Kamis, 28 Januari 2016

Sha & Shah, Astro Ria [2016]

Sha & Shah

Sinopsis Sha & Shah

Sha & Shah mengisahkan tentang 2 orang sahabat baik iaitu Shah lakonan Kamal Adli dan Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi. Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran manakala Sha pula membuat keputusan untuk belajar di Malaysia sahaja.

Bila Shah kembali ke Malaysia dia mendapat tahu bahawa dia dan Sha telahpun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen dan lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hanya sekadar sahabat baik namun ibunya pula mengugut untuk menjodohkannya dengan gadis lain.

Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan calon yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai dan akhirnya Sha bersetuju.

Apa yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkan Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya?

Antara pelakon lain yang turut menjayakan Drama Sha dan Shah adalah Azwan Kombos, Nina Iskandar, Shima Anuar, Azhan Rani, Aizat Hassan, Kartina Aziz dan ramai lagi.

SHA & SHAH EPISOD 1 - 04/01/2016
SHA & SHAH EPISOD 2 - 05/01/2016
SHA & SHAH EPISOD 3 - 06/01/2016
SHA & SHAH EPISOD 4 - 07/01/2016
SHA & SHAH EPISOD 5 - 11/01/2016
SHA & SHAH EPISOD 6 - 12/01/2016
SHA & SHAH EPISOD 7 - 13/01/2016
SHA & SHAH EPISOD 8 - 14/01/2016
SHA & SHAH EPISOD 9 - 18/01/2016

Rabu, 27 Januari 2016

Tonton Cik Cinderella Dan Encik Tengku, Lestary TV3 [2015]

Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku mengisahkan tentang seorang gadis bernama Puteri Nuraisha yang tinggal bersama ayah kandung, ibu tiri dan kakak tiri.  Puteri Nuraisha sering dipinggirkan oleh ayahnya yang seolah melebihkan kakak tirinya bernama Sha.

Dalam masa yang sama, Puteri Nuraisha mempunyai seorang teman lelaki yang bernama Ashraf. Ashraf kerapkali meminjam wang dari Puteri Nuraisha tetapi tidak pernah hendak membayarnya semula. Semakin hari Puteri Nuraisha rasa semakin bosan dengan sikap lelaki itu.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari Puteri Nuraisha bertemu dengan Daniel. Sikap dan raut wajah Daniel, membuatkan Puteri Nuraisha mula terpikat kepadanya. Namun dia berdepan dilema, kerana menurut amanat arwah ibunya, dia perlu berkahwin dengan Ashraf.

Tanpa diketahui oleh Puteri Nuraisha, kakak tirinya Sha turut menjalinkan hubungan sulit dengan Ashraf. Sha sangat cemburu dengan Puteri Nuraisha dan sering memantau segala gerak langkahnya. Suatu hari ketika segala persiapan perkahwinan telah dibuat, terbongkarlah rahsia antara Sha dan Ashraf dalam satu kejadian yang sangat mengaibkan.

Sanggupkan Puteri Nuraisha meneruskan perkahwinan itu demi memenuhi amanat arwah ibunya? Atau dia akan memilih Daniel, lelaki yang sentiasa bersamanya di saat suka dan duka. Apa pula akan terjadi kepada Sha yang telah menjatuhkan maruahnya sendiri hanya kerana seorang lelaki?

Mengandingkan pelakon Shukri Yahaya dan Zahirah Macwilson sebagai hero dan heroin, drama Cik Cinderella dan Encik Tengku diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Antara pelakon lain yang dijangka akan membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Shah Iskandar, Zulin Aziz, Dato Eizlan Yusof, Aleeza Shahdan, Puteri Aishah dan ramai lagi.

Minggu, 24 Januari 2016

Anugerah Juara Lagu ke-30

Anugerah Juara Lagu ke-30

Senarai Lagu Dan Finalis AJL 30 Anugerah Juara Lagu

Berikut adalah senarai dua belas buah lagu finalis AJL30 dan penyanyi atau kumpulan yang telah berentap dengan membuat persembahan di pentas AJL mengikut giliran atau turutan.

