Minggu, 14 Agustus 2016

Menantu Ting Tong, Dahlia TV3 [2016]

Menantu Ting Tong 2016

Sinopsis Menantu Ting Tong

Marsha merasa rimas apabila disuruh untuk bergaya dengan macam-macam stail. Sudahnya dia pula yang marah dan meleteri 'Director Photography' dan barisan juri yang tak habis-habis mengarahkannya.

Marsha memperkenalkan Julia kepada mummynya. Julia adalah bekas senior kolej yang rapat dengannya dulu dan merupakan anak Dato Tarmizi. Bila dengan anak Dato, mulalah Puan Rozie terdetik untuk kenalkan Julia dengan Mikail. Marsha memikirkan bagaimanakah teknik untuk membuatkan Mikail jatuh hati dengan Julia sebab bukan mudah untuk abangnya itu sukakan seseorang wanita.

Marsha meluru datang menuduh Luqman lelaki penipu yang ingin pukau wanita untuk ambil kesempatan. Julia terkejut, sangkanya Luqman adalah Mikail, Luqman terpinga-pinga dan minta pnejelasan sebaliknya dia dipukul bertalu-talu dengan handbag oleh Marsha dan Julia. Luqman terpaksa melarikan diri. Luqman tiba di pejabat dalam keadaan yang serabai membuatkan semua staf kehairanan.

Barisan pelakon Menantu Ting Tong Azrel Ismail, Nur Ruhainies, Mitilda, Ben Amir, Amyza Aznan, Tash Yong, Aleza Shadan, Zarina Zainuddin, Arriff Sumbu, Ain Sufia, Amai Kamarudin, Zulkifli Mohd Salleh.

MENANTU TING TONG EPISOD 1 - 15/07/2016
MENANTU TING TONG EPISOD 10 - 05/08/2016
MENANTU TING TONG EPISOD 16
MENANTU TING TONG EPISOD 17
MENANTU TING TONG EPISOD 18
MENANTU TING TONG EPISOD 19
MENANTU TING TONG EPISOD 20

Jumat, 12 Agustus 2016

Super Spontan Superstar 2016

Super Spontan Superstar 2016

Super Spontan Superstar 2016

Program realiti Super Spontan kembali dengan musim terbarunya, menampilkan 16 peserta terdiri daripada para selebriti dan pelawak popular tanahair. 16 selebriti ini akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Harimau Hipster dan Monyet Mafia diketuai oleh Johan Raja Lawak dan Tauke Raja Lawak bagi memimpin barisan peserta yang lain. Dato’ AC Mizal kekal sebagai hos ditemani pelawak genit, Amir Raja Lawak yang akan muncul menghangatkan suasana selaku pengacara bersama. Adflin Shauki pula bakal memegang amanah selaku komentator, berpasangan dengan seorang selebriti jemputan yang akan diundang setiap minggu.

Masih mengekalkan format asal, program realiti Super Spontan Superstar bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang selama 10 minggu, pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai 5 Ogos 2016 dtayangkan serentak menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (Saluran 134).

Peserta Super Spontan Superstar 2016 Tauke, Abam Bocey, Syuk Joras, Fad Bocey, Zulin Aziz, Ozlynn, Jamal, Waris, Johan Raja Lawak, Achey, Ali Puteh, Amyza Adnan, Kamal Adli, Julia Ziegler, Altimet, Zuki.

SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 3
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 4
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 5
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 6
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 7
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 8
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 9
SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MINGGU 10

Kamis, 11 Agustus 2016

Lelaki Macam Dia, Astro Ria HD [2016]

Lelaki Macam Dia Astro Ria

Sinopsis Lelaki Macam Dia

Mengisahkan tentang Fahmi dan Fatihah yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.

Pelakon Lelaki Macam Dia Azrel Ismail, Izreen Azminda, Akhmal Nazri, Zera Hariz, Sharisa Haris, Feiyna Tajudin, Elya Miera, Natasha Elyzza, Mak Wan Latah, Zulkifli Ismail, Aleza Shadan.

Tonton MAID, Astro Ria HD [2015]

MAID Astro Ria

Sinopsis M.A.I.D

Mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Noorul yang menjadi pembantu rumah di rumah mewah seorang lelaki yang kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, Beliau sangat cerewet sehinggakan Noorul mengelarkannya Mr.F (F jolokan untuk ‘fussy’). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk menjadi orang gaji.

Mr.F seorang yang tidak mesra alam, suka menengking dan suka memberi arahan dengan meningggalkan nota di serata rumahnya. Pada suatu hari Mr. F menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani untuknya, huru-hara dibuatnya apabila Noorul tidak pandai memasak melainkan masak nasi, air dan manggi. Disebabkan itu, Noorul nekad untuk belajar memasak dengan menghadiri kelas memasak Chef Aidil. Lama-kelamaan mereka mula mengenali, Noorul mula jatuh cinta dengan majikannya.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan untuk menutup malu dan mahu menjaga reputasi perniagaan keluarga Tan Sri dan Puan Sri. Noorul yang memendam perasaan cintanya kepada Mr.F mula gusar bolehkah dia menerimnya sebagai isteri. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Maid drama terbaru di Astro Ria HD menggantikan Isteri Separuh Masa. Juga adaptasi novel karya Suri Ryana. Pelakon utama Zul Ariffin, Ayda Jebat dan turut dibantu Nina Nadira, Tasha Shilla, Nina Juren, Nina Nadira, Eizlan Yusof, Hefny Sahad, Mak Wan Latah. Terbitan Darkwave Pictures Sdn Bhd, arahan Michael Ang.

