Selasa, 29 Desember 2015

Tonton Akulah Balqis, Akasia TV3 [2015]

Akulah Balqis TV3

Sinopsis Akulah Balqis

Akulah Balqis yang terpaksa mengorbankan zaman kanak-kanaknya dan mencorak kehidupannya sendiri tanpa bimbingan dan kasih sayang daripada ibu bapa. Lebih teruk lagi apabila dia terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa boleh menghantarnya ke sekolah.

Bapanya, Yasmin bekerja keras untuk mencari rezeki selepas tempat kerja lamanya jatuh muflis. Akibat tertekan, Yasmin mula terjebak dengan najis dadah. Memandangkan tiada siapa boleh menjaga Balqis, anak kecil itu dihantar ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis kemudian melarikan diri dari tempat itu dan merempat di jalanan. Dalam masa sama, Milda, model terkenal sering bermimpi mengenai Balqis.

Suatu hari, mimpi Milda menjadi kenyataan apabila dia terlangar Balqis dan anak kecil itu di bawa pulang ke rumah. Bagaimana kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin serta isterinya menemui semula Balqis dan menebus kesalahan mereka?

Pelakon Akulah Balqis terdiri daripada Puteri Balqis sebagai Balqis, Aeril Zafrel sebagai Yamin, Nabila Huda sebagai Seri, Nazim Othman sebagai Adi, Nadia Brian sebagai Milda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar