Minggu, 25 Agustus 2013

Malaikat Di Pintu 2013

Malaikat Di Pintu TV3

Pelakon
Awie, Yana Shamsudin, Fakhrusy Syakirin, Mohd Fazli Daniel, Dato' Aziz Singah, Khatijah Tan, Fauziah Nawi

Sinopsis
Disebabkan Mus dan Zai belum dikurniakan anak, Zai mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat. Ridwan yang sebelum ini dibesarkan di rumah anak-anak yatim telah diambil oleh ibu saudaranya, Zai untuk dijadikan anak angkat. Namun kehadirannya tidak disenangi oleh Mus. Saksikan kisah selanjutnya.

< TONTON DI SINI >

Sabtu, 17 Agustus 2013

Apa itu DotA?

            Well , lo pastinya pernah ngalamin yang namanya ngeliat temen kalian ngobrolin sesuatu yang keliatannya seru banget sampe-sampe dunia serasa milik mereka doang, dan pas lo tanya "lagi ngobrolin apa nih coy?" mereka jawab "lagi ngobrolin DotA nih, lu tau DotA ga coy?" terus lo diem bentar mikir "DotA itu apa ya...", atau kalo engga gitu pas lo lagi PDKT-an sama cewe nih , cewenya itu nanya "kamu lagi apa?", lo jawab "aku lagi main DotA nih bareng temen" (pengalaman pribadi banget ini mah). trus cewenya bales "DotA itu apa ya?" trus lo bingung mau jawabnya gimana padahal udah main DotA ampir 20 taun tapi pas ditanya DotA itu apa lo ga tau, sedih kan? iyaa sedih banget. Oke cukup, sekarang gw akan bahas apa itu Dota versi yang gw tau.
              DotA itu menurut om google merupakan singkatan dari Defense of the Ancients, bagi kalian yang ga ngerti bahasa inggris itu artinya pertahanan kuno itu kalo search pake google translate, naas amat search pake google translate -_-, game DotA ini merupakan pengembangan lebih lanjut dari game Warcraft III the Frozen Throne. Tujuan utama dari DotA ini adalah menghancurkan pertahanan kuno/ rumah dari masing-masing kubu, klo masih kurang jelas bayangin gini , lo punya rumah , terus lo punya musuh, anggep aja musuh itu mantan lo dan dia pastinya punya rumah kan, nah tujuan utama lo itu untuk ngancurin rumah musuh lo itu, dan tujuan dari musuh lo itu juga untuk ngancurin rumah lo, yang rumahnya ancur duluan kalah ya gitulah kalo DotA dibayangin di dunia nyata.
            Setiap orang yang main DotA ini diberi kesempatan untuk memilih 1 jagoan yang namanya "HERO" hero ini tuh kalo didunia nyata ibaratnya seperti karakter manusia, binatang atau apapun itu.  Nah kalo di DotA itu ada tim yang baik dan tim yang jahat , yang baik namanya The Sentinel letak markasnya kiri bawah peta, kalo yang jahat itu namanya The Scourge letak markasnya di kanan atas, kalo di tim The sentinel itu kebanyakan isinya Hero yang bisa dibilang baiklah ya di DotA, kalo tim The Scourge kebalikannya isinya hero jahat semua :( . Selain bisa memilih hero yang di sukai, seperti di kebanyakan game yang ada di DotA juga ada yang namanya level, semakin tinggi levelnya semakin banyak skill/ kemampuan yang bisa digunakan, tetapi maksimal level yang tersedia hanya sampai level 25. Di Dota juga herohero yang ada bisa membeli item(dalam bahasa inggris )/perlengkapan tempur, item ini bisa dibeli di toko-toko tersekat didalam peta jika hero tersebut memiliki gold/uang yang cukup.
            Dalam permainan DotA diperlukan kerjasama tim yang baik, serta perhatian yang fokus terhadap jalannya permainan, karena apabila lengah sedikit kemungkinan markas untuk hancur itu sangatlah tinggia, jadi bagi kalian para ladies yang memiliki pacar/PDKT-an seorang gamer DotA berilah mereka waktu beberapa jam untuk menyelesaikan game tersebut, karena apabila dilarang, kemungkinan terjelek yang dilakukan adalah mereka akan berbohong sama lo, ga suka diboongin kan? makanya kasi main DotA ! *loh kok gw yang emosi 
            Cukup sekian penjelasan gw tentang DotA, semoga bermanfaat bagi kalian yang kurang mengerti apa itu DotA, dan mengapa orang-orang yang memainkan game ini bisa terlihat seperti orang kurang waras….

