Rabu, 15 Juli 2015

Tonton Bidadari, Lestary TV3 [2015]

Tonton Bidadari

Sinopsis Bidadari

Terbaharu di slot Lestary, TV3 membawakan drama bersiri bertajuk Bidadari setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam bermula 30 April 2015. Drama ini membariskan pelakon hebat seperti Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Nonny Nadirah,Syazwan Zulkifly, Sherie Merlis, Zamarul Hisham, Azhan Rani dan ramai lagi.

Mengisahkan Suria (Amyra Rosli) anak kepada seorang penyanyi kelab, Delima (Sherie Merlis) yang terpaksa menempuh keperitan hidup tatkala berbapa tiri, Anjang (Azhan Rani). Anjang yang suka berjudi dan berfoya sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan dua beranak itu. Diherdik dan sering didera membuatkan Suria sukar menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya.

Ibunya, Delima pula bagaikan menyimpan rahsia terpendam. Walaupun Suria sentiasa menyayangi dan melayan ibunya dengan baik, Delima pula sentiasa beranggapan anak gadisnya itu tidak lebih daripada sekadar menambah beban di dalam hidupnya. Namun pada suatu hari, anak-beranak itu nekad meninggalkan rumah yang umpama neraka bagi mereka dan dipertemukan dengan takdir baharu.

Tengku Iskandar (Zamarul Hisham), pemilik Restoran Melati yang tertarik dengan nyanyian Delima sebelum ini memberikan mereka tempat berteduh untuk memulakan hidup yang lebih baik. Pertemuan singkat itu juga berjaya membuka hati Tengku Iskandar memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya menginginkan kemewahan dan sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai impiannya.

Suria kini memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria. Namun ketamakan Delima bakal memusnahkan segalanya apatah lagi mengetahui rahsia bahawa Tengku Iskandar menyimpan Melati iaitu isteri pertamanya yang sakit dan dirawat di sebuah bilik rahsia. Sebuah harapan keluarga bahagia bakal berubah menjadi satu lagi dugaan besar buat Suria dan Tia.

Dalam masa yang sama, Suria didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah bagi memenangi hati Suria.

BIDADARI EPISOD 1 - 30/04/2015
BIDADARI EPISOD 2 - 06/05/2015
BIDADARI EPISOD 3 - 07/05/2015
BIDADARI EPISOD 4 - 13/05/2015
BIDADARI EPISOD 5 - 14/05/2015
BIDADARI EPISOD 6 - 20/05/2015
BIDADARI EPISOD 7 - 21/05/2015
BIDADARI EPISOD 8 - 27/05/2015
BIDADARI EPISOD 9 - 28/05/2015
BIDADARI EPISOD 10 - 03/06/2015
BIDADARI EPISOD 11 - 04/06/2015
BIDADARI EPISOD 12 - 10/06/2015
BIDADARI EPISOD 13 - 11/06/2015

Senin, 13 Juli 2015

Tonton Padamu Aku Bersujud, Azalea TV3 [2015]

Drama Padamu Aku Bersujud TV3

Sinopsis Padamu Aku Bersujud

Mengisahkan seorang bapa iaitu Pak Leman yang meletakkan harapan tinggi terhadap kejayaan anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka. Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap. Pak Leman rasa dirinya telah ditipu oleh anaknya sendiri.

Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil, adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaika memang memandang rendah atas keluarga. Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin. Tambahan lagi Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin.

Amin telah meminta tolong secara rahsia daripada Ika. Malangnya, Iqram telah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya.

Perkenalannya dengan Taufiq merupakan titik perubahan hidupnya apabila Amin diberikan peluang bekerja di bengkel kereta milik Mr. Ooi. Berjayakah Amin mengecapi kejayaan yang diidaminya? Bagaimanakah Amin berhadapan dengan pelbagai dugaan dan godaan nanti? Saksikan slot terbaru Padamu Aku Bersujud.

Barisan pelakon terdiri daripada Syazwan Zulkifli, Sqikin Kamal, Leez Rosli, Bil Azali, Shenthy Feliziana, Jasmine Suraya, Aleza Shadan, Nina Iskandar.

