Minggu, 25 Agustus 2013

Malaikat Di Pintu 2013

Malaikat Di Pintu TV3

Pelakon
Awie, Yana Shamsudin, Fakhrusy Syakirin, Mohd Fazli Daniel, Dato' Aziz Singah, Khatijah Tan, Fauziah Nawi

Sinopsis
Disebabkan Mus dan Zai belum dikurniakan anak, Zai mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat. Ridwan yang sebelum ini dibesarkan di rumah anak-anak yatim telah diambil oleh ibu saudaranya, Zai untuk dijadikan anak angkat. Namun kehadirannya tidak disenangi oleh Mus. Saksikan kisah selanjutnya.

< TONTON DI SINI >

Sabtu, 17 Agustus 2013

Apa itu DotA?

            Well , lo pastinya pernah ngalamin yang namanya ngeliat temen kalian ngobrolin sesuatu yang keliatannya seru banget sampe-sampe dunia serasa milik mereka doang, dan pas lo tanya "lagi ngobrolin apa nih coy?" mereka jawab "lagi ngobrolin DotA nih, lu tau DotA ga coy?" terus lo diem bentar mikir "DotA itu apa ya...", atau kalo engga gitu pas lo lagi PDKT-an sama cewe nih , cewenya itu nanya "kamu lagi apa?", lo jawab "aku lagi main DotA nih bareng temen" (pengalaman pribadi banget ini mah). trus cewenya bales "DotA itu apa ya?" trus lo bingung mau jawabnya gimana padahal udah main DotA ampir 20 taun tapi pas ditanya DotA itu apa lo ga tau, sedih kan? iyaa sedih banget. Oke cukup, sekarang gw akan bahas apa itu Dota versi yang gw tau.
              DotA itu menurut om google merupakan singkatan dari Defense of the Ancients, bagi kalian yang ga ngerti bahasa inggris itu artinya pertahanan kuno itu kalo search pake google translate, naas amat search pake google translate -_-, game DotA ini merupakan pengembangan lebih lanjut dari game Warcraft III the Frozen Throne. Tujuan utama dari DotA ini adalah menghancurkan pertahanan kuno/ rumah dari masing-masing kubu, klo masih kurang jelas bayangin gini , lo punya rumah , terus lo punya musuh, anggep aja musuh itu mantan lo dan dia pastinya punya rumah kan, nah tujuan utama lo itu untuk ngancurin rumah musuh lo itu, dan tujuan dari musuh lo itu juga untuk ngancurin rumah lo, yang rumahnya ancur duluan kalah ya gitulah kalo DotA dibayangin di dunia nyata.
            Setiap orang yang main DotA ini diberi kesempatan untuk memilih 1 jagoan yang namanya "HERO" hero ini tuh kalo didunia nyata ibaratnya seperti karakter manusia, binatang atau apapun itu.  Nah kalo di DotA itu ada tim yang baik dan tim yang jahat , yang baik namanya The Sentinel letak markasnya kiri bawah peta, kalo yang jahat itu namanya The Scourge letak markasnya di kanan atas, kalo di tim The sentinel itu kebanyakan isinya Hero yang bisa dibilang baiklah ya di DotA, kalo tim The Scourge kebalikannya isinya hero jahat semua :( . Selain bisa memilih hero yang di sukai, seperti di kebanyakan game yang ada di DotA juga ada yang namanya level, semakin tinggi levelnya semakin banyak skill/ kemampuan yang bisa digunakan, tetapi maksimal level yang tersedia hanya sampai level 25. Di Dota juga herohero yang ada bisa membeli item(dalam bahasa inggris )/perlengkapan tempur, item ini bisa dibeli di toko-toko tersekat didalam peta jika hero tersebut memiliki gold/uang yang cukup.
            Dalam permainan DotA diperlukan kerjasama tim yang baik, serta perhatian yang fokus terhadap jalannya permainan, karena apabila lengah sedikit kemungkinan markas untuk hancur itu sangatlah tinggia, jadi bagi kalian para ladies yang memiliki pacar/PDKT-an seorang gamer DotA berilah mereka waktu beberapa jam untuk menyelesaikan game tersebut, karena apabila dilarang, kemungkinan terjelek yang dilakukan adalah mereka akan berbohong sama lo, ga suka diboongin kan? makanya kasi main DotA ! *loh kok gw yang emosi 
            Cukup sekian penjelasan gw tentang DotA, semoga bermanfaat bagi kalian yang kurang mengerti apa itu DotA, dan mengapa orang-orang yang memainkan game ini bisa terlihat seperti orang kurang waras….

