Kamis, 30 Juni 2016

Assalamualaikum Cinta, Astro Ria [2016]

Assalamualaikum Cinta Astro

Sinopsis Assalamualaikum Cinta

Assalamualaikum Cinta mengisahkan tentang Azrif (Kamal Adli) dan Rykal lakonan Saharul Ridzwan yang memulakan sebuah pertaruhan. Mereka berdua cuba memikat dua orang gadis bernama Emma lakonan Emma Maembong dan Nia (Ayda Jebat). Jika salah seorang gadis menyatakan perkataan "I Love You" kepada salah seorang daripada mereka, maka dialah yang akan memenangi pertaruhan itu yang hadiahnya adalah semangkuk cendol.

Emma adalah seorang gadis yang tidak suka pada lelaki kaya. Dia beranggapan bahawa semua lelaki kaya suka berlagak dan bermain dengan perasaan perempuan. Lelaki yang sering dia kaitkan dengan sikap sebegitu adalah abang iparnya Daniel yang sering mengasari kakaknya bernama Natasya.

Perkenalan dengan lelaki bernama Azrif ibarat mimpi ngeri buat Emma. Dia benci dengan sikap Azrif yang seakan memaksanya untuk berkawan.

Berlainan pula dengan Nia. Dia berkenalan dengan Rykal ketika sama-sama merebut sebuah parking kereta. Ayah Nia pula jenis yang begitu tegas dan mengawal kebebasan Nia lebih-lebih lagi yang melibatkan lelaki.

Walaupun berkali-kali menerima amaran dari Nia dan Emma, Azrif dan Rykal tetap juga meneruskan misi mereka sehingga akhirnya Nia dan Emma mulai sedar mereka mula jatuh hati kepada Rykal dan Azrif biarpun pada awalnya mereka membenci.

Akibat keterujaan misi mereka yang pada awalnya berjaya akhirnya terkantoi pula bila Emma dan Nia mendapat tahu. Dan akhirnya kedua-dua gadis itu bertindak untuk memutuskan perhubungan dan tidak mahu lagi menemui mereka berdua.

Selepas itu apa yang dilakukan oleh Azrif dan Rykal menjadi serba tak jadi. Kemudian barulah mereka sedar yang mereka juga telah jatuh hati pada Emma dan Nia. Dalam masa yang sama mereka dikejutkan pula dengan keputusan nenek mereka yang inginkan mereka berdua bertunang dengan calon pilihannya.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Adakah Azrif dan Rykal akan bersetuju ditunangkan dengan calon pilihan nenek mereka? Bagaimana pula dengan Emma dan Nia?

ASSALAMUALAIKUM CINTA EPISOD 1 - 30/05/2016

Rabu, 29 Juni 2016

Lambaian Ramadan , Samarinda TV3 [2016]


Sinopsis Lambaian Ramadan

Lambaian Ramadan mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga Adam dan Shila. Pada awalnya Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad) hidup bahagia bersama tiga orang anak mereka iaitu Iman (Izz Ilham), Iskandar lakonan Muntazar Ghufran dan Nurin (Puteri Balqis). Namun kebahagian itu tidak berkekalan bila wujudnya orang ketiga iatu Warda lakonan Reen Rahim.

Warda berjaya menawan hati Adam dan dalam diam Adam mula curang demi untuk kepentingan perniagaannya. Namun akibat kehadiran Warda, Adam mula mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Dalam masa yang sama, tanpa disedari anak bongsunya, Nurin menghidap satu penyakit kronik.

Apa akan berlaku kepada kesudahan drama menarik yang membawakan tema kekeluargaan ini? Jangan lupa saksikan Drama Lambaian Ramadan di Slot Samarinda TV3 bermula pada 31 Mei 2016 jam 10:00 malam.

Dibintangi oleh gandingan pelakon-pelakon hebat antaranya Adi Putra, Elizad Sharifuddin, Puteri Balqis, Reen Rahim, Izz Ilham, Muntazar Ghufran dan Qazim Nor.

Muazzin, Skrin TV9 [2016]

Muazzin TV9

Sinopsis Muazzin

Mengisahkan Hawa, seorang doktor berusia 30-an, yang masih belum lagi berkahwin dan tidak mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki setelah gagal bercinta buat pertama kali.

Walaupun Hawa hanya berdoa dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan jodohnya, ayah Hawa, Imam Agus, tetap risau dengan keadaan anak gadisnya yang telah menolak beberapa pinangan lalu menasihatkan Hawa agar mencari jodoh dengan segera mengikut tuntutan sunnah Nabi Muhammad. Tambahan pula kesihatan Imam Agus yang saban hari semakin dimakan usia, dia amat berharap untuk melihat bakal menantunya dan menimang seorang cucu suatu hari nanti.

Pada suatu hari, ketika azan Subuh sedang berkumandang, secara tiba-tibanya Hawa terbuka hati ingin mengenali muazzin yang melaungkan azan Subuh dari masjid berhampiran dengan kawasan rumahnya. Malangnya, tiada sesiapa pun yang mengenali muazzin subuh itu.