Kamis, 15 Agustus 2013

Raya Pak Pak Pong 2013

Raya Pak Pak Pong 2013

Pelakon
Aiman Hakim Ridza, Aliff Aziz, Syafie Naswip, Jalil Hamid, Sharifah Shahira, Esliza Loy

Sinopsis
Salim Maula, seorang duda mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Anas, Basyir dan Muaz. Salim Maula membesarkan anaknya sendiri selepas isterinya meninggal dunia semasa melahirkan Muaz. Dia memiliki perniagaan sendiri iaitu membuat bata blok. Kini semua anak-anaknya sudah dewasa dan hanya duduk menganggur di rumah kerana malas kerja. Walaupun sudah dewasa namun Pak Salim menjaga mereka seperti budak kecil membuatkan mereka naik lemak. Anas dipanggil 'Abang', Basyir dipanggil 'Adik' manakala Muaz dipanggil 'Baby' oleh Pak Salim. Pak Salim berharap anak-anaknya berubah sempena Ramadan yang bakal tiba . Oleh itu, Pak Salim telah memberikan setiap orang anaknya modal untuk memulakan perniagaan. Namun, hanya Anas dan Basyir yang menerima tawaran ayah mereka manakala Muaz memberikan alasan ingin menghabiskan masanya dengan beribadat pada Ramadan ini. Mungkinkah ini titik perubahan bagi ketiga-tiga anak Pak Salim? Saksikan kisahnya....

Menantu Raya 2013

Menantu Raya 2013

Pelakon
Zain Saidin, Emma Maembong, Mubarak Majid, Liza Abdullah, Izz Ilham

Sinopsis
Haji Rahman dan Mikail mula berkenalan dan berkawan apabila mereka menerima rawatan di hospital yang sama. Anak perempuan kepada Haji Rahman, Aishah sentiasa membaca ayat-ayat Al Quran semasa melawat ayahnya. Aisyah selalu bertengkar dengan Mikail kerana Aisyah berang dengan sikap  Mikail yang bersekongkol membelikan makanan yang tidak sesuai untuk ayahnya yang mengidap penyakit kencing manis. Sejak perkenalan itu,  Mikail bukan sahaja jatuh cinta kepada Aishah namun mula belajar keindahan Islam yang sebenar. Michael yang baru pulang ke tanah air tidak pernah merasai sambutan Aidilfitri. Setelah berkahwin dengan Aisyah dia mempelajari sesuatu yang baru dan teruja mengenai sambutan Hari Raya. Apakah konflik yang dihadapi oleh pasangan pengantin baru ini ketika di bulan mulia? Saksikan kisah selanjutnya...

Rabu, 14 Agustus 2013

Mana Kuali Opah

Mana Kuali Opah Raya 2013

Sinopsis
Mengisahkan Opah dan kuali kesayangannya. Opah suka memasak rendang tok kesukaan ramai menggunakan kuali kesayangannya. Ahli keluarga Opah panik apabila kuali kesayangan Opah hilang, malahan seluruh kampung risau memikirkan hal ini sedangkan Opah sendiri tidak mengetahui kualinya telah hilang. Mereka kalut memikirkan dan menyiasat siapakah yang telah mengambil kuali Opah kerana tidak mahu Opah susah hati dengan kehilangan kuali kesayangannya itu.

Edisi Khas Raya 2013


Sinopsis
Edisi Khas telah mencuri perhatian para penonton dengan genre 'spoof news' di mana Johan, Almy Nadia, Ropie Cecupak, Along Champ, Sharifah Shahira, Azlee Senario dan Achong akan 'membincangkan' isu semasa dengan penuh drama.