Kamis, 15 Agustus 2013

Raya Pak Pak Pong 2013

Raya Pak Pak Pong 2013

Pelakon
Aiman Hakim Ridza, Aliff Aziz, Syafie Naswip, Jalil Hamid, Sharifah Shahira, Esliza Loy

Sinopsis
Salim Maula, seorang duda mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Anas, Basyir dan Muaz. Salim Maula membesarkan anaknya sendiri selepas isterinya meninggal dunia semasa melahirkan Muaz. Dia memiliki perniagaan sendiri iaitu membuat bata blok. Kini semua anak-anaknya sudah dewasa dan hanya duduk menganggur di rumah kerana malas kerja. Walaupun sudah dewasa namun Pak Salim menjaga mereka seperti budak kecil membuatkan mereka naik lemak. Anas dipanggil 'Abang', Basyir dipanggil 'Adik' manakala Muaz dipanggil 'Baby' oleh Pak Salim. Pak Salim berharap anak-anaknya berubah sempena Ramadan yang bakal tiba . Oleh itu, Pak Salim telah memberikan setiap orang anaknya modal untuk memulakan perniagaan. Namun, hanya Anas dan Basyir yang menerima tawaran ayah mereka manakala Muaz memberikan alasan ingin menghabiskan masanya dengan beribadat pada Ramadan ini. Mungkinkah ini titik perubahan bagi ketiga-tiga anak Pak Salim? Saksikan kisahnya....

Menantu Raya 2013

Menantu Raya 2013

Pelakon
Zain Saidin, Emma Maembong, Mubarak Majid, Liza Abdullah, Izz Ilham

Sinopsis
Haji Rahman dan Mikail mula berkenalan dan berkawan apabila mereka menerima rawatan di hospital yang sama. Anak perempuan kepada Haji Rahman, Aishah sentiasa membaca ayat-ayat Al Quran semasa melawat ayahnya. Aisyah selalu bertengkar dengan Mikail kerana Aisyah berang dengan sikap  Mikail yang bersekongkol membelikan makanan yang tidak sesuai untuk ayahnya yang mengidap penyakit kencing manis. Sejak perkenalan itu,  Mikail bukan sahaja jatuh cinta kepada Aishah namun mula belajar keindahan Islam yang sebenar. Michael yang baru pulang ke tanah air tidak pernah merasai sambutan Aidilfitri. Setelah berkahwin dengan Aisyah dia mempelajari sesuatu yang baru dan teruja mengenai sambutan Hari Raya. Apakah konflik yang dihadapi oleh pasangan pengantin baru ini ketika di bulan mulia? Saksikan kisah selanjutnya...

Rabu, 14 Agustus 2013

Mana Kuali Opah

Mana Kuali Opah Raya 2013

Sinopsis
Mengisahkan Opah dan kuali kesayangannya. Opah suka memasak rendang tok kesukaan ramai menggunakan kuali kesayangannya. Ahli keluarga Opah panik apabila kuali kesayangan Opah hilang, malahan seluruh kampung risau memikirkan hal ini sedangkan Opah sendiri tidak mengetahui kualinya telah hilang. Mereka kalut memikirkan dan menyiasat siapakah yang telah mengambil kuali Opah kerana tidak mahu Opah susah hati dengan kehilangan kuali kesayangannya itu.

Edisi Khas Raya 2013


Sinopsis
Edisi Khas telah mencuri perhatian para penonton dengan genre 'spoof news' di mana Johan, Almy Nadia, Ropie Cecupak, Along Champ, Sharifah Shahira, Azlee Senario dan Achong akan 'membincangkan' isu semasa dengan penuh drama.

