Jumat, 31 Juli 2015

Cinta Karan, Tonton [2015]


Sinopsis Cinta Karan

Cinta Karan mengisahkan kisah cinta yang sangat unik di antara Zul (Zul Ariffin) dengan Aida (Ayda Jebat). Keunikan pasangan ini ialah, mereka saling kena-mengenakan (prank) di antara satu sama lain dari awal perkenalan hinggalah mereka masing-masing berkahwin. Kemuncak kemarahan Aida ialah selepas Zul menumpahkan makanan di atas kepalanya lalu operasi membalas dendam bermula. Setiap kali Zul cuba untuk menyampaikan isi hatinya, setiap kali jugaklah dia dikenakan lagi oleh Aida. Ketika Zul ingin menyampaikan hasrat hatinya pada Aida, muncul seorang lelaki menjemput Aida dan ini membuatkan Zul kecewa kerana menyangka lelaki itu teman istimewa Aida. Hasrat Zul tercapai juga apabila berjaya menyampaikan yang dia sukakan Aida semasa bekerja sementara di Kedai Senheng. Aida datang ke kedai Senheng bersama lelaki tersebut untuk membeli barangan untuk persediaan perkahwinan. Semasa ditegur lelaki tersebut, barulah Zul tahu yang mereka berdua adalah abang dan adik. Zul mencari Aida dan menyampaikan isi hatinya. Apakah reaksi Aida…???

CINTA KARAN EPISOD 1 - 25/06/2015
CINTA KARAN EPISOD 2 - 02/07/2015
CINTA KARAN EPISOD 3 - 09/07/2015
CINTA KARAN EPISOD 4 - 16/07/2015
CINTA KARAN EPISOD 5 - 23/07/2015
CINTA KARAN EPISOD 6 - 30/07/2015

Hantu Bluerey

Hantu Bluerey Astro

Sinopsis Hantu Bluerey

Joni dan Zain adalah rakan kerjasama mengedar cakera cetak rompak di Kuala Lumpur. Satu hari, mereka telah menjumpai video yang mengandungi klip seorang gadis seksi, Sofia. Joni ingin mengambil kesempatan ini untuk mendapat untung yang besar namun Sofia, gadis di dalam video itu ditemui mati. Rohnya pula cuba berkomunikasi dengan mereka.

Sila klik link di bawah untuk menonton

Selasa, 28 Juli 2015

Hantu Wefie, Astro Ria [2015]

Hantu Wefie

Sinopsis Hantu Wefie

Saleh masih merindukan Emma dan berharap yang Emma masih bersamanya. Reza pula bertukar menjadi hantu selepas membunuh diri di dalam penjara dan ingin membalas dendam kepada Saleh. Adakah Saleh terselamat daripada dihantui oleh hantu Reza? Sama-sama kita saksikan. Lakonan hebat Zizan Razak, Emma maembong dan Jihan Muse.

Sila klik link di bawah untuk menonton

Minggu, 26 Juli 2015

Rindu Awak 200% Raya

Rindu Awak 200% Raya

Sinopsis Rindu Awak 200% Raya

Anak mereka, Faiq Esyan sudah berusia 3 tahun. Armel Aisya semakin sibuk dengan butik yang semakin diterima ramai, sementara Zill Faezrul terus komited dengan kerjayanya sebagai juruterbang. Zill nyatakan hasrat untuk merancang anak kedua tetapi Armel beralasan belum bersedia kerana dia mahu fokus tentang kerjayanya dulu. Lakonan Zul Ariffin, Ayda Jebat, Fazlina Ahmad Daud, Zuhairi Ibrahim, Karl Shafek, Mimi Ernida, Ika Nabella.

Sila klik link di bawah untuk menonton

Maid Pun Nak Raya


Sinopsis Maid Pun Nak Raya

Kini bahagia bersama Harris, Noorul terkejut apabila Harris tiba-tiba membawa Elisa pulang dan mengumumkan mereka akan berkahwin. Adakah Noorul dapat menerimanya?