MAID EPISOD 1 - 15/06/2015
MAID EPISOD 2 - 16/06/2015
MAID EPISOD 3 - 17/06/2015
MAID EPISOD 4 - 18/06/2015
MAID EPISOD 5 - 19/06/2015
MAID EPISOD 6 - 22/06/2015
MAID EPISOD 7 - 23/06/2015
MAID EPISOD 8 - 24/06/2015
MAID EPISOD 9 - 25/06/2015
MAID EPISOD 10 - 26/06/2015
MAID EPISOD 11 - 29/06/2015
MAID EPISOD 12 - 30/06/2015
MAID EPISOD 13 - 01/07/2015
MAID EPISOD 14 - 02/07/2015
MAID EPISOD 15 - 03/07/2015
MAID EPISOD 16 - 06/07/2015
MAID EPISOD 17 - 07/07/2015
MAID EPISOD 18 - 08/07/2015
MAID EPISOD 19 - 09/07/2015
MAID EPISOD AKHIR - 10/07/2015

Tonton Cik Bunga Encik Sombong, Astro Maya HD [2015]

Cik Bunga Encik Sombong

Sinopsis Cik Bunga Encik Sombong

Cik Bunga Encik Sombong drama adaptasi novel (karya Airisz) terbaru di Astro Maya HD, mula siaran pada Isnin 15 Jun 2015. Setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam. Terbitan Global Station & Karya Seni dan diarahkan oleh Keoi Hj Khalid. Pelakon Amar Baharin, Amyra Rosli, Jasmin Hamid, Sasqia Dahuri, Roy Azman, Sura Sojangi, Farisha Irwayu.

Mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar. Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan Erny Humairah yang menghilangkan diri. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta.

Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan.

Rabu, 10 Agustus 2016

Budak Magik, Aksi TV3 [2016]


Sinopsis Budak Magik

Mengisahkan 4 orang budak sekolah yang mendapat kuasa luar biasa akibat terkena hujan. Pada mulanya mereka menganggap kuasa yang dimiliki adalah elemen paranormal yang menakutkan. Namun Imran, Myra, Haikal dan Zara cuba menyesuaikan diri dengan kuasa yang mereka miliki. Mereka kemudiannya menyedari kelebihan yang mereka miliki itu perlu dikawal sebaiknya dan digunakan untuk tujuan kebaikan.

Myra cuba mencari sebab kenapa Imran bergaduh ketika di sekolah lamanya. Imran kemudian terjumpa sebuah buku lama bertajuk Budak Magik di dalam rumah stor. Imran mula seronok dengan kisah pengembaraan yang dibacanya di dalam buku Budak Magik kerana isi kandungannya memberi pembacanya pilihan untuk menyelesaikan sesebuah kes.

Pelakon Budak Magik Firdaus Ghufran, Syamim Razi, Elnisa Husni, Mysarra Syahfiedzrien, Aida Ruyati, Ana Dahlia, Nizen Ayob, Cico Harahap, Kamarool Haji Yusoff, Danish Akasyah.

BUDAK MAGIK EPISOD 13
BUDAK MAGIK EPISOD 14
BUDAK MAGIK EPISOD 15

Rabu, 03 Agustus 2016

Surah Buat Maisarah, Zehra TV3 [2016]


Sinopsis Surah Buat Maisarah

Mengisahkan seorang gadis melayu bernama Maisarah atau Sara (Syatila Melvin) yang mengagungkan budaya barat hanya kerana pernah menetap di Amerika untuk beberapa tahun. Bagaikan buku bertemu ruas, apabila dia terpaksa bekerja dengan pemuda Melayu yang sering menggunakan petikan ayat-ayat Al-Quran dalam menegur dan menyedarkannya.

Sekembalinya ke Malaysia, Sara terkejut melihat Zalikha telah bertudung. Bagi Sara, hanya gadis kampung saja yang bertudung. Lalu Sara persendakan Zalikha. Meskipun sakit hati, Zalika hanya bersabar. Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja membuatkan orang disekelilingnya terasa hati. Perangai kasar dan sombong Sara turut menjengkelkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu. Nazim tidak senang melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara.

Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakah dia mengubah Sara?

Pelakon Surah Buat Maisarah Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Nabilah Dally, Shah Iskandar, Azri Iskandar, Zarina Zainuddin, Beego, Abby Nadzri, Yusri Salleh, Dania Aina, Ieka Zulkifli, Nursha, Ku Faridah, Halimah, Abby Khairuddin, Siti Khadijah, Monicca Picca, Ezam, Syatira Amir, Abdul Malek.