Senin, 11 Juli 2016

Akadku Yang Terakhir Raya, Telemovie Astro [2016]

Akadku Yang Terakhir Raya

Rumahtangga Rania dan Irham goyah apabila Irham mahu memperisterikan Nawal, teman sekerjanya dengan alasan mahukan zuriatnya sendiri.Apatah lagi Nawal yang sanggup bermadu. Apakah pengakhiran cinta tiga segi ini?

Pelakon: Amar Baharin , Tiz Zaqyah, Mardiana Alwi, Zulkifli Ismail, Theera Alias.


Sehelai Songket Berbunga Penuh, Telemovie TV3 [2016]

Sehelai Songket Berbunga Penuh

Mengisahkan Hadi, anak kedua kepada Fadhil & Anim. Hadi adalah seorang budak lelaki yang sangat baran & tidak menghormati kedua-dua orang tuanya. Berkali-kali Fadhil cuba menasihati Hadi tetapi Hadi masih tidak berubah. Abang Hadi, Haikal turut cuba untuk menasihati adiknya tetapi masih juga gagal. Sehinggalah suatu hari, Hadi termimpi akan saat-saat kematiannya yang penuh dengan api. Hadi kemudiannya cuba untuk berubah walaupun tidak diendahkan bapanya. Di pengakhirannya, Hadi tidak sempat untuk memohon ampun dari abangnya kerana abangnya terlibat dalam kemalangan.

Pelakon: Amar Asyraf, Hanis Kamal Bakar, Namron, Acap BMB.



Suamiku Bukan Tukang Masak, Telemovie Astro [2016]

Suamiku Bukan Tukang Masak

Sejak Nur mengandung, hidup Adi jadi 'huru-hara' melayani kerenah isterinya. Alahan teruk menyebabkan Nur langsung tidak boleh memasak dan hanya mahu makan masakan Adi.

Pelakon: Ajak Shiro, Izreen Asmida, Syafiq Kyle & Tunku Hanis.



Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya, Telemovie TV3 [2016]

Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya 2016

Puteri & Daniel akhirnya sudah berumahtangga dan dikurniakan seorang anak, Qayyum. Jee & Kak Tim pula akan melangsungkan perkahwinan mereka dengan pilihan masing-masing, tetapi tidak mengetahui bahawa pasangan mereka adalah bekas kekasih Jee & Kak Tim. Puteri lah yang terpaksa meleraikan pergaduhan mereka. Tanpa pengetahuan Puteri, Daniel sebenarnya mengidap penyakit Brugada Syndrome. Dia berkeras ingin merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan keluarga kerana khuatir mereka akan risau. Banyak perkara yang mencurigakan berlaku kepada Daniel seperti tiba-tiba pengsan dan berhenti kerja sehinggakan Puteri syak bahawa Daniel curang di belakangnya. Pada hari Majlis Sambutan Hari Raya di sekolah Qayyum, Daniel telah jatuh pengsan dan dibawakan ke hospital.

Pelakon: Shukri Yahaya, Zahirah Macwilson, Ku Fridah, Eizlan Yusof, Marissa Yasmin.



Minggu, 10 Juli 2016

Cinta 11 Syarat Raya, Telemovie Astro [2016]

Cinta 11 Syarat Raya 2016

Mengisahkan Haziq yang mula mengabaikan Rasya kerana sibuk dengan tugasan tesisnya sehingga Rasya terasa hati. Haziq yang mengambil kursus perniagaan separuh masa tidak perasan yang dia mula mengabaikan Rasya. Haziq berjanji dengan Rasya yang dia akan pulang ke kampong sehari sebelum raya namun dia telah terperangkap di rumah sendiri apabila Rasya terbawa telefon dan kunci rumah pulang ke kampong.

Pelakon: Bella Dally, Aqasha, Afifah Nasir, Iqram Dinzly, Farisha Irwayu, Anne Abdullah, Kazar.



Ketupat Terakhir, Telemovie TV3 [2016]

Ketupat Terakhir 2016

Mak Nen mempunyai seorang anak bernama Rahim. Rahim sangat menyayangi ibunya dan tidak pernah berenggang dengan ibunya. Semuanya berubah selepas Rahim berkahwin. Rahim kini telah berkahwin dengan Dira dan terus menetap di ibu kota. Rahim kini menguruskan syarikat ayah mertuanya dan sentiasa sibuk di pejabat. Namun begitu, Rahim tetap mengingat & mengenangkan ibunya di kampong. Rahim tidak dapat pulang ke kampung dan melawat ibunya kerana pergerakannya dikawal oleh isterinya. Menjelang pagi Raya, ibu Rahim telah bertungkus lumus menyediakan makanan kegemarannya, ketupat dan ingin menghantar sendiri ke rumah Rahim di KL. Malangnya, Rahim telah pun dalam perjalanan ke lapangan terbang. Akhirnya, Mak Nen pulang semula ke kampung dan telah terlibat dalam satu kemalangan.

Pelakon: Azhan Rani, Nabila Huda, Fauziah Nawi, Norlia Ghani.



Duit Raya, Telemovie TV3 [2016]

Duit Raya 2016

Trisya dan Win masing-masing musuh sekelas yang sentiasa bergaduh. Mereka sentiasa berlawan mainan siapakah yang paling baru & mahal. Suatu hari, ayah Trisya telah membeli permainan baru dan Trisya telah menunjuk-nunjuk permainan barunya kepada Win. Win pula berasa tercabar lantas merayu-rayu menyuruh ibunya, Syarmin membelikan permainan yang sama. Syarmin marah dengan sikap Win dan tidak mempedulikan permintaan anaknya. Lantas Win telah mendapat idea untuk mengumpul duit raya sebanyak yang mungkin supaya dapat membeli permainan baru itu. Suatu hari, Syarmin telah membawa Win untuk berjumpa dengan kawannya yang juga bakal bapa baru kepada Win. Sesampai sahaja di restoran, Win terkejut besar kerana rupanya kawan ibunya ialah ayah kepada Trisya. Maka bergaduhlah mereka di hadapan ibu dan bapa masing-masing.

Pelakon: Muntazar Ghufran, Putri Balqis, Elizad Sharifuddin, Bell Ngasri