Isu-isu yang dipaparkan dalam Edisi Khas termasuk rasuah, peminta sedekah, mat rempit, pengurus wanita bersikap bossy, haruan makan anak, kepercayaan tahyul, sikap pentingkan diri jiran, tak puasa, remaja suka nak jadi artis dan lain-lain

Karlos Bolos

Karlos Bolos

Pelakon
Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Tiz Zaqyah, Zizan Razak, Rusdi Ramli, Namron, Sherlie Merlis, Dira Abu Zahar dan Jay Iswazir

Sinopsis
Kisah bermula setelah 18 bulan berada di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima, Karlos (Johan As’ari) dan Kenji (Syazwan Zulkifly) sedang membuat persiapan untuk pertandingan pidato dan melakukan kajian dengan mencari maklumat di akhbar. Ketika membuat kajian, Kenji telah ternampak sesuatu yang sangat menarik perhatiannya di dalam akhbar. Artikel yang dipaparkan adalah mengenai seorang artis yang diberkas kerana mabuk di kelab malam. Yang diperhatikan oleh Kenji sebenarnya adalah gambar seorang lelaki yang amat dibencinya iaitu Sunny (Zizan Razak).

Selepas dipujuk, barulah Kenji menceritakan perkara sebenar bahawa ibunya adalah seorang pelacur dan Sunny merupakan bapa ayamnya. Sunny juga bertanggungjawab memisahkan Kenji dari ibunya, Cuwie (Dira Abu Zahar). Tiba-tiba terkeluar dari mulut Kenji cadangan yang gila. Dia mahu keluar dari pusat tersebut untuk mencari Sunny. Mungkin dia boleh menyelamatkan ibunya yang berada entah di mana. Karlos dan Kenji meloloskan diri dari pusat pada tengah malam dan tanpa disedari oleh pelatih lain. Oleh kerana terdesak tiada kereta yang hendak berhenti untuk mereka, Karlos dan Kenji bergegas ke stesen petrol. Kebetulan pada waktu itu, Ella (Tiz Zaqyah) dalam perjalanan hendak ke Kuala Lumpur dan dia berhenti sebentar untuk mengisi minyak. Karlos dan Kenji menggunakan peluang ini untuk mengugut membunuh Ella jika dia tidak memenuhi kehendak mereka. Kenji mengarahkan Ella untuk memandu terus ke Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, Ella bukanlah seorang yang bodoh, dia secara rahsia telah menghubungi pihak polis menerusi aplikasi my distress alert di telefon bimbitnya. Walaupun tidak bercakap tetapi pihak polis mengetahui apa yang sedang berlaku dan mereka cuba mengesan nombor telefon Ella. Tindakan Ella berjaya dikesan oleh Kenji yang kemudiannya merampas telefon bimbit Ella. Suasana menjadi lebih tegang apabila Ella bertindak memandu kereta dengan laju. Harapan Ella agar kamera Automated Enforcement System (AES) dapat merakam atau polis trafik akan mengesannya. Kenji sedar dan dia cuba mengawal stering hingga kereta mereka terbabas.

Pada waktu yang sama, kehilangan Karlos dan Kenji disedari oleh ketua dorm ketika melakukan dorm inspection. Ketua dorm memaklumkan kepada warden seterusnya berita ini disampaikan kepada pihak berkuasa. Gerakan mencari dua remaja ini dikerah, orang ramai diminta memberi kerjasama untuk memberi maklumat kepada pihak polis. Inspektor Mahadhir yang pernah menangkap Karlos dan Inspektor Azi (Rusdi Ramli) yang pernah menangkap Kenji berpadu untuk memburu dua pelatih Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima ini. Berjayakah Karlos dan Kenji dalam pencarian mereka menjejaki Sunny dan ibu Kenji, Cuwie di kotaraya Kuala Lumpur? Atau tindakan gila dua remaja ini menjadi sia-sia dan hukuman berat menanti mereka?


