Senin, 30 Mei 2016

Demi Cinta Ain, Samarinda TV3 [2016]

Demi Cinta Ain TV3

Sinopsis Demi Cinta Ain

Alif dan Sakinah baru balik dari menjalani rawatan di hospital. Suraya bising kerana banyak wang dihabiskan untuk kos rawatan Sakinah sedangkan Alif semakin hari berdepan dengan masalah kewangan. Sakinah merupakan kakak kepada Ain yang kini berperang dengan sakit kanser.

Suraya tidak suka dengan Alif yang baru sahaja keluar dari penjara. Suraya menyuruh Alif untuk bawa anak-anaknya keluar dari rumah kerana malu terima bekas menantu bekas banduan.

Demi Cinta Ain yang akan bersiaran selama 15 episod ini dibintang oleh Nazeera Sardi, Jasmin Hamid, Zizan Nin, Nur Qistina Raisah, Fazli Daniel.

Kamis, 26 Mei 2016

Dia Semanis Honey, Astro Ria [2016]

Dia Semanis Honey

Sinopsis Dia Semanis Honey

Bagi Hani, pertunangan ini tidak sepatutnya terjadi. Tapi, bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan demi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani mempunyai Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?

Pelakon Alif Satar , Siti Nordiana, Hairul Azreen, Hafeez Mikail, Farez Ridzwan, Ziha Salleh, Nadya Syaher, Falisha Crossley, Aleza Shadan, Nina Juren, Lan Kristal, Adam Mika, Zainol Macwiilson, Danish Hazriq, Fatihah Baharum.

DIA SEMANIS HONEY EPISOD 1 - 02/05/2016

Selasa, 24 Mei 2016

Duda Terlajak Laris, Akasia TV3 [2016]

Duda Terlajak Laris TV3

Sinopsis Duda Terlajak Laris

Mengisahkan seorang lelaki yang bakal memahami erti cinta setelah mensia-siakan perkahwinannya. Zafran Aldrin Kamarulzaman atau Zack (Idris Khan) yang baru berumur 18 tahun dan mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajarannya ke peringkat universiti seperti kakaknya. Dia tidak memikirkan tentang soal jodoh apatah lagi bersedia untuk berkahwin.

Satu malam, kejadian yang tidak pernah dijangka oleh Zack telah berlaku. Abang Bob telah menyuruh Zack pergi ke rumah adik angkatnya untuk menggantikan lampu bilik air di rumah. Malangnya, Zack ditangkap khalwat dengan Pehah (Zara Zya), adik angkat kepada Bob.

Zack terkejut bercampur perasaan maarah apabila dituduh berkhalwat dengan Pehah kerana dia tidak berbuat apa-apa dengan gadis yang tidak dikenalinya itu. Dalam sekelip mata, musnah impian dan masa depan Zack apabila dia terpaksa berkahwin dengan Pehah pada malam itu.

Zack terpaksa menurut untuk menjaga air muka tok ayahnya. Entah mengapa Pehah tidak beriya menafikan tuduhan khalwat itu. Bagi Zack, Pehah cuba menganiayainya tetapi Pehah dengan muka selambanya memberitahu Zack yang dia sebenarnya mencintai Zack.

Zack segera mencari idea untuk meninggalkan Pehah yang tidak pernah disentuhinya. Dengan alasan belajar di Sarawak, Zack meninggalkan Pehah di kampung. Zack enggan kembali walaupun untuk beraya bersama-sama keluarganya. Selepas dua tahun, dia hanya pulang apabila tok ayah yang dia sayang itu telah pergi.

Zack terkejut apabila saat dia tiba menziarahi arwah tok ayah, Pehah masih menunggunya. Pehah tetap setia dan menyatakan dia masih cintakan Zack. Namun Zack hilang sabar dan akhirnya menceraikan Pehah, isterinya yang dia sendiri tidak pernah sentuh dan juga tidak tahu apa-apa tentang diri Pehah walaupun nama sebenar Pehah.

Luluh hati Pehah “Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. itu doa saya”. – Pehah

Zack kembali ke Sarawak meneruskan pengajiannya. Setelah beberapa tahun, Zack pulang dan bekerja di Kuala Lumpur. Keluarga Zack selalu meminta Zack berumah tangga namun dia tiada hati untuk berkahwin. Lantas dia menetapkan syarat kepada ibunya sekiranya ingin mencari jodoh buat Zack.

Semua syarat itu sudah pasti bertentangan dengan Pehah. Zack memang tidak suka dengan apa sahaja ciri-ciri Pehah sama ada secara fizikal atau penampilan dalaman walaupun dia sendiri tidak mengenali Pehah sedalam-dalamnya.

