Kamis, 28 April 2016

Jasmine, Zehra TV3 [2016]

Jasmine TV3

Sinopsis Drama Jasmine

Jasmine dan Ryan merupakan sepasang kekasih. Manakala, Tina pula mempunyai perasaan kepada Ryan sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat mereka berpisah.

Segalanya telah berubah apabila Jasmine mengandung dan Ryan enggan bertanggungjawab. Lagi malang, Ryan menyuruh Jasmine untuk menggugurkan kandungannya. Jasmine kecewa dan membawa diri ke Australia dan nekad untuk membesarkan bayinya di sana.

Tina mengambil peluang ini untuk rapat dengan Ryan. Walau bagaimanapun, Ryan telah sedar dan berjanji untuk berubah menjadi lelaki yang baik kepada Jasmine.

Pada masa yang sama, Jasmine bertemu Khalif dan jatuh cinta. Siapakah yang akan Jasmine pilih pada akhirnya?

Antara pelakon yang menjayakan, Aqasha, Nelydia Senrose, Gambit Saifullah, Puteri Aisyah dan Shakilla Khoriri.

JASMINE EPISOD 1 - 30/03/2016
JASMINE EPISOD 2 - 31/03/2016
JASMINE EPISOD 3 - 01/04/2016
JASMINE EPISOD 4 - 06/04/2016
JASMINE EPISOD 5 - 07/04/2016
JASMINE EPISOD 6 - 08/04/2016
JASMINE EPISOD 7 - 13/04/2016
JASMINE EPISOD 8 - 14/04/2016
JASMINE EPISOD 9 - 15/04/2016
JASMINE EPISOD 10 - 21/04/2016
JASMINE EPISOD 11 - 22/04/2016
JASMINE EPISOD 12 - 27/04/2016
JASMINE EPISOD AKHIR - 28/04/2016

Suami Tanpa Cinta, Astro Ria [2016]

Suami Tanpa Cinta Astro Ria

Sinopsis Suami Tanpa Cinta Astro Ria

Suami Tanpa Cinta mengisahkan Zaidan Iman dan Ain Syifa. Mereka berkawan baik sejak zaman sekolah. Bila dewasa mereka terpaksa berkahwin demi untuk menyelamatkan perniagaan keluarga. Tujuan perkahwinan mereka adalah untuk menggabungkan syarikat milik keluarga mereka.

Perkahwinan mereka ini bersyarat. Sekiranya Ain diceraikan, maka syarikat akan menjadi miliknya dan Zaidan Iman tiada hak lagi ke atas syarikat tersebut. Kerana syarat ini, Zaidan Iman dan Ain Syifa berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

Akibat satu kisah silam, Ain Syifa telah mengunci hatinya untuk mencintai Zaidan Iman tetapi lelaki itu amat mencintai Ain Syifa. Semakin hari kehidupan mereka menjadi semakin bahagia kerana masing-masing saling melengkapi. Zaidan Iman berusaha untuk membuatkan Ain mencintainya. Tetapi dalam masa yang sama, Ain Syifa pula semakin keliru dengan perasaan sendiri. Dalam dia Zaidan Iman mula menyedari yang Ain Syifa sudah mula jatuh cinta kepadanya tetapi masih belum ingin mengakui.

Namun kebahagiaan mereka diuji dengan satu berita. Ain Syifa mula sangsi dengan perasaan Zaidan Iman. Dia merasakan seolah ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Zaidan Iman dari pengetahuannya. Bila keadaan mula tidak terkawal, Ain Syifa melarikan diri dan meninggalkan hanya sekeping nota untuk Zaidan Iman.

Apakah akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Dapatkan Zaidan Iman mencari semula Ain Syifa. Benarkah berita yang didengari oleh Ain Syifa itu? Dan dapatkah pasangan ini mempertahankan perkahwinan mereka?

