Selasa, 09 Juni 2015

Tonton Lukisan Takdir, Cereka Ahad TV3 [2015]

LUKISAN TAKDIR

Sinopsis Lukisan Takdir

Rita seorang yang bekerjaya dan setia kepada suaminya walaupun selalu didera. Pertemuannya dengan Razif, telah membuka lembaran baru dalam hidupnya dan cuba menafikan cinta yang sudah berputik. Lakonan Aiman Hakim, Neelofa, Nadia Aqilah, Nonny Nadirah, Qi Razali, Nuerul Ayda dan ramai lagi.

Klik link di bawah untuk menonton

Tonton Sawan, Cerekarama TV3 [2015]

Sawan TV3

Sinopsis Sawan

Kisah Aliff yang masih menggunakan telefon bimbit lama. Isterinya telah menghadiahkan sebuah telefon bimbit pintar bagi memudahkan perhubungan mereka apabila berjauhan. Apakah yang bakal terjadi?
Dibintangi oleh Shah Jaszle, Amyra Rosli, Izara Aishah, Rykarl Iskandar, Nelly Rosli dan ramai lagi. Terbitan A.Aida Production.

Klik link di bawah untuk menonton

Senin, 08 Juni 2015

Tonton Isteri Separuh Masa, Astro Maya HD [2015]

Tonton Isteri Separuh Masa Astro

Sinopsis Isteri Separuh Masa
Isteri Separuh Masa mengisahkan Medina Izwani anak angkat kepada keluarga Dato’ Abdullah dan Datin Aliyah. Kerana terlalu sayangkan Medina Izwani, nenek menjodohkan Nazrin Shah iaitu cucu kandungnya dengan Medina. Mengenangkan terlalu banyak budi yang dicurahkan keluarga Dato’ Abdullah, Medina akur pada keputusan nenek. Namun, perkara sebaliknya berlaku terhadap Nazrin Shah. Nazrin menentang hasrat neneknya kerana dia menganggap Medina sebagai musuh!

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Drama Isteri Separuh Masa merupakan drama adaptasi daripada novel. Penulis novel Isteri Separuh Masa merupakan novelistar terkenal iaitu Suri Ryana atau nama penuhnya Sharifah Nurilyana Syed Fesal. Apakah kesudahan yang berlaku antara Medina dan Nazrin. Sama-sama kita tonton nanti.

Antara barisan pelakon Isteri Separuh Masa adalah Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, Ziha, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Erwin Dawson, Mahmud Ali Bashah, Normah Damanhuri, Lia Natalia, Natasha Elyzza, Ziha, Nadya Syahera, Syafiq Kyle.



Selasa, 02 Juni 2015

Tonton Mahar Tanpa Cinta, Cereka Ahad TV3 [2015]


Sinopsis Mahar Tanpa Cinta
Kisah seorang doktor yang bernazar untuk pesakitnya yang koma, andai dia sedar, aku sudi menjadikan dia sebagai isteriku. Lantas taqdir pun berbicara, wanita itu tersedar akhirnya, namun sesuatu menimpa wanita itu. Apakah Dr Najmi masih sanggup memenuhi janji dan nazarnya pada Tuhan? Lakonan Aiman Hakim Ridza, Azhar (Azhael), Syatilla Melvin, Lufya, Jasmin Hamid, Arash Mohd, Dian P.Ramlee.

Klik link di bawah untuk menonton

Senin, 01 Juni 2015

Tonton 5 Kali Cinta, Cerekarama TV3 [2015]

5 Kali Cinta TV3

Sinopsis 5 Kali Cinta

5 Kali Cinta Mengisahkan Ayuni Reffa gadis cantik telah dilamar Zarif yang bekerja sebagai mekanik. Namun Ayuni bimbang jika Zarif bukanlah calon suami terbaik untuknya kerana dia tidak mahu kisah ibunya yang ditinggalkan suami berulang. Rakan baiknya, Shila mencadangkan supaya Ayuni berjumpa dengan semua kekasihnya untuk membuat perbandingan. Ayuni sebelum ini pernah bercinta dengan lima kekasih. Siapakah bakal suami Ayuni yang sebenarnya? Pelakon terdiri daripada  Izreen Azmindar, Johan Asari, Iqram Dinzly, Hafreez Adam, Fezrul Khan, Nazrief Nazri, Riz Amin, Emelie Hanif, Zahirah Macwilson.