Kalut Raya 2013

Kalut Raya 2013

Pelakon
Zul Yahya, Nadia Mustafa, Fiza Halim, Khatijah Tan, Fazli Daniel Ali, Maisara Syazreen

Sinopsis
Anak-anak Sufian dan Niza sedar bahawa setiap tahun mereka beraya di kampung, Mak Lang Qarina akan menunjuk-nunjuk kemewahannya. Dengan itu, mereka mencari jalan untuk membantu ibu bapa mereka untuk berjimat demi persiapan Hari Raya.

Salah seorang pelanggan Sufian, Fifi menawarkan peluang untuk menggayakan koleksi baju kepada mereka. Mereka bersetuju dan menerima sejumlah wang selepas menyelesaikan tugasan itu. Wang tersebut diserahkan kepada Sufian dan Niza bagi membuat persiapan Hari Raya.

Apakah yang bakal menanti mereka di kampung semasa Hari Raya nanti?

Satu Hari Di Hari Raya 2013

Satu Hari Di Hari Raya 2013

Pelakon
Johan Asa’ri, Zarina Zainoordin, Linda Onn, Shamsul Ghau Ghau, Emma Maembong

Sinopsis
Syafiq dan Dahlia merupakan pasangan suami isteri yang sering berselisih pendapat. Syafiq seorang yang garang dan mementingkan diri sendiri manakala Dahlia pula seorang yang keras kepala dan bersifat keanak-anakan.

Tahun ini, buat kali pertamanya, mereka akan menyambut bulan Ramadan sebagai suami dan isteri. Apabila kedua-dua tidak bangun untuk bersahur, masing-masing menyalahkan pihak lain kerana tidak mengejutkannya.

Auntie Mariani dan Uncle Usop datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama mereka. Melihat kepada gelagat pasangan muda ini, Auntie Mariani dan Uncle Usop cuba menolong mereka untuk menyiapkan kerja-kerja rumah.

Berjayakah Syafiq dan Dahlia mencari persefahaman antara mereka bagi menjaga keharmonian rumah tangga yang baru dibina? 

Setia Hujung Nyawa Raya TV3

Setia Hujung Nyawa Raya 2013

Pelakon
Nelydia Senrose, Hairul Azreen, Raja Ema, Zila Bakarin, Ryzal Jaafar dan Amar Asyraf

Sinopsis
Disebabkan sambutan yang hangat terhadap drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang berakhir awal Februari lalu, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd kembali mengubat kerinduan penonton dengan mempersembahkan telemovie Setia Hujung Nyawa Raya sempena Aidilfitri 2013.

Telemovie kali ini lebih kelakar dan bersahaja ditambah lagi dengan kehadiran beberapa watak baru seperti Shah Iskandar, Anzalna Nasir, Ruminah Sidek dan Aedy Ashraf.

Pengarahnya, Amie Maziah berkata, telemovie kali ini lebih mudah disiapkan berikutan watak utama yang dibawa oleh Amar dan Nelydia kelihatan lebih semula jadi disebabkan masing-masing sudah faham akan watak yang diberi.

“Jika dulu ketika menyiapkan drama bersiri ia agak sukar kerana Amar dan Nely baru pertama kali digandingkan dan mereka perlu mencari keserasian bagi menghidupkan watak yang diberi.

“Berbeza kali ini, kerja kami lebih mudah kerana mereka sudah faham apa yang perlu dilakukan, malah saya tidak perlu bersusah payah memberi banyak arahan,” katanya. Amie berkata, berikutan ia ditayangkan pada Aidilfitri, dia tidak terlalu menekankan emosi dalam telefilem ini dan jalan ceritanya juga lebih ringkas, selain lebih banyak unsur jenaka diselitkan.

“Setia Hujung Nyawa Raya tidak lari daripada cerita asal dalam drama bersiri, cuma untuk kali ini kami menceritakan kepada penonton kesudahan kisah Ersalina dan Zain selepas mereka berkahwin dan El sedang sarat hamil tujuh bulan.

“Pelbagai emosi dan perasaan yang menghantui diri El apabila dia terpaksa beraya di kampung Zain. Lebih menyedihkan lagi hati El, kami wujudkan watak Maisara, lakonan Anzalna sebagai bekas kekasih Zain yang cuba menawan kembali hatinya.