Drama Suami Tanpa Cinta yang akan bersiaran selama 16 episod turut dibintangi oleh Christina Suzanne, Sarah Hildebrand, Mark Adam, Afzan A.Rahman, Noor Ikhram, Wan Sharmila, Mia Nasir, Roy Azman, Zeila Jalil, Hilal Azman, Liza Abdullah dan Ungku Ismail Aziz.

Senin, 18 April 2016

Bodyguard, Aksi TV3 [2016]

Bodyguard Aksi TV3

Sinopsis Bodyguard TV3

Mengisahkan lima orang jejaka Fariz (Fattah Amin), Rayyan (Azrel Ismail), Daniel (Idris Khan) Rahul (Lan Siro) dan Basri (Sabhi Saddi) yang bekerja di bawah agensi pengawal peribadi milik Natasha (Farahdhiya). Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh mereka sewaktu menjadi bodyguard.

Setiap seorang daripada mereka mempunyai kemahiran yang berbeza-beza. Faris ialah seorang pakar penembak. Azrel Ismail sebagai pakar taktik peperangan. Rahul dan Basri pula pakar dalam kombat dan medik. Manakala Daniel pakar perunding dan dalam bidang teknologi.

Namun dalam melaksanakan tugas dan misi yang berisiko, lima orang pengawal ini bukan sahaja bakal bergelut dengan risiko profesion mereka tetapi juga konflik kehidupan peribadi mereka tersendiri. Malah soal cinta juga turut menjadi sebahagian daripada kisah ini apabila Natasha terperangkap dengan cinta segitiga bersama Fariz dan Rayyan.

Fariz menjalin hubungan cinta dengan majikan mereka tanpa pengetahuan rakan lain. Dalam diam, Rayyan turut menyukai Natasha. Rayyan meminta bantuan Fariz untuk menambat hati majikannya itu dan bermulalah konflik antara mereka. Pun begitu, tugas sebagai pengawal keselamatan tetap berjalan seperti biasa apabila agensi itu menerima banyak permintaan pelanggan.

Setiap pelanggan datang dengan pelbagai masalah. Ia menjadikan tugas mereka lebih mencabar dari semasa ke semasa. Dalam satu kejadian, Rahul meninggal dunia akibat terkena tembakan. Tempatnya digantikan dengan Basri (Sabhi Saddi).

Apakah risiko yang bakal mereka hadapi? Bagaimanakah lima jejaka ini bakal menyempurnakan tugas mereka?

BODYGUARD EPISOD 1 - 02/03/2016
BODYGUARD EPISOD 2 - 07/03/2016
BODYGUARD EPISOD 3 - 08/03/2016
BODYGUARD EPISOD 4 - 09/03/2016
BODYGUARD EPISOD 5 - 14/03/2016
BODYGUARD EPISOD 6 - 15/03/2016
BODYGUARD EPISOD 7 - 16/03/2016
BODYGUARD EPISOD 8 - 21/03/2016
BODYGUARD EPISOD 9 - 22/03/2016
BODYGUARD EPISOD 10 - 23/03/2016
BODYGUARD EPISOD 11 - 28/03/2016
BODYGUARD EPISOD 12 - 29/03/2016
BODYGUARD EPISOD 13 - 30/03/2016
BODYGUARD EPISOD 14 - 04/04/2016
BODYGUARD EPISOD 15 - 05/04/2016
BODYGUARD EPISOD 16 - 06/04/2016
BODYGUARD EPISOD 17 - 11/04/2016
BODYGUARD EPISOD 18 - 12/04/2016
BODYGUARD EPISOD 19 - 13/04/2016
BODYGUARD EPISOD AKHIR - 18/04/2016

Contoh Surat Pengunduran Diri Yang Baik dan Benar


Contoh Surat Pengunduran Diri atau Resign - Banyak alasan
mengapa seseorang ingin mengudurkan diri dari pekerjaan yang selama ini dia
tekuni. Mungkin ada yang mendapat kerjaan baru dengan jabatan yang lebih baik
dan gaji yang lebih tinggi, tidak kuat dengan ritme kerja yang ada, bos yang
galak dan semena-mena, pengen nyari suasana baru, dan masih banyak lagi alasan
seseorang ingin resign dari