1.Malam Ini Kita Punya-Bunkface
2.Angin Kencang-Noh Salleh
3.Assalamualaikum--Faizal Tahir
4.Bukan Hal Aku-Kaka Azraff dan Aliff
5.Sampai Mati-Hazama
6.Hanya Namamu-Caliph Buskers
7.Knock Knock-Elizabeth Tan
8.Biarkanlah-Drama Band
9.Not For Sale-Stacy
10.Mana Mungkin-Black
11.Potret-Akim & The Majistret
12.Tak Pernah Menyerah-Dayang Nurfaizah

Sila klik link di bawah untuk menonton AJL30.

Tonton Seiras Seirama, Astro Ria [2015]

Tonton Seiras Seirama

Memperkenalkan sebuah program realiti nyanyian terbaru berjudul Seiras Seirama. Menariknya program ini membawa peserta yang mempunyai penampilan, gaya dan vokal yang hampir sama dengan idola pujaan mereka.

Antara selebriti yang terlibat dalam program ini adalah Mas Idayu, Hafiz Suip, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Ella, Ziana Zain dan Faizal Tahir.


SEIRAS SEIRAMA MINGGU 1 (JAMAL ABDILLAH) - 20/12/2015
SEIRAS SEIRAMA MINGGU 2 (HAFIZ SUIP) - 27/12/2015
SEIRAS SEIRAMA MINGGU 3 (ELLA) - 03/01/2016
SEIRAS SEIRAMA MINGGU 4 (MISHA OMAR) - 10/01/2016
SEIRAS SEIRAMA MINGGU 5 (ZIANA ZAIN) - 17/01/2016
SEIRAS SEIRAMA MINGGU 6 (MAS IDAYU) - 24/01/2016

Jumat, 22 Januari 2016

Alif Imani, Ratu TV9 (2015)

Alif Imani TV9

Sinopsis Alif Imani

Imani, gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim diambil Suri untuk menjadi sebahagian daripada keluarganya. Suri, sudah berkahwin dengan Alif mula dirundung duka apabila disahkan menghidap penyakit jantung yang serius.

Kerana tahu umurnya tidak panjang, Suri perangkap Imani dan Alif agar mereka berkahwin. Imani dan Alif telah ditangkap basah, Suri meluahkan keizinannya agar Alif bernikah dengan Imani, mereka berdua terpaku tidak percaya dengan permintaan Suri. Aliff menolak kerana dia tidak mahu melukakan Suri dan tidak cintakan Imani. Imani juga tidak mahu menikah dengan suami kakak angkat yang amat disayanginya itu.

Biarpun dia anak yatim, dia berhak untuk memilih hidup sendiri. Tapi nasihat daripada Suri merelakan perkongsian kasih mereka, membuatkan Imani tidak berdaya lagi menolak permintaan Suri. Dua bulan perkahwinan, Imani dan Alif merupakan waktu paling terseksa bagi Imani.

Alif melayannya bagaikan sampah, menghinanya setiap kali balik ke rumah dan langsung tidak menyentuhnya. Alif menuduh Imani sengaja memerangkapnya kerana cemburu dengan Suri dan mahu mengikis hartanya. Alif sengaja melakukan pelbagai perkara untuk menyakitkan hati Imani tetapi Imani tetap taat dan akur sehinggalah satu hari dia tekad untuk melarikan diri setelah permintaan untuk diceraikan Alif tidak ditunaikan. Sehinggalah Alif mengetahui kebenaran daripada Suri sendiri, yang mahu Imani mengganti tempatnya untuk menjaga Zurin, satu-satunya anak mereka.

Alif kesal dengan sikapnya yang kejam terhadap Imani yang ternyata tidak bersalah. Alif cuba untuk mencari Imani tetapi gagal mengesannya lebih-lebih lagi apabila terpaksa menjaga Suri hinggalah setahun kemudian Suri meninggal dunia. Kerana dua wanita itu, Alif hidup menderita selama tiga tahun. Selama itu jugalah dia mencari Imani tapi hampa.

Tiga tahun berlalu, Imani bersyukur setelah tamat pengajian, dia ditawarkan untuk berkerja disebuah butik miilik Dato’ Rohani. Perwatakan manis Imani yang sentiasa tenang dan tersenyum telah mencuri hati Rafiq, yang juga anak kepada Dato’ Rohani. Rafiq telah beberapa kali melamar Imani tetapi Imani memberi alasan yang dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki.