“Banyak kisah lucu dapat ditonton sesuai dengan suasana tayangannya pada hari raya ini. Kehadiran tiga watak baru ini juga sebagai penyeri kerana fokus utama kami dalam telemovie ini ialah berkongsi kisah kehidupan El dan Zain selepas berkahwin dan menyambut hari raya,” katanya.

Setia Hujung Nyawa Raya mengisahkan pasangan muda yang baru berkahwin, Ersalina dan Zain. Ersalina atau El yang sedang hamil cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Sementara itu, ibu bapa El dan Zain pergi mengerjakan umrah.

Oleh itu, Zain dan isterinya membuat keputusan untuk pulang beraya ke kampung Zain bersama neneknya. Semasa berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah apabila bekas kekasih Zain iaitu Maisara muncul dalam kehidupan mereka. Kehadiran Syawal, teman sekampung Zain yang mempunyai sikap ingin lebih bagus daripada Zain mengundang banyak masalah. Ditambah pula dengan kehadiran Qarun, remaja istimewa yang bijak mengawal situasi.

Pelbagai perkara sedih dan lucu yang berlaku sepanjang mereka di kampung. Amar & Nelydia makin serasi Jika dulu Amar masih malu-malu dan sukar hendak menghayati watak terutamanya membabitkan watak romantik, melalui telemovie ini Amar mengakui makin selesa kerana keserasian itu sudah ada sejak berlakon bersama Nelydia dalam drama bersiri sebelum ini.


Selasa, 13 Agustus 2013

Demi Dia Episod Penuh (Akasia TV3)


Tajuk : Demi Dia
Channel : Drama TV3
Slot: Akasia
Mula Tayangan: 3 Julai 2013.
Jumlah episode: 24
Terbitan: Acemotion
Lagu Tema: Kasih Jangan Kau Pergi - Pria Band


Barisan Pelakon ;
Elfira Loy, Zoey Rahman, Amar Bahrin, Dynaz Mokhtar, Usop Wilcha, Erma Fatima, Kishmar Johar, Niena Baharun, Leyla Krisya dan Shasha Al-Khred

Sinopsis ;
Filem yang diarahkan oleh Aziz M Osman ini mengisahkan Mengisahkan Zack dan Azura yang berkahwin di usia muda. Zack seorang lelaki yang kaya tetapi tidak pandai untuk hidup berdikari.Perkahwinan mereka ditentang oleh bapa Zack Tan sri Puteh. Tan Sri terpaksa bersetuju dengan syarat Zack harus menghabiskan pelajarannya. Zack terpaksa akur.

Tanpa diketahui Zack, Wanda (kakak tiri Zack) cuba memisahkan mereka (arahan Tan Sri) Wanda telah mengupah Sheila untuk menjadi penghalang cinta Zack dan Azura. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan hilang ingatan.

Memori bersama Azura juga hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun diganggu oleh Wanda. Ia menjadi semakin sukar apabila Sheila dan Wanda memusnahkan segalanya. Sikap Mak Su Zack yang tamakkan harta hampir memusnahkan hidup anak saudaranya. 