Pelakon telemovie Muazzin Zara Zya, Amar Asyraf, Zaidi Omar, Amyza Adnan, Hamid Gurkha, Achong Sweetchild, Keena Mentor.


Senin, 27 Juni 2016

Tetamu Ramadan, Cerekarama TV3 [2016]


Sinopsis Tetamu Ramadan

Saat insan lain gembira menyambut kedatangan Ramadan, perasaan Halimah berbaur. Dia gembira kerana bakal bertemu Ramadan sekali lagi, tetapi sedih mengenangkan sikap anak tunggalnya Hazim yang memandang ringan kepada tuntutan rukun Islam yang ketiga itu. Sejak kecil Hazim sudah dididik untuk berpuasa dan menjalankan kewajipan lain sebagai seorang muslim. Tetapi apabila meningkat remaja, pergaulan di kolej dan di tempat kerja, turut mengubah perangainya. Dia mula culas menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim. Solat, puasa malah hal-hal lain dipandang ringan sahaja oleh Hazim. Puas Halimah dan suaminya Khaidir mengingatkan Hazim untuk kembali ke jalan ALLAH sebagaimana pernah dilalui sebelum itu.Tetapi Hazim semakin hanyut oleh pangkat dan kesibukan di tempat kerja pula. Halimah dengan Khaidir, pernah memasang impian supaya Hazim menjadi seorang Hafiz dan menjadi seorang ustaz. Tetapi Hazim berkeras tidak mahu di hantar ke pusat tahfiz. Halimah dengan Khaidir mahu Hazim mencuba.

Pelakon: Aeril Zafrel, Namron, Wawa Zainal, Fazlina Ahmad Daud, Hakim Zahar.



Minggu, 26 Juni 2016

Lara Terindah, Akasia TV3 [2016]

Lara Terindah TV3

Sinopsis Lara Terindah

Razlan adalah seorang yg tidak suka akan perkawinan dan menganggap semua wanita tidak boleh dipercayai. Beliau mempunyai misi untuk menjatuhkan Elena kerana Razlan merasakan Elena adalah punca dia terlepas satu projek besar apabila mereka terlibat dalam kemalangan. Tetapi selepas itu, Razlan mula menaruh hati dan perasaan terhadap Elena.

Pelakon Nelydia Senrose, Nonny Nadhirah, Nazrief Nazri, Hafeez Mikail, Aidil Aziz, Ika Nabella.

LARA TERINDAH EPISOD 1

Jumat, 24 Juni 2016

Pondok Itu Rumahku, Telemovie TV3 [2016]

Pondok Itu Rumahku TV3

Sinopsis Pondok Itu Rumahku

Kisah sebuah keluarga yang miskin dan daif, Pak Sudin dan isterinya Rahimah serta lima orang anak mereka Syukri, Safuan, Sarimah, Salwa dan anak bongsunya Saiful yang berumur 8 tahun. Konflik bermula apabila Pak sudin menjual Syukri kepada sepasang suami isteri Suhaimi dan Zaleha yang tinggal dibandar kerana kesempitan hidup dan sikap Pak sudin yang gemar berjudi dan berhutang.

Pelakon: Danish Hazriq, Amyza Aznan, Nasir Bilal Khan, Ku Faridah, Amirul Faqeem, Nina Iskandar, Amir Rajalawak, Nafiz Muaz, Farah Nadia, Wilma Muhammad, Faiz Nor, Ikhwan Ibrahim



Kamis, 23 Juni 2016

Bila Tiba Saatnya, Telemovie TV3 [2016]

Bila Tiba Saatnya

Sinopsis Bila Tiba Saatnya

Mengisahkan 2 orang individu yang telah meninggal dunia pada malam yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Walau bagaimanapun, kedua-dua lelaki tersebut telah dikebumikan di kampung halaman yang sama. Rosman seorang remaja yang sangat jahat dan suka mencuri apa juga barang sehingga tabung masjid juga jadi mangsanya. Beliau pernah bersumpah dengan ibunya, jika dia yang mencuri wang tabung masjid tersebut maka dia reda jika Allah cabutnya nyawanya di dalam masjid tersebut.

Pada malam 27 Ramadan beliau telah kembali kerahmatullah sebelum sempat bertaubat. Mohd Nazim pula telah menemui ajalnya di pusat karaoke setelah dipukul dengan botol arak oleh seorang gangster. Mohd Nazim ke pusat karaoke tersebut hanya hendak membawa kawan baiknya, pergi menziarah anaknya yang sedang tenat di hospital. Memang arwah Mohd Nazim sebelum ini adalah seorang kaki botol tetapi beliau sudah berubah dan bertaubat serta menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.

Pelakon Bila Tiba Saatnya Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Niena Baharun, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Aleza Shadan, Dian P.Ramlee & Kodi Rashid.