Selasa, 30 Juli 2013

Misiku Kuza Episod Penuh (Astro Ria)


Pelakon;
Hairul Azreen, Erin Malek dan Arja Lee

Sinopsis;
Misiku Kuza memberi fokus kepada kehidupan di hospital, mengisahkan tentang suka duka kehidupan pelatih jururawat di sebuah kolej kejururawatan di ibu negara.

Khuzaimah atau Kuza (Erin) sangat meminati bidang kejururawatan sejak kecil lagi kerana ingin mengikuti jejak arwah ibunya.

Akhirnya cita-cita beliau tercapai meskipun tahu profesion itu bakal mendedahkannya kepada pelbagai masalah di tempat bekerja nanti.

Mempunyai perwatakan yang menarik, sikap ceria dan bersemangat Kuza turut membuatkan seorang pesakit di hospital berkenaan iaitu Airiel (Hairul) tertarik kepadanya. Sifat kelakarnya sedikit sebanyak menjadi penghibur dan pengubat duka hati Airiel selepas kehilangan kekasihnya yang terkorban dalam kemalangan.

Pada masa sama, Kuza turut diuji dengan kehadiran seorang doktor yang ternyata sangat dibenci kakitangan di situ kerana sikap bongkaknya serta bermulut lancang. Meskipun kacak, sikapnya memang kurang menyenangkan dan Kuza dipertemukan pula dengannya.

Sejak itu, dia sering menjadi mangsa buli doktor Aaron (Arja) ditambah pula sememangnya mempunyai kuasa di hospital berkenaan dan sebaik menyedari sikap Kuza yang kelam-kabut serta lurus bendul, makin menjadi-jadi dia membulinya.

Dijadikan cerita, Aaron dan Airiel adalah adik-beradik namun tidak bersefahaman. Aaron pernah membantah keras sewaktu Airiel mengambil keputusan untuk menikahi kekasihnya, Suzana menyebabkan pertengkaran berlaku.

Semakin mengenali Aaron, Kuza bagaimanapun mula menyedari sifat sebenar kenapa doktor berkenaan sangat berkeras terhadap jururawat di hospital terbabit. Daripada ‘musuh ketat’ akhirnya mereka semakin akrab.

Dari situlah pergolakan cinta tiga segi berlaku antara mereka di mana Aaron dan Airiel masing-masing berusaha memenangi hati Kuza. Kesannya paling dirasai Aaron yang kini berbelah bagi sama ada untuk mengorbankan cinta demi adik tercinta atau tidak.

Berkonsepkan komedi romantik, siapakah yang akhirnya dipilih Kuza dalam siri yang akan bersiaran sebanyak 13 episod berkenaan?

Sebuah drama daripada produksi Radius One Sdn Bhd, saksikan Misiku Kuza setiap Isnin, 10 malam, secara ekslusif di Astro Ria.

Minggu, 28 Juli 2013

Nyamuk Tak Berdosa (Cerekarama TV3)


Pelakon;
 Kamal Adli, Zarina Zainoordin, Puteri Balqish, Adik Danish Zaqwan, Raja Azmi, Dian P. Ramlee.

Sinopsis;
Bahrin dan Sarimah berkahwin sejak 16 tahun yang lalu dan dikurniakan dua cahaya mata, Atiqah dan Afiq. Sarimah tidak bekerja manakala suaminya, Bahrin, bekerja sebagai pengawal keselamatan. Sikap Bahrin mula berubah ketika Sarimah mula menjual nasi lemak. Dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa kepada anak-anak mereka. Dia menjadi seorang yang panas baran dan seringkali memukul dan mengugut Sarimah. Sebaliknya, Sarimah terus setia terhadap suaminya dan tidak pernah sedetik pun terfikir untuk bercerai demi masa depan anak-anaknya.

Untuk menonton sila klik link di bawah;

< TONTON NYAMUK TAK BERDOSA

Korban Kasih (Cerekarama TV3)


Sinopsis
Korban Kasih mengisahkan Shahanim menikahi Azlan atas dasar cinta. Ibu Azlan, Azimah mengenakan syarat supaya mereka berdua tinggal bersama dengannya setelah bernikah. Azimah seorang yang suka mengongkong kehidupannya sehingga sukar untuk Azlan membuat keputusannya sendiri. Sekembalinya mereka dari berbulan madu, mereka terus pulang untuk menetap di rumah keluarga.

Shahanim bertemu semula dengan kawan baiknya, Milah yang bekerja sebagai orang gaji di rumah Azlan selepas 5 tahun hilang khabar. Mereka merupakan sahabat karib sejak kanak-kanak. Persahabatan Shahanim dan Milah kembali bertaut walaupun ibu mertuanya kurang menyenangi hubungan mereka. Namun, tragedi hitam telah menimpa Milah apabila dia dirogol oleh Hakim, adik Azlan dalam keadaan mabuk.