 < Demi Dia Episod 24 > AKHIR

Minggu, 11 Agustus 2013

Mandi di Pemandian Air Panas Penebel Tabanan

            Senin ini gw mulai dengan bangun siang, iya liburan itu emang wajib untuk bangun siang.... Berhubung liburan semester ini cukup lama, jadi gw sama temen2 deket mau jalan-jalan ketempat yang engga biasa. Awalnya punya rencana buat ke Bedudgul, entah apa yang dicari disana, tapi temen gw bilang di sana bagus buat foto-foto terus masukin ke instagram, sosialita sekali temen gw yang satu ini. Temen gw Ananta bilang mau bawa mobilnya buat ke Bedugul, tapi pas H-3jam dia bilang ga bisa bawa itu mobil ya batal sudah karena yang lin pada males jalan jauh kalo naik motor masing-masing. Lalu temen gw Taufan punya usul buat ke pemandian air panas di tabanan, pas gw tanya dia tau jalan apa engga dia bilangnya inget dikit-dikit, terus gw mikir oke yang penting nanti ga kesasar aja pas kesananya. Jadi gw sama 5 temen gw yang lainnya berangkat ke tempat pemandian air panas, temen gw yang ikut kali ini adalah Taufan, Liga, Ananta, Dwias, Dan Nisa, diantara kami semua cuma Liga yang bawa pacarnya yaitu Nisa, sisanya ga bawa karena ga punya......
            Gw satu motor sama Dwias karena dia bilang motornya ga isi bensin ya jadinya pake motor gw, Nisa sama Liga , dan Taufan sama Ananta. Perjalanan dari Denpasar  ke Tabanan ga terlalu lama kira2 70 menitanlah. Sesampainya ditujuan gw liat tempatnya bagus ya, masih bernuansa alam gitu, ngga banyak polusinya, samping tempat pemandiannya isi sungai dan sungainya masih bersih, ga kayak kebanyakan sungai di kota, yang isinya rata-rata sampah bungan masyarakat dan limbah industri sekitar :(. Pas sampe di meja resepsionis kita ditanyain sama mbaknya mau pilih kolam yang private atau kolam luar , kolam private itu satu ruangan buat kita dan bisa make fasilitas yang lain juga, kalo yang kloam luar ya cuma bisa di luar doang, karena kita mikir yang private juga buat apa, jadi kita milihnya yang kolam luar cukup dengan 10 ribu rupiah bisa menikmati kolam air hangat dan kolam air dingin serta pemandangan alam yang indah (jiwa mahasiswa yang tak mau rugi terlihat jelas disini). 
            Pas gw liat kolam pemandian air panasnya gw bilang ke yang lain "ini kolamnya kok kayak air kobokan lalapan ya? itu gpp klo kita berendem disitu?" trus entah siapa itu gw lupa bilang "iya airnya kyk gini karena campur belerang, gpp kok sante aja lagi " yaudah karena dia bialng kyk gitu gw nyemplung aja ke itu kolam, tapi sebenernya ga bisa dibilang kolam sih, ukurannya ga gede2 amat, dan bentuknya melingkar. Ga nyampe 20 menit rendeman di sana gw mulai engga betah, airnya udah ga berasa anget lagi, jadi gw memutuskan untuk pindah ke kolam air dinginnya. Karena gw ga bisa berenang (iya gw tau gw cemen), gw cuma mainan air ditempat yang dangkal smeentara temen2 yang lain berenang ke area yang dalem. Berhubung ini di kolam air, dan anak-anak juga suka nonton naruto mulailah mereka berimajinasi layaknya ninja di naruto membuat segel dengan tangan lalu berteriak-teriak seperti orang kurang waras, gw juga ikutan sih benernya, gw yang paling parah malahan....
            Kira-kira jam setengah 4 gw sama anak-anak balik ke Denpasar, perjalanan kali ini bisa dibilang menyenangkan karena ya bisa jalan-jalan bareng temen ke area yang masih bebas polusi, sepi dan jauh dari keramaian kota. 


Selasa, 06 Agustus 2013

Ramadan Yang Hilang Episod Penuh | Samarinda TV3


Pelakon: Eira Syazira, Syatilla Melvin, Zamarul Hisham, Zila Bakarin, Norhayati Taib, Alis Mariya, Melly Amalin, Arja Lee, Sherlie Merlis.

Sinopsis :-

Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan.

Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah.

Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.

Lama-kelamaan, Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak emas oleh ibu bapa dan juga neneknya, Maryam. Dia mula memendam perasaan serta membesar menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri.

Selepas 10 tahun, Zafirah dan Delisha belajar di universiti yang sama tetapi jurusan yang berbeza. Zafirah mengambil jurusan perakaunan manakala Delisha mengambil jurusan pemasaran seperti kehendak Zubir yang mengharapkan anak-anaknya boleh mengambil alih syarikatnya kelak.

