Selasa, 27 Oktober 2015

Cara Edit Video Dengan Corel Video Studio

Corel Video Studio atau yang sebelumnya bernama Ulead merupakan software editing video yang sangat fenomenal. Aplikasi ini mudah digunakan, karna memiliki GUI (Graphic User Interface) yang user friendly. Pengguna membutuhkan spesifikasi komputer yang sedang, berikut review, spesifikasi atau persyaratan komputer untuk menggunakan Corel Video Studio :
Operating System: Microsoft Windows 8/7/Vista/XP, with latest service packs installed (32-bit or 64-bit editions)
Minimum CPU: Intel Core Duo 1.83GHz, AMD Dual-Core 2.0GHz (Intel Core i5 or AMD Phenom II X6 recommended)
Minimum RAM: 2GB of RAM (4GB or higher and 1GB of VRAM or higher recommended)
Minimum Hard Drive Space for Installation: 3GB
Third-party Plug-in Support: Yes
Minimum display resolution: 1024 × 768
Other: Windows-compatible sound card and DVD-ROM (for installation); recordable Blu-ray drive required for creating Blu-ray discs;
internet connection required for accessing online features and video tutorials; internet connection may be required to verify the serial number during installation

Kelebihan (Strengths)

  • Both 64-bit and 32-bit versions
  • FastFlick easy-editing mode
  • Streamlined and refreshed interface

Kekurangan (Weaknesses)

  • Basic color adjustments
  • Audio filtering limited to music and voice tracks
Untuk tutorialnya saya jelaskan melalui video dari youtube buatan saya, dan bisa dilihat dibawah ini, jangan lupa suscribe ya untuk berlangganan ;-)    :



Minggu, 25 Oktober 2015

Tonton Papa Yibbie

Tonton Papa Yibbie

Sinopsis Papa Yibbie
Mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang hidupnya bebas akhirnya menjadi penjaga kepada seorang bayi yang bukan daripada darah dagingnya sendiri. Menjadi bapa dalam sekelip mata bukan perkara yang dirancang dalam hidupnya, tetapi takdir telah mengubah segalanya. Beliau terpaksa menyembunyikan jagaan bayi itu daripada pengetahuan tunangnya dikhuatiri akan merenggangkan hubungan mereka. Apakah nasib bayi itu? Saksikan kisah Papa Yibbie. Pelakon Syarul Ridzwan ,Fadzil Kamil dan Nabila Dally.

Klik link di bawah untuk menonton

Kamis, 22 Oktober 2015

Tonton Lari Mira, Lestary TV3 [2015]

Lari Mira TV3

Sinopsis Lari Mira

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Mira selepas bencana tsunami di Bandar Acheh. Mira telah diselamatkan oleh Hadi untuk keluar dari kepompong jahil yang dipelopori oleh satu sindiket pemerdagangan manusia di Acheh.

Pelakon: Nina Iskandar, Erlando Saputra, Nazrief Nazri, Fazlina Ahmad Daud, Airiz Yasmin, Cut Okta, Umbu Deniro, Shinta Miranda, Erul Samah, Razma Azaela, Manan Sulaiman, Farhanna Qismina, Ieka Simon, Muhammad Riki Sapari, Kay Maria, Jasmine Ashraff.

LARI MIRA EPISOD 1 - 09/09/2015
LARI MIRA EPISOD 2 - 10/09/2015
LARI MIRA EPISOD 3 - 16/09/2015
LARI MIRA EPISOD 4 - 17/09/2015
LARI MIRA EPISOD 5 - 23/09/2015
LARI MIRA EPISOD 6 - 24/09/2015
LARI MIRA EPISOD 7 - 30/09/2015
LARI MIRA EPISOD 8 - 01/10/2015
LARI MIRA EPISOD 9 - 07/10/2015
LARI MIRA EPISOD 10 - 08/10/2015
LARI MIRA EPISOD 11 - 14/10/2015
LARI MIRA EPISOD 12 - 15/10/2015

Selasa, 13 Oktober 2015

Tonton Cermin Kasih, Cerekarama TV3 [2015]

Cermin Kasih

Sinopsis Telefilem Cermin Kasih

Mengisahkan Marina (Tiz Zaqyah) anak tunggal kepada Pak Hamdan dan Mak Jah yang berkahwin dengan Amran (Shaheizy Sam) atas pilihan keluarga. Marina merasakan Amran seorang suami yang romantik dan pandai mengambil hatinya. Rumah tangga mereka amat membahagiakan kerana Marina ditatang bagai minyak penuh dan diberikan kemewahan tanpa dia mengetahui pekerjaan sebenar Amran sehinggalah pada suatu hari dia terjumpa dadah kepunyaan Amran. Barulah Marina mengetahui bawaha Amran adalah seorang pengedar dadah.

Marina mahu meninggalkan Amran. Oleh kerana terlalu sayangkan isterinya, Amran menyuntik Marina dengan dadah sehingga mengheret Tina ke dalam kancah penagihan dadah. Marina terus setia bersama Amran bukan lagi kerana mencintai suaminya itu, tetapi kerana dia perlukan bekalan dadah. Apabila rumah mereka diserbu, Amran ditembak mati manakala Marina diberkas Polis. Marina terpaksa menanggung derita menjalani hukuman penjara dalam masa sama dia sedang hamil dan terpaksa melahir dan membesarkan anaknya di sebalik tirai cermin.