Klik link di bawah untuk menonton

Sabtu, 25 Juli 2015

Isteri Separuh Masa Raya

Isteri Separuh Masa Raya 2015

Sinopsis Isteri Separuh Masa Raya

Konflik rumah tangga Medina Izwani dan Nazrin Shah meruncing. Medina cemburu dengan kehadiran Zita yang bekerjasama dengan Nazrin dalam satu projek. Keluarga mula campur tangan dalam usaha menyelamatkan perkahwinan mereka.

Klik link di bawah untuk menonton

Jumat, 24 Juli 2015

Cara Hilangkan Background Warna Hasil Copas Website

Apa kabar sahabat belajar dan hiburan, kali ini saya berikan tutorial menghilangkan background warna pada teks hasil copas dari web/internet di micsrosoft word. Hal ini lebih efektif daripada copas ke notepad lalu ke ms word, karna saya akan memberikan tutorial editnya langsung pada microoft word.
Ya seperti inilah tampilan yang sama yang anda derita sama dengan saya, namun saya sudah dapat tips cepatnya. Pertama copas di Microsoft Word dulu dah tau.


Selanjutnya klik ini nih ikon yang sudah saya lingkari :

Nah hasilnya akan seperti ini :

Kurangnya dari tips ini tidak hanya background tapi semuanya hilang -_-
Kalian juga harus kreatif lah di edit lagi sesuai hati juga bisa

Demikian tutorial singkat dari saya semoga membantu.. :-)

Kamis, 23 Juli 2015

Tonton HidayahMu Ramadan

HidayahMu Ramadan

Sinopsis HidayahMu Ramadan

Sempena bulan ramadan yang bakal tiba, Primeworks Studios akan mempersembahkan drama terbaru berjudul 'Hidayahmu Ramadan' yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3. Mengisahkan Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana tidak rela memberi Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istimewanya. Dibintangi oleh ara Zya, Aeril Zafril, Nazrief Nazri, Roy Azman dan ramai lagi. Bersiaran mulai 4 Jun ini, setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3.

Rabu, 15 Juli 2015

Tonton Bidadari, Lestary TV3 [2015]

Tonton Bidadari

Sinopsis Bidadari

Terbaharu di slot Lestary, TV3 membawakan drama bersiri bertajuk Bidadari setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam bermula 30 April 2015. Drama ini membariskan pelakon hebat seperti Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Nonny Nadirah,Syazwan Zulkifly, Sherie Merlis, Zamarul Hisham, Azhan Rani dan ramai lagi.

Mengisahkan Suria (Amyra Rosli) anak kepada seorang penyanyi kelab, Delima (Sherie Merlis) yang terpaksa menempuh keperitan hidup tatkala berbapa tiri, Anjang (Azhan Rani). Anjang yang suka berjudi dan berfoya sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan dua beranak itu. Diherdik dan sering didera membuatkan Suria sukar menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya.

Ibunya, Delima pula bagaikan menyimpan rahsia terpendam. Walaupun Suria sentiasa menyayangi dan melayan ibunya dengan baik, Delima pula sentiasa beranggapan anak gadisnya itu tidak lebih daripada sekadar menambah beban di dalam hidupnya. Namun pada suatu hari, anak-beranak itu nekad meninggalkan rumah yang umpama neraka bagi mereka dan dipertemukan dengan takdir baharu.

Tengku Iskandar (Zamarul Hisham), pemilik Restoran Melati yang tertarik dengan nyanyian Delima sebelum ini memberikan mereka tempat berteduh untuk memulakan hidup yang lebih baik. Pertemuan singkat itu juga berjaya membuka hati Tengku Iskandar memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya menginginkan kemewahan dan sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai impiannya.

Suria kini memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria. Namun ketamakan Delima bakal memusnahkan segalanya apatah lagi mengetahui rahsia bahawa Tengku Iskandar menyimpan Melati iaitu isteri pertamanya yang sakit dan dirawat di sebuah bilik rahsia. Sebuah harapan keluarga bahagia bakal berubah menjadi satu lagi dugaan besar buat Suria dan Tia.

Dalam masa yang sama, Suria didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah bagi memenangi hati Suria.