Kamis, 09 Juli 2015

Tonton Raya Ni Dah Kahwin [2015]

Tonton Raya Ni Dah Kahwin

Sinopsis Raya Ni Dah Kahwin

Mengisahkan Nana yang terdesak untuk mencari calon suami pada Ramadan lalu telahpun menemui lelaki idamannya dan berkahwin. Tahun ini, Nana bakal menyambut bulan Ramadan dan Syawal sebagai seorang isteri bersama-sama suaminya dan juga keluarga baharu. Raya Ni Dah Kahwin adalah drama sambungan Raya Ni Mesti Kahwin pada tahun lepas (2014). Bersiaran 8 episod setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam. Arahan Pyan Screw, terbitan Primeworks Studio. Pelakon Nina Iskandar, Amar Ashraf, Khatijah Tan, Sheila Mambo, Shamsul Ghau Ghau, Kuza.

Jumat, 03 Juli 2015

Ayuni Safira, Ratu TV9 [2015]

Ayuni Safira TV9

Sinopsis Ayuni Safira
Drama ini diambil daripada cerpen Hello My Slave karya Shuhadatul Ain Zakaria, diarahkan oleh Keoi Hj Khalid. Drama Ayuni Safira Mengisahkan seorang wanita iaitu Ayuni Safira yang berkahwin dengan Zafran. Zafran pada mulanya berkahwin atas sebab ibunya ingin membalas dendam kepada ibu Ayuni Safira. Lama-kelamaan timbul perasaan cinta kepada Ayuni Safira. Apakah yang terjadi seterusnya?

Lakonan Siti Saleha dan Aqasha, Zarina Zainuddin, Sasqia Dahuri, Marifa Farida, Afiq Muiz  Fakri, Nizen Ayob, Mak Wan latah, Siti Nabila.

AYUNI SAFIRA EPISOD 1 - 09/04/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 2 - 10/04/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 3 - 17/04/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 4 - 24/04/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 5 - 01/05/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 6 - 08/05/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 7 - 15/05/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 8 - 22/05/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 9 - 29/05/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 10 - 05/06/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 11 - 12/06/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 12 - 19/06/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 13 - 26/06/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD AKHIR - 03/07/2015

Selasa, 30 Juni 2015

Tonton Dia Isteri Luar Biasa, Akasia TV3 [2015]


Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa
Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami dan hasrat untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta daripada seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Ayam Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.

Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?

Pelakon Dia Isteri Luar Biasa Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil, Syatilla Melvin, Raja Farah, Afiq Muiz, Leez Rosli, Alexx Yanz, Lia Asmizza, Azza Elite , Supyan kepoh, Liza Abdullah, Nurul Aini, Shah Rezza.

Jumat, 19 Juni 2015

Tonton Puteri Bukan Nama Sebenar, Zehra TV3 [2015]

Puteri Bukan Nama Sebenar

Sinopsis Puteri Bukan Nama Sebenar

Mengisahkan seorang ibu tunggal bernama Laila dengan anaknya, Adam yang baru berumur 3 bulan terpaksa meninggalkan rumah kerana terancam dengan sikap bekas suami yang kuat berjudi dan sering berhutang. Laila telah berkenalan dengan Puteri (Effi Abdul Rahim) yang seiras dengannya.

Puteri yang sedang sarat mengandung mahu bertemu dengan keluarga suaminya di Kuala Lumpur. Puteri berkahwin dengan Mikail (Hafeez Mikail) secara rahsia kerana keluarga Mikail sudah ada calon pilihan mereka iaitu Alisha (Faralyna Idris), anak hartawan yang bijak tetapi pendengki.

Mikail yang bertugas sebagai wartawan dan juga jurufoto untuk agensi berita telah dihantar ke Gaza semasa usia kandungan Puteri 7 bulan. Sebelum bertolak ke Gaza, Mikail berpesan kepada Puteri agar mencari keluarganya di Kuala Lumpur jika apa-apa berlaku kepadanya. Suatu hari, Puteri menerima berita buruk dari agensi berita yang Mikail telah terkorban dalam satu letupan di Gaza. Jadi, Puteri telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk mencari keluarga Mikail.

Malangnya, bas ekspres yang dinaiki Laila dan Puteri terlibat dalam kemalangan. Puteri dan kandungannya terkorban. Laila telah membuka beg tangan Puteri untuk mencari maklumat keluarga mertua Puteri tetapi cuma ada alamat rumah. Laila membawa Adam untuk mencari keluarga mertua Puteri di Kuala Lumpur.