Bukan dia tidak terpikat dengan ketampanan dan kebaikan Rafiq, cuma hatinya masih terikat dengan Alif kerana dia masih isteri Alif. Adakah Imani perlu mengorban rasa cintanya terhadap Rafiq sekali lagi dek kerana kisah silamnya bersama Alif?

Lakonan Ummi Nazeera, Fezrul Khan Junaidi, Amar Baharin, Fasha Sandha, Shakilla Khoriri, Raja Ema, Fazlina Ahmad Daud, Adik Amanda Hariz, Emma Akma, Aripah Damanhuri, Rashid Jaafar, Afique Hussain, Faiez Affandi, Sasqia Dahuri.

ALIF IMANI EPISOD 1 - 13/11/2015
ALIF IMANI EPISOD 2 - 20/11/2015
ALIF IMANI EPISOD 3 - 27/11/2015
ALIF IMANI EPISOD 4 - 04/12/2015
ALIF IMANI EPISOD 5 - 11/12/2015
ALIF IMANI EPISOD 6 - 18/12/2015
ALIF IMANI EPISOD 7 - 25/12/2015
ALIF IMANI EPISOD 8 - 01/01/2016
ALIF IMANI EPISOD 9 - 07/01/2016

Selasa, 19 Januari 2016

Aku Pilih Kamu, Samarinda TV3 [2015]

Aku Pilih Kamu TV3

Sinopsis Aku Pilih Kamu

Drama Aku Pilih Kamu mengisahkan tentang Qasya Azara yang kematian ibunya ketika berusia 12 tahun. Ayah Qasya pula jarang berada di rumah kerana kerap ke luar negara atas urusan perniagaan. Akibat dari itu Qasya dan kakaknya terpaksa berpisah kerana ayah Qasya tidak mampu menjaga mereka berdua. Kakak Qasya dihantar ke kampung untuk tinggal bersama nenek mereka.

Qasya pula tinggal bersama ayah, ibu tiri dan dua adik tirinya yang lain. Mereka selalu mendera Qasya dan ibu tirinya pula telah menghalaunya dari rumah.

Hendak dijadikan cerita, Qasya telah dijadikan anak angkat oleh  Dato Mizal dan Datin Rosnaida. Dato Mizal dan anak sulungnya Adam, amat menyayangi Qasya tetapi Datin Rosnaida dan dua lagi anaknya Farouk dan Rizman amat membencinya. Qasya kerap dihina dan dikasari oleh mereka bertiga.

Perkara ini berlanjutan sehingga Qasya dewasa. Tetapi Qasya tetap bertahan kerana kasih sayang dari Adam dan Dato Mizal.
Pada suatu hari, Dato Mizal telah meminta Qasya untuk bernikah dengan Rizman. Dato Mizal mengharapkan pernikahan itu dapat merubah perangai Rizman. Permintaan Dato Mizal di patuhi oleh semua ahli keluarganya. Qasya juga menerima permintaan tersebut dan menganggap ianya jodoh yang telah Allah tetapkan untuknya biarpun dia tahu Rizman begitu membencinya.

Perkahwinan antara Qisya dan Rizman begitu mengecewakan Adam. Dia bertindak untuk keluar dari rumah dan merantau untuk mencari ketenangan diri. Rizman pula menganggap Qisya berkahwin dengannya hanya kerana ingin membolot harta Dato Mizal.
Dalam masa yang sama, Datin Rosnaida sukakan seorang wanita muda bernama Isabel. Dia ingin Rizman dan Isabel disatukan. Dia cuba memutuskan perhubungan Qasya dan Rizman dan merancang dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

Tanpa ada pilihan lain, Qasya terpaksa menerima Isabel sebagai madunya. Setiap hari dia diseksa oleh Rizman dan Isabel. Apa akan terjadi kepada kesudahan drama ini. Tabahkah Qasya untuk melalui semua dugaan lebih-lebih lagi bila dia mengetahui bahawa Isabel adalah anak tiri kepada ayah kandungnya.

Barisan pelakon lain yang turut menjayakan Drama Aku Pilih Kamu antaranya Fazren Rafi, Elizad Sharifuddin, Ryzal Jaafar, Arash Mohamad, Zila Bakarin, Sasqia Dahuri dan Rahim Omar