Selasa, 28 Juli 2015

Hantu Wefie, Astro Ria [2015]

Hantu Wefie

Sinopsis Hantu Wefie

Saleh masih merindukan Emma dan berharap yang Emma masih bersamanya. Reza pula bertukar menjadi hantu selepas membunuh diri di dalam penjara dan ingin membalas dendam kepada Saleh. Adakah Saleh terselamat daripada dihantui oleh hantu Reza? Sama-sama kita saksikan. Lakonan hebat Zizan Razak, Emma maembong dan Jihan Muse.

Sila klik link di bawah untuk menonton

Minggu, 26 Juli 2015

Rindu Awak 200% Raya

Rindu Awak 200% Raya

Sinopsis Rindu Awak 200% Raya

Anak mereka, Faiq Esyan sudah berusia 3 tahun. Armel Aisya semakin sibuk dengan butik yang semakin diterima ramai, sementara Zill Faezrul terus komited dengan kerjayanya sebagai juruterbang. Zill nyatakan hasrat untuk merancang anak kedua tetapi Armel beralasan belum bersedia kerana dia mahu fokus tentang kerjayanya dulu. Lakonan Zul Ariffin, Ayda Jebat, Fazlina Ahmad Daud, Zuhairi Ibrahim, Karl Shafek, Mimi Ernida, Ika Nabella.

Sila klik link di bawah untuk menonton

Maid Pun Nak Raya


Sinopsis Maid Pun Nak Raya

Kini bahagia bersama Harris, Noorul terkejut apabila Harris tiba-tiba membawa Elisa pulang dan mengumumkan mereka akan berkahwin. Adakah Noorul dapat menerimanya?

Klik link di bawah untuk menonton

Sabtu, 25 Juli 2015

Isteri Separuh Masa Raya

Isteri Separuh Masa Raya 2015

Sinopsis Isteri Separuh Masa Raya

Konflik rumah tangga Medina Izwani dan Nazrin Shah meruncing. Medina cemburu dengan kehadiran Zita yang bekerjasama dengan Nazrin dalam satu projek. Keluarga mula campur tangan dalam usaha menyelamatkan perkahwinan mereka.

Klik link di bawah untuk menonton

Jumat, 24 Juli 2015

Cara Hilangkan Background Warna Hasil Copas Website

Apa kabar sahabat belajar dan hiburan, kali ini saya berikan tutorial menghilangkan background warna pada teks hasil copas dari web/internet di micsrosoft word. Hal ini lebih efektif daripada copas ke notepad lalu ke ms word, karna saya akan memberikan tutorial editnya langsung pada microoft word.
Ya seperti inilah tampilan yang sama yang anda derita sama dengan saya, namun saya sudah dapat tips cepatnya. Pertama copas di Microsoft Word dulu dah tau.


Selanjutnya klik ini nih ikon yang sudah saya lingkari :

Nah hasilnya akan seperti ini :

Kurangnya dari tips ini tidak hanya background tapi semuanya hilang -_-
Kalian juga harus kreatif lah di edit lagi sesuai hati juga bisa

Demikian tutorial singkat dari saya semoga membantu.. :-)

Kamis, 23 Juli 2015

Tonton HidayahMu Ramadan

HidayahMu Ramadan

Sinopsis HidayahMu Ramadan

Sempena bulan ramadan yang bakal tiba, Primeworks Studios akan mempersembahkan drama terbaru berjudul 'Hidayahmu Ramadan' yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3. Mengisahkan Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana tidak rela memberi Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istimewanya. Dibintangi oleh ara Zya, Aeril Zafril, Nazrief Nazri, Roy Azman dan ramai lagi. Bersiaran mulai 4 Jun ini, setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3.

Rabu, 15 Juli 2015

Tonton Bidadari, Lestary TV3 [2015]

Tonton Bidadari

Sinopsis Bidadari

Terbaharu di slot Lestary, TV3 membawakan drama bersiri bertajuk Bidadari setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam bermula 30 April 2015. Drama ini membariskan pelakon hebat seperti Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Nonny Nadirah,Syazwan Zulkifly, Sherie Merlis, Zamarul Hisham, Azhan Rani dan ramai lagi.

Mengisahkan Suria (Amyra Rosli) anak kepada seorang penyanyi kelab, Delima (Sherie Merlis) yang terpaksa menempuh keperitan hidup tatkala berbapa tiri, Anjang (Azhan Rani). Anjang yang suka berjudi dan berfoya sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan dua beranak itu. Diherdik dan sering didera membuatkan Suria sukar menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya.

Ibunya, Delima pula bagaikan menyimpan rahsia terpendam. Walaupun Suria sentiasa menyayangi dan melayan ibunya dengan baik, Delima pula sentiasa beranggapan anak gadisnya itu tidak lebih daripada sekadar menambah beban di dalam hidupnya. Namun pada suatu hari, anak-beranak itu nekad meninggalkan rumah yang umpama neraka bagi mereka dan dipertemukan dengan takdir baharu.

Tengku Iskandar (Zamarul Hisham), pemilik Restoran Melati yang tertarik dengan nyanyian Delima sebelum ini memberikan mereka tempat berteduh untuk memulakan hidup yang lebih baik. Pertemuan singkat itu juga berjaya membuka hati Tengku Iskandar memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya menginginkan kemewahan dan sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai impiannya.

Suria kini memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria. Namun ketamakan Delima bakal memusnahkan segalanya apatah lagi mengetahui rahsia bahawa Tengku Iskandar menyimpan Melati iaitu isteri pertamanya yang sakit dan dirawat di sebuah bilik rahsia. Sebuah harapan keluarga bahagia bakal berubah menjadi satu lagi dugaan besar buat Suria dan Tia.

Dalam masa yang sama, Suria didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah bagi memenangi hati Suria.

BIDADARI EPISOD 1 - 30/04/2015
BIDADARI EPISOD 2 - 06/05/2015
BIDADARI EPISOD 3 - 07/05/2015
BIDADARI EPISOD 4 - 13/05/2015
BIDADARI EPISOD 5 - 14/05/2015
BIDADARI EPISOD 6 - 20/05/2015
BIDADARI EPISOD 7 - 21/05/2015
BIDADARI EPISOD 8 - 27/05/2015
BIDADARI EPISOD 9 - 28/05/2015
BIDADARI EPISOD 10 - 03/06/2015
BIDADARI EPISOD 11 - 04/06/2015
BIDADARI EPISOD 12 - 10/06/2015
BIDADARI EPISOD 13 - 11/06/2015