Laila dianggap sebagai Puteri selepas ibu Mikail, Puan Zarina (Aida Khalida) melihat cincin dan rantai yang dibawa oleh Laila. Laila cuba berterus-terang tetapi dia tidak sampai hati untuk mengecewakan hati Zarina yang kehilangan 3 orang dalam keluarganya apabila melihat kegembiraan Zarina. Laila membuat keputusan untuk terus jadi ‘Puteri’ dan akan mencari masa yang sesuai untuk menceritakan hal sebenar.

Mirza (Syarul Ridzwan), abang kepada Mikail, ialah seorang yang kacak tetapi ego. Mirza menganggap ‘Puteri’ sebagai pisau cukur dan tidak menyukai ‘Puteri’. Malahan, Mirza juga mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘Puteri’ yang berasal dari Johor tetapi bercakap dalam loghat Pahang.

Lama-kelamaan, Mirza dan “Puteri’ mula serasi dan menjadi rapat. Sebelum Mirza mengungkap cintanya kepada Puteri, mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita bahawa Mikail masih hidup dan akan pulang ke tanah air. ‘Puteri’ menjadi serba salah kerana dia bukan Puteri yang sebenar. Malah, ‘Puteri’ juga telah jatuh cinta dengan Mirza. Apabila rahsia ‘Puteri’ terbongkar, masihkah ada cinta dan kebahagiaan untuk dia?

Dibintangi oleh Syarul Ridzwan, Cristina Suzanne, Faralyna Idris, Hafeez Mikhail, Azirah Alyanie, Aida Khalida dan ramai lagi. Terbitan Filmscape, arahan Azma Aizal Yusoof.

PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD 1 - 27/03/2015
PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD 2 - 03/04/2015
PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD 3 - 10/04/2015
PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD 4 - 17/04/2015
PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD 5 - 24/04/2015
PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD 6 - 01/05/2015
PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD 7 - 08/05/2015
PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD 8 - 15/05/2015
PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD 9 - 22/05/2015
PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD 10 - 29/05/2015
PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD 11 - 05/06/2015
PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD 12 - 12/06/2015
PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR EPISOD AKHIR - 19/06/2015

Sabtu, 13 Juni 2015

Tonton Andai Bumi Tulip Takdirku, Alhijrah [2015]

Tonton Andai Bumi Tulip Takdirku

Sinopsis Andai Bumi Tulip Takdirku

Keluarga Najwa dan Sufian baru sahaja merancang hari perkahwinan mereka. Namun sebaliknya berlaku apabila Sufian dan keluarga meninggal akibat kemalangan jalan raya. Pertemuan antara Petar dan Najwa, membuat Petar tertarik dengan keterampilan Najwa sebagai seorang muslimah. Tidak lama kemudian Petar mula tertarik untuk mempelajari ilmu agama Islam. Dengan hidayah Allah, Petar memeluk agama Islam. Disamping itu Petar mencari seorang wanita yang selalu ada disampingnya. Sementara itu, Bakhtiar yang kecewa dengan kekasihnya, Mila setelah berkahwin dengan pilihan orang tuanya membuat keputusan membawa diri ke Eropah. Saksikan kesudahan Andai Bumi Tulip Takdirku setiap hari Selasa di TV Alhijrah.
Antara barisan pelakon Keith Foo, Wawa Zainal, Syazwan Zulkifli, Aeril Zafril, Faye Kusairi, Sarisa Chong, Jonathan Putra.

ANDAI BUMI TULIP TAKDIRKU EPISOD 4
ANDAI BUMI TULIP TAKDIRKU EPISOD 5
ANDAI BUMI TULIP TAKDIRKU EPISOD 6
ANDAI BUMI TULIP TAKDIRKU EPISOD 7
ANDAI BUMI TULIP TAKDIRKU EPISOD 8
ANDAI BUMI TULIP TAKDIRKU EPISOD 9
ANDAI BUMI TULIP TAKDIRKU EPISOD 10
ANDAI BUMI TULIP TAKDIRKU EPISOD 11
ANDAI BUMI TULIP TAKDIRKU EPISOD 12
ANDAI BUMI TULIP TAKDIRKU EPISOD 13
ANDAI BUMI TULIP TAKDIRKU EPISOD 14