Mereka masih meneruskan tradisi keluarga untuk berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan. Delisha yang pandai mengambil hati menjadi lebih rapat dengan Zubir dan Saadiah memandangkan Zafirah selalu sibuk dengan aktiviti dan majlis-majlis ilmu di universiti. Tambahan pula, kelahiran adik bongsunya, Zayyad telah menyebabkan keluarganya mengabaikan Zafirah secara tidak langsung.

Selepas tamat pengajian, Zafirah dan Delisha menyuarakan hasrat mereka untuk mengejar impian masing-masing. Zafirah ingin menjadi seorang penulis novel manakala Delisha mahu menjadi seorang penyanyi. Bagaimanapun, Zafirah terpaksa mengalah sekali lagi dan berkorban untuk keluarganya. Dia kini bekerja di syarikat bapanya yang sedang mengalami masalah kewangan.

Jurang antara Zafirah dan Delisha semakin jauh apabila Delisha mula rapat dengan Rafiq. Zafirah pernah menolak cinta Rafiq semasa dia masih belajar di universiti dan kini dia sibuk dengan kerja-kerja di syarikat ayahnya. Zafirah cemburu apabila cinta Rafiq beralih ke Delisha tetapi dia akur.

Zafirah bertunang dengan Fitri, seorang Pengurus Pembangunan Perniagaan. Zafirah semakin mendapat kepercayaan atas sifat tanggungjawabnya sebagai anak sulung yang komited pada perniagaan keluarganya jarang meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula mendapat tugasan syarikat bersama Delisha. Lama-kelamaan, Fitri tertarik dengan personaliti Delisha dan mereka mula bercinta. Akhirnya, Fitri putus tunang dengan Zafirah kerana mahu berkahwin dengan Delisha.

Zafirah memberitahu Saadiah bahawa dia redha tiada jodoh dengan Fitri tetapi dia tidak mungkin berbaik lagi dengan Delisha. Bagi Zafirah, cukuplah dia bersabar dan mengalah. Zafirah bertambah marah apabila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri. Buat pertama kalinya, Zafirah bergaduh besar dengan Delisha sehingga Delisha membawa diri ke luar negara.

1 Ramadan muncul lagi. Inilah Ramadan yang suram buat keluarga Zubir dan Saadiah. Bagi mereka, ia ibarat Ramadan yang hilang. Zubir, Saadiah dan Zafirah berbuka puasa bertiga tanpa berbual sepatah pun antara mereka. Zayyad pula masih belajar di Kuwait. Selepas 3 tahun, kepulangan Delisha bersama seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan Zafirah dan Saadiah. Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

<<Ramadan Yang Hilang Episod 1>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 2>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 3>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 4>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 5>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 6>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 7>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 8>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 9>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 10>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 11>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 12>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 13>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 14>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 15>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 16>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 17>>
<<Ramadan Yang Hilang Episod 18>>  AKHIR

Senin, 05 Agustus 2013

Bedah Tong Gas Muflis

Bedah Tong Gas Muflis

Bedah Tong Gas kembali lagi! Masih lagi dengan motosikal tiga roda mengangkut tong gas di sekitar kampungnya. Adakah kali ini Bedah betul-betul akan jatuh muflis?

Minggu, 04 Agustus 2013

Oh.. Tak Puasa Ya.. (Cerekarama TV3)


Pelakon
Nad Zainal, Adik Danish Zaqwan, Che Kem, Fezrul Khan, Ezany, Marisa Yasmin.

Sinopsis
Imad, Naim dan Harris merupakan adik-beradik yang tinggal di kampung dan menjadikan menangkap burung sebagai hobi. Tiga beradik ini sangat nakal dan sering menimbulkan masalah terhadap penduduk kampung. Imad mempunyai kakak bernama Yati. Cikgu Kamal menghukum Imad kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Satu hari, Imad ternampak kakaknya bersama Cikgu Kamal seterusnya membuatkan Imad menjadi marah. Imad masih menyimpan dendam terhadap Cikgu Kamal, dia nekad mahu memalukan Cikgu Kamal di hadapan semua orang di sekolah. Apakah kesudahan kisah ini?