Pelakon ; Tiz Zaqyah, Shahiezy Sam, Fazlina Ahmad Daud, Raja Ilya, Sri Nurmannis Norhazman, Alif Hilman, Mak Engku.

Sila klik link di bawah untuk menonton

Sabtu, 10 Oktober 2015

Tonton Wadi, Zehra TV3 [2015]

Wadi TV3

Sinopsis Wadi

Wadi (Azwadi) berumur 17 tahun dan Widya saling menyintai. Mereka belajar sekolah yang sama. Wadi di kelas Sastera manakala Widya di kelas Sains. Wadi hidup dalam kemiskinan dan tinggal di kampung setinggan. Ayah Wadi (seorang pengawal keselamatan) terkorban ketika cuba menyelamatkan Wadi yang hampir lemas ketika mandi di lombong.

Sejak tragedi itu, Wadi tinggal dengan ibu tirinya, Zainah berusia 38 tahun dan tiga adik tirinya Zira 13 tahun dan Zana 10 tahun. Zainah amat membenci Wadi kerana menganggap Wadi punca kematian suaminya Bakri (ayah Wadi). Sejak berkahwin dengan ayah Wadi, Zainah hanya berpura-pura menyayangi Wadi yang ketika itu berusia 2 tahun. Bila ayah Wadi meninggal, Zainah semakin membenci Wadi. Dia suka mendera dan memukul Wadi. Wadi begitu tertekan tapi tidak pernah melawan. Semua penderitaannya dipendamkan saja.

Untuk menghilangkan segala kesedihan, Wadi suka berlari. Berlari membuatkan perasaannya tenang dan tenteram. Wadi tetap bersabar bila Zainah selalu mengusir Wadi. Wadi berazam untuk meneruskan persekolahannya sehingga SPM kerana cita-cita mahu memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil kerana Wadi mahu jadi pelari pecut dan jarak jauh. Wadi memenangi banyak pertandingan larian dan juga mewakili sekolah. Dia amat disayangi oleh guru sukannya, Cikgu Hanafi yang melihat potensi besar dalam diri Wadi sebagai atlit.

Biarpun Zainah selalu memukul Wadi dengan penyapu dan membaling Wadi dengan barang-barang sehingga Wadi cedera, Wadi tetap bersabar membiarkan dirinya diperlakukan dengan kejam. Zira sendiri tidak tahan melihat ibunya mendera Wadi. Zira begitu menyayangi dan bersimpati dengan Wadi. Berbeza dengan Zana yang turut membenci Wadi seperti ibunya. Macam-macam yang dilakukan oleh Zainah dan Zana untuk menyakiti Wadi kerana mahu mengusirnya.

Zainah tidak memberikan Wadi wang saku ke sekolah. Dia juga tidak benarkan Wadi makan dirumah - kalau makan pun hanya diberi kerak nasi dan lauk basi. Wadi tidak dibenarkan tidur dalam rumah (Wadi tidur di pangkin luar rumah. Kalau hujan, Wadi tidur di perhentian bas. Wadi selalu ke sekolah dengan keadaan lapar dan tidak terurus.

WADI EPISOD 1 - 26/06/2015
WADI EPISOD 2 - 03/07/2015
WADI EPISOD 3 - 10/07/2015
WADI EPISOD 4 - 31/07/2015
WADI EPISOD 5 - 07/08/2015
WADI EPISOD 6 - 14/08/2015
WADI EPISOD 7 - 21/08/2015
WADI EPISOD 8 - 28/08/2015
WADI EPISOD 9 - 04/09/2015
WADI EPISOD 10 - 11/09/2015
WADI EPISOD 11 - 25/09/2015
WADI EPISOD 12 - 02/10/2015
WADI EPISOD AKHIR - 09/10/2015

Kamis, 08 Oktober 2015

Bukan Isteri Sempurna, Samarinda TV3 [2015]

Bukan Isteri Sempurna TV3

Sinopsis Bukan Isteri Sempurna

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Selasa, 06 Oktober 2015

Tonton Manisnya Bulan Madu, Cerekarama TV3 [2015]

Tonton Manisnya Bulan Madu, Cerekarama TV3

Sinopsis Manisnya Bulan Madu

Mirza dan Ameesha pergi berbulan madu di Istanbul dan membayangkan apabila tiba di sana mereka akan tinggal di hotel yang gah. Namun, sangkaan mereka ternyata meleset apabila mendapati apartment yang sempit dan kotor. Disana pula mereka bertemu semula dengan bekas suami dan bekas tunang mereka?

Telefilem menarik lakonan Fattah Amin, Sherry Ibrahim, Fahrin Ahmad, dan Faye Kusairi. Menariknya, lokasi pengambaran drama ini adalah di kota instabul, Turki.

Sila klik link di bawah untuk menonton