Isu-isu yang dipaparkan dalam Edisi Khas termasuk rasuah, peminta sedekah, mat rempit, pengurus wanita bersikap bossy, haruan makan anak, kepercayaan tahyul, sikap pentingkan diri jiran, tak puasa, remaja suka nak jadi artis dan lain-lain

Karlos Bolos

Karlos Bolos

Pelakon
Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Tiz Zaqyah, Zizan Razak, Rusdi Ramli, Namron, Sherlie Merlis, Dira Abu Zahar dan Jay Iswazir

Sinopsis
Kisah bermula setelah 18 bulan berada di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima, Karlos (Johan As’ari) dan Kenji (Syazwan Zulkifly) sedang membuat persiapan untuk pertandingan pidato dan melakukan kajian dengan mencari maklumat di akhbar. Ketika membuat kajian, Kenji telah ternampak sesuatu yang sangat menarik perhatiannya di dalam akhbar. Artikel yang dipaparkan adalah mengenai seorang artis yang diberkas kerana mabuk di kelab malam. Yang diperhatikan oleh Kenji sebenarnya adalah gambar seorang lelaki yang amat dibencinya iaitu Sunny (Zizan Razak).

Selepas dipujuk, barulah Kenji menceritakan perkara sebenar bahawa ibunya adalah seorang pelacur dan Sunny merupakan bapa ayamnya. Sunny juga bertanggungjawab memisahkan Kenji dari ibunya, Cuwie (Dira Abu Zahar). Tiba-tiba terkeluar dari mulut Kenji cadangan yang gila. Dia mahu keluar dari pusat tersebut untuk mencari Sunny. Mungkin dia boleh menyelamatkan ibunya yang berada entah di mana. Karlos dan Kenji meloloskan diri dari pusat pada tengah malam dan tanpa disedari oleh pelatih lain. Oleh kerana terdesak tiada kereta yang hendak berhenti untuk mereka, Karlos dan Kenji bergegas ke stesen petrol. Kebetulan pada waktu itu, Ella (Tiz Zaqyah) dalam perjalanan hendak ke Kuala Lumpur dan dia berhenti sebentar untuk mengisi minyak. Karlos dan Kenji menggunakan peluang ini untuk mengugut membunuh Ella jika dia tidak memenuhi kehendak mereka. Kenji mengarahkan Ella untuk memandu terus ke Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, Ella bukanlah seorang yang bodoh, dia secara rahsia telah menghubungi pihak polis menerusi aplikasi my distress alert di telefon bimbitnya. Walaupun tidak bercakap tetapi pihak polis mengetahui apa yang sedang berlaku dan mereka cuba mengesan nombor telefon Ella. Tindakan Ella berjaya dikesan oleh Kenji yang kemudiannya merampas telefon bimbit Ella. Suasana menjadi lebih tegang apabila Ella bertindak memandu kereta dengan laju. Harapan Ella agar kamera Automated Enforcement System (AES) dapat merakam atau polis trafik akan mengesannya. Kenji sedar dan dia cuba mengawal stering hingga kereta mereka terbabas.

Pada waktu yang sama, kehilangan Karlos dan Kenji disedari oleh ketua dorm ketika melakukan dorm inspection. Ketua dorm memaklumkan kepada warden seterusnya berita ini disampaikan kepada pihak berkuasa. Gerakan mencari dua remaja ini dikerah, orang ramai diminta memberi kerjasama untuk memberi maklumat kepada pihak polis. Inspektor Mahadhir yang pernah menangkap Karlos dan Inspektor Azi (Rusdi Ramli) yang pernah menangkap Kenji berpadu untuk memburu dua pelatih Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima ini. Berjayakah Karlos dan Kenji dalam pencarian mereka menjejaki Sunny dan ibu Kenji, Cuwie di kotaraya Kuala Lumpur? Atau tindakan gila dua remaja ini menjadi sia-sia dan hukuman berat menanti mereka?