Zack menjadi rebutan ramai calon yang ingin menjadi pasangannya. Setelah banyak kali menolak, akhirnya dia telah bertunang dengan Idayu (Bella Nazari) atas permintaan keluarga. Idayu sudah lama mencintai Zack semasa belajar tetapi Zack sendiri keliru tentang hubungan mereka berdua.

Kehadiran pekerja baharu, Anis (Wawa Zainal) telah menarik perhatian Zack. Hubungan Zack dan Idayu juga mula bermasalah kerana Idayu terlalu mengongkong kehidupan Zack. Kemudian seorang gadis bernama Inas muncul bagi meruntuhkan keegoannya. Ingin mengetahui kesudahan hidup duda terlajak laris ini?

Pelakon : Idris Khan, Zara Zya, Wawa Zainal, Bella Nazari, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini, Arash Mohd, Laila Nasir, Ikhlas Jalil, Syed Ali, Remy, Azzam Zamani, Alif Hadi.

Sabtu, 21 Mei 2016

Tonton Pujaan Hati Umi, Azalea TV9 [2016]

Pujaan Hati Umi

Sinopsis Pujaan Hati Umi

Pujaan Hati Umi mengisahkan tentang Umi lakonan Wan Maimunah yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 60 tahun. Dia tabah membesarkan 4 orang anaknya iaitu Razziah, Razman, Razzi dan Reza.

Umi adalah seorang yang dihormati oleh penduduk kampung. Malah dia pernah menerima Anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Umi bahagia dengan kehadiran anak menantu dan cucu-cucunya. Dia merasakan kehidupannya telah lengkap.

Namun setiap keluarga pasti berdepan masalah dan ujian. Begitu juga dengan keluarga Umi. Menantu sulung Umi, Osman yang merupakan suami kepada Razziah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Menyebabkan Razziah terpaksa memulakan kehidupan yang baru di rumah Umi. Razman pula langsung tidak pulang ke rumah kerana malu dengan Umi selepas dia meninggalkan majlis pernikahannya di saat akhir.

Umi cuba untuk menyembunyikan kesedihannya dengan harapan keluarganya akan kembali bahagia. Satu hari Reza memaklumkan bahawa dia ingin mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hati bernama Rita. Berita tersebut amat menggembirakan hati Umi. Sebagai ibu dan ketua keluarga, Umi mengharapkan kehadiran Rita akan kembali menceriakan keluarga mereka. Namun lain pula jadinya. Rupanya Rita ada memasang niat buruk terhadap keluarga mereka.

Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Wan Maimunah, Talha Harith, Faye Khusairi, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Syaffiq Sahli, Sasqia Dahuri, Amanda Misbun, Nina, Haeryanto Hasan, Darren Zariff, Syasya Afiqah dan Kuza Muzaini.

Selasa, 03 Mei 2016

Maharaja Lawak Mega 2016

Maharaja Lawak Mega 2016

Maharaja Lawak Mega 2016 kini kembali dengan menampilkan 15 kumpulan pelawak, dikenali sebagai "Agen" yang bakal menerajui pentas komedi Malaysia bagi merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega yang baru. 15 kumpulan bakal merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi, naib juara RM250,000, tempat ketiga, RM150,000, keempat RM50,000 dan kelima RM15,000.


Peserta Maharaja Lawak Mega 2016 ;

01. AWOK - Ain, Filzah & Ayie
02. BOCEY - Fad, Abam & Achey
03. BORA - Mamat, Yan & Isa
04. BOS - Abu, Ajo & Ezad Lazim
05. CHAM - Along dan Azrul
06. CHILOK - Chiwan, Achok & Kamal
07. ENJEN - Raja Azri, Acong & Yuss
08. JORAS - Shuk, Rahim & Joey
09. KAVIN - Kavin Jay (Solo)
10. LOL - Angah, Tauke & Ajak
11. PUTEH - Mamak & Ali
12. REZA - Reza Mukmin (Solo)
13. SAYWHO - Vicha, Bocil & Agus
14. SHAKE - Amir, Bell Ngasri & Mie
15. XOLA - Wan Wala, One & Chot

MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 1 - 29/01/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 2 - 05/02/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 3 - 12/02/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 4 - 19/02/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 5 - 26/02/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 6 - 04/03/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 7 - 11/03/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 8 - 18/03/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 9 - 25/03/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 10 -  01/04/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 11 -  08/04/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 12 -  15/04/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU 13 - 22/04/2016
MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 MINGGU AKHIR -  29/04/2016