Klik link di bawah untuk menonton

Tonton Bila Hati Telah Hitam, Astro Oasis [2015]


Sinopsis Bila Hati Telah Hitam

Drama terbaru Bila Hati Telah Hitam mula ditayangkan pada 20 Mac 2015 yang akan mengupas permasalahan masyarakat masakini. Drama ini akan menggantikan drama Tanah Kubur. Pengarah bagi drama terbaru ini adalah Shahrul Ezad Mohameddin terbitan Radius One Sdn Bhd. Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah terdiri dari Ajak Shiro, Amar Baharin, Kila Fairy, Amyza Adnan, Haida Moin, Hasnul Rahmat, Shila Mambo dan ramai lagi.

BILA HATI TELAH HITAM EPISOD 3
BILA HATI TELAH HITAM EPISOD 12
BILA HATI TELAH HITAM EPISOD 13
BILA HATI TELAH HITAM EPISOD 14

Kamis, 28 Mei 2015

Konsert Kilauan Emas 5, Astro Prima [2015]

Konsert Kilauan Emas 5

Kilauan Emas 5

Kilauan Emas kembali dengan musim kelima tahun 2015 ini. Seramai 10 orang peserta telah dipilih daripada enam buah lokasi seluruh Malaysia untuk bersaing dalam program realiti Kilauan Emas musim kelima yang bakal membuka tirai pada 15 April 2015 ini. Daripada yang berjaya, tiga daripada 10 peserta mempunyai pengalaman dalam bidang seni selain seorang doktor. Bermula 15 April 2015, setiap Rabu, pukul 9 malam di Astro Prima (105) dan Maya HD (135)

Juri Tetap - Datuk Hattan dan Erra Fazira
Tenaga Pengajar - Ayai (Ilusi) dan guru vokal iaitu Siti Hajar dan Syafi
Format rancangan - pemarkahan iaitu 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus undian penonton

Senarai Peserta
1) Wan Muhammad Logan, 44, berasal dari Johor, pernah bergelar penyanyi dengan nama komersialnya, Elji dan merakam sebuah album terbitan Polygram Records.

2) Shahrul Zaman Kamaludin, 49, dari Kuala Lumpur adalah seorang pelakon dan merupakan adik kepada pengarah drama terkenal Along Kamaludin.

3) Nurashikin Ibrahim, 46, dari Selangor adalah seorang doktor.

4) Mursalim Muhidin, 44, dari Sabah,

5) Wan Mohd Hasbi, 40, (Kedah), 

6) Dzulkifli Jalil, 54, (Selangor)

7) Hassan Idris, 68, (Kuala Lumpur).

8) Hazlina Wati Zainuddin, 42, (Johor),

9) Noor Hayati Slamat, 54, (Perak),

10) Norasmah Ibrahim, 51, (Perak).

KONSERT KILAUAN EMAS MINGGU 1 - 15/04/2015
KONSERT KILAUAN EMAS MINGGU 2 - 24/04/2015
KONSERT KILAUAN EMAS MINGGU 3 - 29/04/2015
KONSERT KILAUAN EMAS MINGGU 4 - 06/05/2015
KONSERT KILAUAN EMAS MINGGU 5 - 13/05/2015
KONSERT KILAUAN EMAS MINGGU SEPARUH AKHIR - 20/05/2015
KONSERT KILAUAN EMAS MINGGU AKHIR (Karpet Merah) - 27/05/2015
KONSERT KILAUAN EMAS MINGGU AKHIR (Full Show) - 27/05/2015
KONSERT KILAUAN EMAS MINGGU AKHIR (ELJI Vs. Mustar) - 27/05/2015