISOD 2 - 31/07/2015
CINTA IRIS EPISOD 3 - 07/08/2015
CINTA IRIS EPISOD 4 - 14/08/2015
CINTA IRIS EPISOD 5 - 21/08/2015
CINTA IRIS EPISOD 6 - 28/08/2015
CINTA IRIS EPISOD 7 - 04/09/2015
CINTA IRIS EPISOD 8 - 18/09/2015
CINTA IRIS EPISOD 9 - 25/09/2015

Senin, 02 November 2015

Plan Cinta Tak Jadi, Astro Ria [2015]

Plan Cinta Tak Jadi

Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi

Mengisahkan pengorbanan seorang gadis bernama Melina yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici. Setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz. Melina memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian.
Antara barisan Fathia Latiff, Fattah Amin, Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf, Mark Adam, Laila Nasir, Kuna Muzani, Ania Syafi.

PLAN CINTA TAK JADI EPISOD 1 - 10/08/2015
PLAN CINTA TAK JADI EPISOD 2 - 17/08/2015
PLAN CINTA TAK JADI EPISOD 3 - 24/08/2015
PLAN CINTA TAK JADI EPISOD 4 - 31/08/2015
PLAN CINTA TAK JADI EPISOD 5 - 07/09/2015
PLAN CINTA TAK JADI EPISOD 6 - 14/09/2015
PLAN CINTA TAK JADI EPISOD 7 - 21/09/2015
PLAN CINTA TAK JADI EPISOD 8 - 28/09/2015
PLAN CINTA TAK JADI EPISOD 9 - 05/10/2015
PLAN CINTA TAK JADI EPISOD 10 - 12/10/2015
PLAN CINTA TAK JADI EPISOD 11 - 19/10/2015
PLAN CINTA TAK JADI EPISOD 12 - 26/10/2015
PLAN CINTA TAK JADI EPISOD AKHIR - 02/11/2015