Sabtu, 16 April 2016

Contoh CV atau Daftar Riwayat Hidup Yang Benar


Contoh CV atau Daftar Riwayat Hidup Yang Terbaru 2016 - Walapun nyantai
merupakan kerjaan yang menyenangkan, namun kalau lama2 nyanyai dan tidak punya
kerjaa pastinya susah juga, apalagi melihat temen-temen yang sudah pada kerja
ditambah orang tua kita yang akan semakin ngomel karena lihat anaknya tidak
kunjung kerja pastinya tambah pusing. Mau usaha belum punya modal, paling tidak
memanfaatkan

Senin, 11 April 2016

Tonton Karlisa, Cerekarama TV3 [2016]

Karlisa Cerekarama TV3

Sinopsis Karlisa Cerekarama TV3

Karmila, 20 pelajar kolej merupakan anak sulong kepada Puan Faridah dan Tuan Bahrin. Sebelum ini, hidupnya seperti syurga kerana ibubapanya memberi sepenuh kasih sayang kepadanya. Sehinggalah sekarang, ibubapanya tidak pernah membezakan kasih sayang antara dia dan adiknya Karlisa (8 tahun) yang dipanggil adik. sejak Adik lahir, Karmila berubah. Dia banyak mendiamkan diri apabila melihat ibubapanya memberi tumpuan kepada Adik.Karmila seolah-olah benci Adik. Hanya herdik dan kemarahannya yang dilepaskan kepada Adik setiap kali Adik mendekatinya. Puan Faridah dan Tuan Bahrin simpati melihat keadaan Adik. Karmila pantang ditegur oleh ibunya atau mereka bersua muka, berlakulah pertikaman lidah antara mereka. Adik seorang yang bijak. Setiap kali dimarahi kakaknya, dia akan senyum. Adik melukis kakaknya sambil berdoa agar suatu hari nanti dia mendapat kasih sayang dari Karmila. Semakin Karmila marah dan benci kepadanya, selagi itulah dia akan mendekati Karmila.

Pelakon: Nur Qistina Raisah, RUhaninies, Watie Sadali, Fizz Fairuz dan ramai lagi. 

Sila klik link di bawah untuk menonton.

Tonton Dawai Asmara, Azalea TV9 [2016]


Sinopsis Dawai Asmara

Hashim memberikan Natasya seutas rantai leher dan sebentuk cincin emas sempena hari jadi Natasya yang ke 3 tahun. Namun Rosmah tidak menyenangi kerana Hashim dianggap terlampau berbelanja mewah untuk anaknya. Buah rantai berbentuk love, begitu juga cincinnya yang diukir sama sepadan, menjadi tanda kasih Hashim yang tidak berbelah bahagi kepada anaknya. Walaupun Rosmah juga menyayangi Natasya, tapi dia tidak mahu mengukur kasih sayangnya dengan material.Hashim tidak pedulikan rungutan Rosmah kerana dia mahu buat apa sahaja untuk kehidupan anak tunggalnya. Dalam kejadian lain, Ziana pula dihalau oleh ibubapanya dari rumah mereka selepas melahirkan seoang anak luar nikah. Tiga tahun berlalu, Shahir yang pernah berjanji akan bertanggungjawab, tidak pernah muncul untuk mengakui Amira sebagai anak mereka.Tidak sanggup lagi menerima cemuhan orang kampung, ibubapa Ziana mahu Ziana membawa anaknya pergi jauh dari kampung.

Saksikan drama terbaru di slot Azalea berjudul Dawai Asmara. Sebuah drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd arahan Azma Aizal Yusoof dan Aidilfitri Mohamed Yunos. Dibintangi oleh Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Emelie Hanif, Zoey Rahman, Faiez Affandi dan ramai lagi.

DAWAI ASMARA EPISOD 1 - 09/03/2016
DAWAI ASMARA EPISOD 10 - 25/03/2016