BIDADARI EPISOD 1 - 30/04/2015
BIDADARI EPISOD 2 - 06/05/2015
BIDADARI EPISOD 3 - 07/05/2015
BIDADARI EPISOD 4 - 13/05/2015
BIDADARI EPISOD 5 - 14/05/2015
BIDADARI EPISOD 6 - 20/05/2015
BIDADARI EPISOD 7 - 21/05/2015
BIDADARI EPISOD 8 - 27/05/2015
BIDADARI EPISOD 9 - 28/05/2015
BIDADARI EPISOD 10 - 03/06/2015
BIDADARI EPISOD 11 - 04/06/2015
BIDADARI EPISOD 12 - 10/06/2015
BIDADARI EPISOD 13 - 11/06/2015

Senin, 13 Juli 2015

Tonton Padamu Aku Bersujud, Azalea TV3 [2015]

Drama Padamu Aku Bersujud TV3

Sinopsis Padamu Aku Bersujud

Mengisahkan seorang bapa iaitu Pak Leman yang meletakkan harapan tinggi terhadap kejayaan anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka. Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap. Pak Leman rasa dirinya telah ditipu oleh anaknya sendiri.

Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil, adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaika memang memandang rendah atas keluarga. Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin. Tambahan lagi Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin.

Amin telah meminta tolong secara rahsia daripada Ika. Malangnya, Iqram telah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya.

Perkenalannya dengan Taufiq merupakan titik perubahan hidupnya apabila Amin diberikan peluang bekerja di bengkel kereta milik Mr. Ooi. Berjayakah Amin mengecapi kejayaan yang diidaminya? Bagaimanakah Amin berhadapan dengan pelbagai dugaan dan godaan nanti? Saksikan slot terbaru Padamu Aku Bersujud.

Barisan pelakon terdiri daripada Syazwan Zulkifli, Sqikin Kamal, Leez Rosli, Bil Azali, Shenthy Feliziana, Jasmine Suraya, Aleza Shadan, Nina Iskandar.

Kamis, 09 Juli 2015

Tonton Raya Ni Dah Kahwin [2015]

Tonton Raya Ni Dah Kahwin

Sinopsis Raya Ni Dah Kahwin

Mengisahkan Nana yang terdesak untuk mencari calon suami pada Ramadan lalu telahpun menemui lelaki idamannya dan berkahwin. Tahun ini, Nana bakal menyambut bulan Ramadan dan Syawal sebagai seorang isteri bersama-sama suaminya dan juga keluarga baharu. Raya Ni Dah Kahwin adalah drama sambungan Raya Ni Mesti Kahwin pada tahun lepas (2014). Bersiaran 8 episod setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam. Arahan Pyan Screw, terbitan Primeworks Studio. Pelakon Nina Iskandar, Amar Ashraf, Khatijah Tan, Sheila Mambo, Shamsul Ghau Ghau, Kuza.

Jumat, 03 Juli 2015

Ayuni Safira, Ratu TV9 [2015]

Ayuni Safira TV9

Sinopsis Ayuni Safira
Drama ini diambil daripada cerpen Hello My Slave karya Shuhadatul Ain Zakaria, diarahkan oleh Keoi Hj Khalid. Drama Ayuni Safira Mengisahkan seorang wanita iaitu Ayuni Safira yang berkahwin dengan Zafran. Zafran pada mulanya berkahwin atas sebab ibunya ingin membalas dendam kepada ibu Ayuni Safira. Lama-kelamaan timbul perasaan cinta kepada Ayuni Safira. Apakah yang terjadi seterusnya?

Lakonan Siti Saleha dan Aqasha, Zarina Zainuddin, Sasqia Dahuri, Marifa Farida, Afiq Muiz  Fakri, Nizen Ayob, Mak Wan latah, Siti Nabila.

AYUNI SAFIRA EPISOD 1 - 09/04/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 2 - 10/04/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 3 - 17/04/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 4 - 24/04/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 5 - 01/05/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 6 - 08/05/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 7 - 15/05/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 8 - 22/05/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 9 - 29/05/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 10 - 05/06/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 11 - 12/06/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 12 - 19/06/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD 13 - 26/06/2015
AYUNI SAFIRA EPISOD AKHIR - 03/07/2015