Demi membela nasib rakannya, Shahanim menyarankan agar Hakim menikahi Milah atau dia akan membuat laporan polis. Azimah membantah kerana bimbang reputasi keluarganya akan tercalar jika anak lelakinya menikahi orang gaji. Justeru, Azimah memberi tekanan kepada Azlan untuk menceraikan Shahanim jika dia berani bertindak demikian.

Demi menjaga air muka dan perasaan ibunya, lalu Azlan memberi amaran kepada Shahanim supaya menarik balik rancangannya ataupun disingkirkan dari keluarga mereka sekiranya dia terus berdegil. Sejak itu, rumah tangga Azlan dan Shahanim sering dilanda badai. Milah pula telah diusir keluar dan hidup berkelana di luar. Secara diam-diam, Shahanim mengikuti perkembangan Milah.

Shahanim cuba memujuk Azlan untuk membantu Milah tetapi Azlan tetap berkeras mahu menurut telunjuk ibunya. Malah, Azlan juga meletakkan ’taklik’ kepada Shahanim, ’sekiranya Shahanim berani keluar bertemu atau berhubung dengan Milah lagi, maka gugurlah talak tiga. Suatu hari, Shahanim menerima panggilan telefon dari Milah yang mengatakan dirinya telah mengandung. Shahanim terpaksa menolak ketepi ’taklik’ suaminya kerana terlalu bimbangkan nasib Milah.

Selepas mengetahui keadaan sebenar Milah, Shahanim bertekad untuk membela nasib Milah walaupun dia perlu mengingkari suaminya. Azlan terpaksa melepaskan Shahanim kerana talak sudahpun jatuh. Walaupun sudah berpisah, Azlan masih merindui Shahanim. Dengan itu, Azlan memikirkan cara untuk merujuk kembali. Akhirnya, Azlan memperkenalkan rakannya, Zahim kepada Shahanim sebagai ‘Cina Buta’.

Keadaan menjadi tidak seperti dirancang apabila secara perlahan-lahan, Zahim dan Shahanim saling jatuh cinta. Apakah pengakhiran kisah Azlan, Shahanim dan Zahim? Cerita lanjut klik link di bawah ;

Sabtu, 27 Juli 2013

Dahlia Episod Penuh (Astro Mustika HD)


Tajuk Drama;
Dahlia

Episod Penuh;
40 Episod

Tayangan;
Astro Mustika HD (134)

Pelakon;
Dira Abu Zahar (Dahlia), Hans Isaac (Razman), Faizal Hussein (Fuad) dan Raja Ilya (Haliza)

Penerbit;
Global Station Sdn Bhd

Arahan;
Pali Yahya

Sinopsis;
Drama bersiri Dahlia telah ditayangkan di Astro Mustika HD (134) bermula pada 22 April 2013 yang lepas menggantikan Drama Sehangat Asmara.

Drama mengisahkan perjalanan seorang wanita bernama Dahlia (Dira) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai liku hidup. Dahlia terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia bertekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian ini adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya. Saksikan kesudahan cerita ini.


Minggu, 14 Juli 2013

Download Adobe Photoshop CS 5 Portable Free Full

Kali ini saya akan berbagi software Adobe Photoshop CS 5 Portable. Dalam versi ini dilengkapi dengan berbagai fitur-fitur yang lebih banyak daripada versi sebelumnya dan penggunaan Adobe Photoshop CS5berbeda dengan versi sebelumnya.
Persyaratan:
- Berlaku untuk Win XP/Vista/7/9.
- RAM minimal 512 MB (direkomendasikan 1Gb)
- Processor 1.8GHz atau prosesor lebih tinggi
- tersedia ruang hard-disk 1GB untuk instalasi; ruang kosong tambahan diperlukan selama instalasi (tidak dapat menginstal pada flashdisk atau removable disk atau USB device).
- perangkat lunak yang diperlukan untuk fitur multimedia (QuickTime 7.2).

Langsung saja softwarenya bisa di Download Disini

Cara merubah animasi power point menjadi swf dengan mudah dan paduan lengkap

Kalian dapat mudah membuat animasi swf dengan power point dengan dukungan program Ispring dan swiff player. Setelah anda mendownload file lewat link yang telah saya sediakan, didalamnya sudah saya kemas jadi satu dan bisa langsung di download. Dan saya beri bonus petunjuknya pula di dalamnya. Software Ispiring ini akan menjadi add ons pada microsoft office power point. Untuk petunjuk lengkap tentang cara penggunaan bisa di lihat di dalamnya. Oke, langsung saja bisa klik  
Download Power point To Flash
pass: 0000